Pengasuhan Positif

Apa itu RTI

Jangkitan salur pernafasan (respiratory tract infection, RTI) menjejaskan kerongkong, rongga hidung, salur pernafasan, peparu dan sinus. Jangkitan ini boleh disebabkan oleh virus atau bakteria.

RTI boleh merebak apabila orang lain terdedah kepada batuk dan bersin (titisan air) daripada seseorang yang dijangkiti. RTI dalam kalangan kanak-kanak agak biasa, terutamanya jika mereka dihantar ke pusat penjagaan/sekolah atau mempunyai adik- beradik, kerana berada dekat dengan orang lain.

Jenis: bahagian atas atau bawah?

Penyakit yang tergolong dalam RTI dikategorikan kepada dua jenis. Secara umumnya, RTI yang menjejaskan salur pernafasan bawah atau yang disebabkan bakteria adalah lebih serius.

Gejala: yang mana satu?

Kebanyakan RTI berkongsi gejala yang sama, menjadikan penyakit-penyakit ini sukar dibezakan. Berikut ialah beberapa gejala umum:

Segera dapatkan nasihat doktor jika anak anda menunjukkan gejala tambahan berikut:

  • Pernafasan laju
  • Berdehit (seperti siulan yang nyaring semasa menghembus nafas)
  • Stridor (nafas yang berbunyi kuat apabila salur pernafasan atas tersumbat)
  • Batuk berpanjangan (lebih 3 minggu)
  • Lendir berdarah ketika batuk
  • Demam panas
  • Kelesuan (kurang bercakap, kurang aktif)

Merawat dan mengurus RTI

Jika jangkitan itu disebabkan bakteria, doktor boleh memberikan antibiotik. Jangkitan virus pula biasanya sembuh dalam beberapa hari. Doktor boleh juga memberikan dekongestan, semburan hidung, ubat batuk atau ubat tahan sakit untuk merawat gejala, bergantung kepada jenis penyakit/jangkitan.

Selain itu, amalkan petua- petua berikut bagi membantu anak anda sembuh:

  • Dapatkan rehat yang cukup
  • Minum air yang banyak untuk mencairkan lendir
  • Berikan minuman lemon dan madu panas untuk melegakan batuk (tidak sesuai untuk bayi)
  • Gunakan bantal lebih untuk meninggikan kepala anak anda semasa tidur, agar lebih mudah bernafas dan menyingkirkan lendir
  • Elakkan asap daripada rokok atau sumber lain

Kebimbangan: pneumonia

Kebanyakan RTI adalah sederhana dan akan pulih tanpa sebarang komplikasi berbahaya jika dirawat dan diuruskan dengan baik.
Bagaimanapun, pneumonia boleh jadi berbahaya jika anak anda berumur bawah 2 tahun atau sistem imunnya lemah. Pneumonia biasanya disebabkan oleh bakteria (seperti Streptococcus pneumoniae), yang mengakibatkan keradangan tisu peparu. Komplikasi yang
mungkin berlaku termasuklah:

  • Bakteremia dan kejutan septik. Jangkitan dalam darah yang boleh membawa kepada tekanan darah rendah yang berbahaya
  • Abses peparu. Terkumpulnya nanah di peparu
  • Pleurisi, efusi pleura, empiema. Bengkak pada pleura (dua lapisan tisu menyelaputi peparu), pleura dipenuhi cecair, dan
    jangkitan pada ruang pleura
  • Kegagalan pernafasan. Kegagalan peparu untuk menyerap oksigen masuk dan menyingkirkan karbon dioksida daripada darah

Sesetengah RTI boleh dicegah dengan vaksinasi. Vaksin pneumokokal boleh diambil bagi mencegah pneumonia disebabkan pneumokokus, manakala vaksinasi influenza tahunan pula boleh mencegah influenza. Dapatkan nasihat doktor bagi mengetahui lebih lanjut tentang vaksin-vaksin ini. Mengamalkan kebersihan juga penting dalam mengawal perebakan RTI. Ingatkan anak anda untuk membasuh tangan dengan kerap, menutup mulutnya dengan tisu atau sapu tangan semasa batuk atau bersin, dan mengelakkan pertemuan dengan orang yang sakit.

 

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen