Pengasuhan Positif

Bolehkah Saya Hamil Jika Saya Berpenyakit Kronik?

Memulakan keluarga ialah satu peringkat hidup yang dinantikan oleh ramai orang. Namun, pasangan baru berkahwin sering mengambil langkah ini tanpa mengetahui dan memahami status kesihatan masing-masing. Ini antara perkara penting yang perlu dipertimbangkan sebelum memulakan keluarga kerana ia mungkin boleh menjejaskan kesihatan anda dan anak anda nanti.

Apa itu Kehamilan Berisiko Tinggi?

Kehamilan Berisiko Tinggi: Kehamilan dengan risiko kesihatan yang lebih tinggi daripada biasa ke atas ibu hamil, janin atau kedua-duanya. Ini sering berlaku pada individu yang berpenyakit kronik atau diketahui membawa masalah genetik tertentu.

Apakah yang meningkatkan kemungkinan Kehamilan Berisiko Tinggi?

  • Masalah kesihatan sedia ada: Sesetengah masalah kesihatan boleh memberi kesan negatif pada kesihatan anak anda nanti. Ini biasanya berpunca daripada individu yang berpenyakit kronik atau pembawa masalah genetik.
  • Umur: Risiko komplikasi kehamilan makin meningkat apabila umur ibu juga meningkat. Biasanya, wanita berumur lebih 35 tahun mempunyai risiko komplikasi kehamilan yang lebih tinggi daripada purata.
  • Faktor gaya hidup: Sesetengah pilihan gaya hidup boleh meningkatkan risiko kehamilan berisiko tinggi. Antaranya ialah minum alkohol, merokok dan mengambil dadah.

Apakah masalah kesihatan yang perlu diberi perhatian?

Apa perlu dilakukan jika anda atau pasangan mempunyai masalah kesihatan sedia ada?

  1. Hadiri klinik penjagaan prahamil
    • Sebelum cuba mendapatkan bayi, hadiri klinik penjagaan prahamil.
    • Khidmat penjagaan kesihatan ini (terdapat di semua klinik kerajaan) menilai dan menguruskan kesihatan wanita sebelum hamil.
    • Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah pendidikan, saringan kesihatan dan banyak lagi.
  2. Berbincang dengan doktor
    • Bagi memahami status kesihatan anda dan pasangan, berbincanglah dengan doktor. Doktor anda mungkin akan menjalankan beberapa ujian saringan kesihatan.
  3. Ambil ujian khas yang diperlukan
    • Jika perlu, doktor akan menjalankan ujian khas untuk sesetengah masalah. Contohnya, ujian genetik untuk menyaring masalah genetik (amniosentesis), ujian makmal untuk mengesan penyakit berjangkit, ultrabunyi (oleh doktor berkelayakan) untuk mengesan masalah struktur, dll.
  4. Dapatkan rawatan yang selamat untuk kehamilan
    • Berbincang dengan doktor tentang pilihan rawatan yang selamat semasa hamil bagi mengawal masalah kesihatan sedia ada.
  5. Pastikan keadaan penyakit yang stabil
    • Pastikan penyakit anda stabil sebelum cuba hamil.
  6. Hadiri temujanji pranatal
    • Jika anda mahu meneruskan kehamilan, pastikan anda menghadiri temujanji pranatal anda.
    • Temujanji pranatal mungkin akan lebih panjang dan kerap kerana kesihatan ibu dan bayi akan dipantau dengan lebih teliti.
  7. Kawal faktor gaya hidup
    • Elakkan atau kurangkan faktor gaya hidup seperti minum alkohol, merokok, dll.

Status kesihatan anda dan pasangan boleh mempengaruhi kesihatan anak anda nanti. Dengan memahami risiko kesihatan yang ada, anda boleh membuat keputusan berdasarkan fakta tentang perancangan keluarga dan mengambil langkah yang perlu untuk mencegah komplikasi kesihatan di masa depan. Berbincanglah dengan doktor anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengurusan kehamilan berisiko tinggi.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen