Pengasuhan Positif

Lampin

Bayi baru lahir yang sihat sepatutnya membuang air kecil sekurang-kurangnya empat hingga enam kali sehari. Jika diberi susu badan, dia mungkin akan membuang air besar selepas setiap susuan, walaupun apabila umur mencapai tiga hingga enam minggu dia mungkin melakukannya hanya seminggu sekali tetapi masih tetap sihat.

Lampin pakai-buang sangat berguna ketika berjalan-jalan dan di waktu malam! Ia direka untuk membantu mengelakkan kelembapan kulit di samping mengelak kebocoran. Pilihlah yang nipis dan ringan. Lampin pakai-buang yang telah digunakan seharusnya dibalut dengan lapisan luarnya sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

Lampin kain juga sesuai untuk bayi dalam cuaca kita yang panas dan lembap. Bayi mungkin perlu memakai seluar atau kain yang kalis air pada bahagian luar untuk mengekalkan kebasahan hanya dalam lampin. Sebelum menggantikan lampin yang baru, bersihkan najis dari punggung bayi dengan kapas yang dicelup dalam air yang bersih. Bagi kedua-dua bayi lelaki atau bayi perempuan, lap dari depan ke belakang untuk mengelakkan jangkitan kuman ke bahagian kemaluannya. Keringkan punggung bayi dengan tuala. Tukar lampin bayi sebaik sahaja ia basah kerana ini akan mengelakkan jangkitan kulat. Cucilah lampin kain berasingan daripada baju yang lain. Bilas dahulu dengan air, kemudian rendam dalam larutan sabun dan peluntur yang lembut selama 30 minit. Perahkan lampin, kemudian cuci dengan air panas yang dicampurkan sabun lembut.

Perhatian kepada Lampin

Apabila bayi mula membesar dan dietnya bertukar (dengan pengenalan kepada makanan pepejal dan separapepejal), anda perlu perhatikan tabiat pembuangan najisnya dan lampinnya perlu diperiksa pada waktu-waktu tertentu. Beritahu doktor sekiranya ternampak sebarang tanda-tanda berikut:

  • Terdapat kesan berwarna merah jambu (disebabkan oleh air kencing yang pekat) yang kerap pada lampinnya.
  • Apabila bayi menangis atau berasa sakit semasa kencing.
  • Apabila selalu keluar najis yang keras dan kering.
  • Terdapat darah dalam air kencing, najis atau titisan darah pada lampinnya.

Menangani Ruam Lampin

Bayi boleh mengalami kemerahan atau ruam pada bahagian bawah abdomen, punggung, kemaluan dan lipatan di pahanya. Punca biasa termasuk:

  • Sentuhan lama dengan air kencing dan najis.
  • Sensitif terhadap sesetengah lampin pakai-buang, sabun basuh ataupun sabun mandi.
  • Jangkitan bakteria atau yis (candida).

Ini adalah beberapa cara untuk mengurangkan ruam lampin:

  • Tukar lampin sejurus selepas kotor atau basah.
  • Biarkan punggung bayi terdedah seketika sebelum memakaikan lampin yang baru.
  • Cuba tukar jenama lampin pakaibuang yang lain dan guna sabun pencuci dan sabun mandi yang lebih lembut pada kulit bayi.
  • Dapatkan krim yang disarankan oleh doktor.
  • A persistent pinkish staining (due to highly concentrated urine) on her diapers.

Langkah-langkah Melipat Dan Memakai Lampin.

  1. Tarik bucu bawah ke atas untuk melipatnya menjadi segiempat tepat.

    diapers2

  2. Bawa bahagian bucu kiri ke kanan menjadi segiempat.

    diapers3

  3. Bawa bucu lipatan yang bawah ke tengah untuk menjadi segitiga.

    diapers4

  4. Terbalikkan lampin dan lipat bahagian segiempat di tengah dua kali untuk menjadi bahagian utama.

    diapers5

  5. ampin telah sedia untuk digunakan.

    diapers6

  6. Angkat kaki bayi dengan memegang buku lalinya dan letakkan lampin di bawah.Bawa bahagian utama ke atas di antara celah kaki.

    diapers7

  7. Lipat bucu kiri dan kanan ke perut bayi dan perketatkan.

    diapers9

  8. Selitkan jari anda di antara lampin dan perut bayi dan pin lampin. Berhati-hatilah supaya tidak tercucuk bayi.

    diapers10

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen