Virus Zika ialah flavivirus sama seperti:
- Virus Demam Kuning
- Virus Demam Denggi
- Virus Ensefalitis Jepun
- Virus Nil Barat
SIMPTOM-SIMPTOM
- Tidak seperti denggi, simptom zika adalah ringan dan berlarutan selama 2-7 hari.
- Hanya 2 daripada 8 orang akan mendapat simptom.
- Kematian yang dikaitkan dengan Zika jarang berlaku atau tidak dilaporkan kepada pihak berwajib.
DIAGNOSIS
Ujian makmal terhadap darah atau cecair tubuh yang lain, seperti air kencing, air liur atau air mani merupakan satu-satunya cara untuk mengesahkan jangkitan.
RAWATAN
- Zika tidak memerlukan rawatan khusus dan pada masa ini tidak terdapat vaksin terhadap Zika.
- Rawatan bagi simptom termasuk:
IBU & ZIKA
- Jangkitan virus Zika semasa hamil boleh menyebabkan mikrosefali dalam kalangan bayi. Bayi-bayi yang mengalami mikrosefali mempunyai kepala yang lebih kecil berbanding bayi normal lain yang sama umur. Walau bagaimanapun, lebih banyak penyelidikan diperlukan jika kita ingin memahami dengan lebih mendalam tentang Zika dan kaitannya dengan penyakit dalam manusia.
- Wanita hamil yang disahkan menghidap Zika harus terus memantau kesihatan janinnya dengan rapi sepanjang kehamilan dibantu pakar kesihatan.
- Tiada laporan yang mengatakan Zika boleh menjangkiti bayi melalui penyusuan susu ibu.
- Sehingga kini, tiada kesan buruk neurologi dilaporkan dalam bayi yang dijangkiti virus Zika selepas dilahirkan.
KURANGKAN RISIKO ANDA TERHADAP JANGKITAN
Elak daripada digigit nyamuk:
Sumbangan daripada Persatuan Pediatrik Malaysia
Komen