Pengasuhan Positif

Panduan Ujian Pranatal untuk Ibu Bapa: 5 Soalan Yang Sering Ditanya

Ujian pranatal ialah proses penting semasa kehamilan yang membolehkan ibu bapa memantau kesihatan dan keadaan bayi mereka sepanjang kehamilan.

Apakah ujian pranatal?

Ujian pranatal meliputi dua komponen: ujian saringan dan ujian diagnostik. Ujian saringan bermaksud menguji risiko relatif bayi menghidap masalah kelahiran yang umum, seperti Sindrom Down, Sindrom Patau, Sindrom Edward, dll. Ujian diagnostik pula bertujuan untuk mengesahkan adanya sesuatu masalah pada bayi tersebut.

Bilakah ia perlu dilakukan?

  • Ujian saringan. Biasanya semasa trimester pertama dan kedua. Ujian tambahan juga boleh dilakukan semasa trimester ketiga.
  • Ujian diagnostik. Hanya dilakukan jika ujian saringan awal menunjukkan risiko tinggi, atau jika ultrabunyi mengesan keabnormalan.

Apakah ujian saringan dan diagnostik yang boleh dilakukan?

Kenapa ujian pranatal penting?

  1. Membantu memantau kesihatan janin dan mengesan apa-apa kemungkinan masalah (cth: kecacatan, masalah genetik, dll.).
  2. Melegakan kerisauan disebabkan ketidakpastian mengenai kesihatan janin.
  3. Jika keputusan menunjukkan janin mempunyai masalah, ini membolehkan diagnosis awal dijalankan dan ibu bapa boleh membuat keputusan berdasarkan fakta dan rancangan rawatan sejak awal.
  4. Bagi ibu bapa yang tahu mereka mewarisi penyakit tertentu, ujian ini memudahkan mereka merancang masa depan dan membuat keputusan tentang pelbagai aspek kehidupan keluarga.

Apa yang perlu dibuat setelah menerima keputusan?

Tak kira apa keputusannya, perlu diingat bahawa tiada ujian yang 100% tepat. Bincangkan dengan doktor anda tentang keputusan ujian tersebut. Bagi sesetengah masalah genetik, anda juga boleh merujuk kepada kaunselor genetik bagi membantu anda bersedia untuk masa depan.

Ujian pranatal penting bagi memantau perkembangan dan kesihatan bayi anda sepanjang kehamilan. Bagi mengetahui lebih lanjut, berundinglah dengan doktor keluarga anda tentang ujian pranatal ketika kehamilan.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen