Pengasuhan Positif

Senarai Semak bagi Bakal-Bakal Ibu

Kesibukan dan keseronokan perkahwinan dan berbulan madu akhirnya reda, dan anda sudah bersedia untuk memulakan peringkat seterusnya dalam perkahwinan anda – iaitu, untuk mengembangkan keluarga anda. Memperoleh cahaya mata bukanlah sesuatu yang boleh ditentukan dengan tepat oleh sains tetapi terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan peluang anda mengandung. Senarai semak di bawah akan membimbing anda dan pasangan anda dalam membuat persediaan untuk memperoleh cahaya mata.

Memulakannya

Pil-pil perancang keluarga bertindak dengan mencegah proses ovulasi (pembebasan sebiji telur semasa kitaran bulanan). Seorang wanita tidak boleh mengandung jika dia tidak ovulat kerana tidak terdapat telur untuk disenyawakan. Apabila anda berhenti mengambil pil perancang keluarga, tubuh anda akan mula mengovulasi semula dalam tempoh beberapa minggu.

Seorang wanita paling subur semasa ovulasi. Lazimnya, ovulasi berlaku antara 12 dan 14 hari sebelum haid anda bermula. Contohnya, jika anda mempunyai kitaran haid 28 hari yang tetap, hari pertama haid harus dikira sebagai hari pertama kitaran ovulasi anda. “Jendela kesuburan” anda kemungkinan besar adalah pada hari ke 12 dan 17.

Salah satu perubahan fisiokologikal utama yang berlaku semasa ovulasi ialah peningkatan SBA. Ini disebabkan oleh peningkatan paras progesteron. Anda harus mengukur SBA anda menggunakan termometer khas untuk suhu badan asas sebelum anda bangun dari katil. SBA biasanya meningkat dalam masa 24 jam selepas ovulasi, oleh itu mencatat suhu anda tidak membantu untuk meramal ovulasi bagi kitaran semasa. Walau bagaimanapun, ia boleh membantu anda meramal ovulasi bagi kitaran seterusnya.

Haba akan membunuh atau mengurangkan penghasilan sperma, oleh itu jika anda sedang cuba memperoleh cahaya mata, anda perlu mengelak daripada mandi/berendam air panas, sauna atau memakai seluar dalam yang ketat. Jika anda bekerja dalam persekitaran yang panas, berehat di kawasan yang sejuk secara berkala boleh menyejukkan testikel anda.

Ini tidak perlu diperkatakan. Ketahui bila anda sedang mengovulasi, dan seterusnya adakan hubungan seks bersama pasangan anda. Mengadakan hubungan seks setiap hari, pada hari-hari menuju ke tempoh ovulasi memberi anda lebih peluang untuk mengandung.

Diet dan kecergasan

14786935

Wanita yang merokok mempunyai kesuburan yang rendah berbanding mereka yang tidak merokok disebabkan toksin-toksin yang terkandung di dalam asap rokok. Ia juga boleh mengurangkan kejayaan rawatan kesuburan atau menyebabkan kadar keguguran dan lahir-mati yang lebih tinggi. Perokok lelaki mempunyai jumlah dan kiraan sperma yang lebih rendah serta sperma yang tidak normal berbanding dengan mereka yang tidak merokok atau telah berhenti merokok.

Mengambil alkohol meningkatkan risiko keguguran dan memberi kesan kepada perkembangan janin. Wanita yang sedang berusaha untuk mengandung harus mengelak daripada mengambil minuman beralkohol sekurang-kurangnya sebulan sebelum cuba untuk mengandung.

Amalkan makan secara sihat yang mengandungi pelbagai jenis makanan daripada lima kumpulan makanan utama. Ia termasuklah: 1) bijirin, 2) buah, 3) sayur, 4) telur, ikan, daging, ayam dan kekacang, dan 5) susu dan hasil tenusu. Mengawal saiz hidangan juga penting bagi diet yang sihat.

Pakar-pakar menyarankan melakukan sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti fizikal seminggu untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Bagi bakalbakal ibu, menjadi sihat dan cergas akan membantu anda menghadapi kehamilan, yang boleh memberi lebih tekanan dan bebanan kepada tubuh anda.

Asid folik ialah sejenis vitamin B yang membantu tubuh menghasilkan sel-sel baru yang sihat. Mendapatkan asid folik yang mencukupi sebelum dan semasa hamil boleh mencegah kecacatan kelahiran utama pada otak atau saraf tunjang bayi. Makanan yang mengandungi asid folik termasuklah: sayur-sayuran hijau, buah, kekacang kering. Anda juga boleh mengambil asid folik sebagai suplemen pemakanan.

Doktor-doktor dan pemeriksaan

Seorang pakar obstetrik dan ginekologi boleh menilai tahap kesihatan, kecergasan dan amalan gaya hidup anda, dan mengenal pasti apa yang perlu anda baiki agar dapat mengandung dengan berjaya.

Jika anda mempunyai masalah perubatan seperti asma, diabetes atau darah tinggi, cuba untuk mengawalnya sebelum anda hamil. Dalam sesetengah kes, perunding kesihatan anda mungkin membuat sedikit perubahan kepada ubatubatan atau rawatan anda sebelum kehamilan.

Jika anda sedang mengambil ubat-ubatan, anda mungkin perlu berbincang dengan seorang doktor atau pakar obstetrik dan ginekologi untuk menentukan yang ubat-ubatan tersebut selamat untuk dimakan semasa mengandung. Jika tidak, dapatkan doktor anda untuk memberi anda ubat yang selamat.

untuk memastikan yang gigi dan gusi anda sihat sebelum anda hamil. Ini kerana apabila anda mengandung, kemungkinan besar anda akan mendapat masalah gigi dan gusi (contohnya, gigi rosak, gingivitis) disebabkan oleh hormon mengandung dan juga kemungkinan anda tidak boleh melakukan prosedur dental seperti mengambil x-ray di dalam mulut.

Bincang mengenai sebarang masalah kesihatan yang anda atau pasangan anda mungkin hadapi. Masalah kesihatan seperti diabetes atau penyakit jantung selalunya diwarisi, oleh itu adalah baik untuk mendapat gambaran yang jelas mengenai sejarah perubatan keluarga masing-masing.

Jangkitan seperti cacar air, rubela dan hepatitis B boleh memudaratkan bayi yang belum dilahirkan jika anda dijangkiti semasa mengandung. Oleh itu, dapatkan nasihat doktor dan dapatkan vaksinasi yang diperlukan sebelum anda cuba untuk mengandung.

Adalah baik jika anda mempunyai perancangan kelahiran lebih awal. Buat keputusan mengenai perkara-perkara seperti jalan terdekat ke hospital pilihan anda, siapa yang akan menemani anda di dalam bilik bersalin, dan sama ada anda mahu bersalin secara biasa atau pembedahan Caesarean.

Secara amnya, jika anda dan pasangan anda subur, peluang anda untuk mengandung dalam masa setahun adalah cerah. Faktor-faktor seperti umur, gaya hidup dan pekerjaan juga boleh mempengaruhi peluang anda untuk mengandung. Pakar-pakar kesuburan secara amnya, menyarankan pendekatan yang lebih relaks – jangan terlalu bimbang dan paling penting, nikmatilah prosesnya.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen