Pengasuhan Positif

Mufin Labu Epal

Ramuan:

(12 muffin)

  • 100 g (1 biji sederhana) epal hijau, dikupas dan diparut
  • 70 g (½ cawan) labu, dimasak dan dilenyek menjadi puri
  • 80 g (½ cawan) kismis
  • 125 ml (½ cawan) susu penuh krim
  • 190 g (¾ cawan) madu
  • 1 biji telur, dipukul ringan
  • 45 ml (3 sudu makan) minyak sayuran
  • diayak bersama:
    • 190 g (1 ⅓ cawan) tepung pelbagai guna
    • 90 g (⅔ cawan) tepung mil penuh
    • 10 g (2 sudu teh) serbuk penaik
    • 2 g (½ sudu teh) serbuk soda
    • 1 g (½ sudu teh) serbuk kayu manis

Cara memasak:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C.
  2. Kacau bersama telur, minyak sayuran, madu dan susu di dalam mangkuk besar.
  3. Masukkan epal yang diparut, puri labu dan kismis ke dalam sebatian dan gaul sehingga sebati.
  4. Masukkan campuran tepung yang ditapis perlahan-lahan ke dalam sebatian. Kacau sehingga mendapat adunan yang lembut. Jangan terlebih kacau atau mufin akan menjadi keras.
  5. Sapukan dulang acuan mufin dengan mentega atau masukkan bekas kertas mufin. Isikan setiap acuan dengan adunan mufin sehingga ¾ penuh.
  6. Bakar selama 20 minit. Mufin sedia dimakan apabila batang penguji (pencungkil gigi) dikeluarkan tanpa ada kesan.
  7. Hidangkan semasa suam.

Nutrient content per serving:

Kalori 205 kcal
Karbohidrat 38 g
Protein 3 g
Lemak 4.6 g

Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia

Resipi sumbangan daripada ‘‘Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 1: Resipi Untuk Si KecilAnda” terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi 60 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen