Pengasuhan Positif

Bersihkan Bayi Anda

“Topping and tailing” membawa maksud membersihkan bayi pada bahagian tertentu yang memerlukan pembersihan seperti tangan, muka, tengkuk dan kawasan lampin. Ia merupakan satu alternatif menggantikan mandian, terutama sekali bagi bayi berumur 6 minggu ke bawah. Berikut ialah cara yang boleh anda lakukan:

  • Semangkuk air masak suam
  • Sedikit kapas
  • Tuala mandi
  • Lampin bersih
  • Krim lampin
  • Pakaian bersih

Topping-&-tailing_b

Membersihkan muka bayi

  • Tanggalkan pakaian bayi sehingga memakai lampin sahaja. Balut badannya dengan tuala mandi dan baringkan bayi anda di atas meja tukar lampin. Rendam sedikit kapas ke dalam air suam. Gunakan kapas yang baru untuk mengelap setiap mata dari hidung menghala ke luar.
  • Gunakan kapas yang baru untuk membersihkan dahi dan pipi bayi.
  • Lap bahagian depan dan belakang telinga bayi. Jangan sesekali menjolok lubang telinga bayi. Gunakan kapas yang baru bagi setiap telinga.
  • Bersihkan muka bayi dengan mengelap bahagian sekitar mulut dan hidung.
  • Gunakan kapas yang baru untuk mengelap bawah dagu dan lipatan di tengkuk bayi.

Topping-&-tailing_c

Membersihkan Lengan, Tangan dan Perut Bayi

  • Tanggalkan tuala yang membaluti badan bayi. Angkat setiap lengan dengan perlahan dan lap bahagian ketiak dengan kapas yang baru.
  • Buka genggaman tangan bayi untuk membersihkan jari-jari, celah-celah jari dan juga tapak tangan.
  • Lap perut bayi dan sekeliling bahagian tunggul tali pusat. Kemudian, keringkan dengan tuala.

Membersihkan bahagian kemaluan, punggung dan kaki

Bayi lelaki Jika bayi telah dikhatankan, perhati dengan teliti untuk mencari sebarang jangkitan. Elak daripada membasahkan zakar sehingga ia sembuh sepenuhnya. Jika belum dikhatan, jangan sesekali menarik kulit khatan tersebut. Ia mungkin akan terkoyak. Anda hanya perlu membersihkan permukaan lipatan dengan kapas yang telah direndam dengan air suam. Pastikan anda bersihkan buah zakarnya juga. Untuk mengelap bahagian punggung dan bahagian belakang paha, pegang kedua-dua pergelangan kakinya dengan sebelah tangan dan angkat sehingga punggungnya ternaik dari permukaan meja. Kemudian, lap dengan menggunakan kapas yang lembap. Jangan lupa untuk mengelap lipatan-lipatan kulit pada kaki dan di celah jari kaki.

Bayi perempuan Jangan sesekali membersihkan bahagian dalam vulva bayi. Ia boleh menyebabkan jangkitan. Mula mengelap dari bahagian hadapan ke belakang untuk mengelakkan pemindahan kuman dari dubur ke faraj. Gunakan kapas yang baru setiap kali mengelap. Angkat pergelangan kaki bayi dengan menggunakan sebelah tangan untuk mengelap bahagian punggung dan belakang paha. Jangan lupa untuk membersihkan kaki dan ruas bayi.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen