Pengasuhan Positif

Bolehkah Saya Amalkan Diet Vegetarian Semasa Hamil?

Makin ramai orang yang mula mengamalkan diet vegetarian atas pelbagai sebab, sama ada budaya, agama atau sebab peribadi. Adakah selamat untuk kita meneruskan diet vegetarian atau vegan semasa hamil?

Sejak tahun kebelakangan, makin jelas bahawa diet ibu semasa hamil bukan sahaja berperanan penting dalam menentukan kesihatan janin, malah boleh mempengaruhi risiko anak mendapat masalah kesihatan kelak setelah lahir.

Kehamilan vegetarian: Adakah ia selamat?

Jawapan ringkasnya ialah YA. Diet berasaskan tumbuhan yang pelbagai dan terancang boleh memberikan nutrien yang mencukupi untuk kedua-dua ibu dan anak. Yang penting, anda perlu sedar tentang pengambilan makanan anda dan memastikan nutrien penting disertakan secukupnya dalam diet anda. Pakar kesihatan profesional boleh membantu merancang diet anda sebelum dan semasa hamil.

Nutrien penting yang perlu kita utamakan adalah:

Mungkin anda perlu melengkapkan diet vegetarian anda dengan makanan diperkaya atau makanan tambahan untuk memastikan anda mendapat nutrien penting yang secukupnya untuk diri sendiri dan bayi. Anda dinasihatkan untuk memaklumkan doktor anda mengenai diet anda, terutamanya jika merancang untuk mengambil makanan tambahan.

Tip kehamilan vegetarian yang sihat

  • Bagi memastikan pengambilan nutrien mencukupi, rancang sajian anda lebih awal agar lebih mudah untuk menyertakan pelbagai makanan berasaskan tumbuhan. Anda boleh merancang sajian setiap seminggu, dua minggu atau sebulan.
  • Makan banyak buah dan sayur. Sasarkan untuk mengambil beraneka jenis dan warna.
  • Makan pelbagai protein berasaskan tumbuhan agar anda mendapat semua asid amino yang penting. Jika boleh, sertakan tenusu atau telur dalam diet.
  • Makan makanan diperkaya seperti bijirin, susu berasaskan tumbuhan atau alternatif bukan susu bagi memastikan pengambilan secukupnya asid amino dan vitamin.
  • Sertakan juga kekacang, bijian dan legum dalam diet anda.
  • Jangan lupa asid folik dan pertimbangkan suplemen vitamin D dan kalsium.

Mengamalkan diet vegetarian mungkin boleh meningkatkan risiko kekurangan nutrien dan mendatangkan bahaya kepada ibu dan anak dalam kandungan. Jika kita memastikan keperluan pemakanan dipenuhi dan pengambilan mencukupi, risiko ini boleh dielakkan.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen