Pengasuhan Positif

Melindungi Si Kecil Anda

Vaksinasi boleh mencegah penyakit kritikal dan juga kematian, di mana kanakkanak menerima lebih banyak manfaat daripada mana-mana program pencegahan yang lain dalam sejarah. Vaksinasi anak anda terhadap jangkitan pneumokokal bermaksud anda melindunginya daripada pneumonia, septisemia, otitis media, dan meningitis. Menurut data dari Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat, pengenalan Vaksin Konjugat Pneumokokal (PCV) di Amerika Syarikat membawa kepada penurunan besar kejadian jangkitan pneumonia yang dicatatkan di kalangan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah.

pneumoccal_diseases_bm

PCV mula diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 2000 sebagai vaksinasi mandatori. Kesannya boleh dilihat serta-merta; kadar jangkitan pneumokokal invasif kura ng kira-kira 97%, dan imuniti kumpulan juga menyumbang kepada pengurangan dalam kejadian penyakit di kalangan kanak-kanak lebih tua dan orang dewasa.

Vaksin pneumokokal mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2005 tetapi masih belum dimasukkan ke dalam Program Imunisasi Kebangsaan. Namun, ia adalah sebahagian daripada senarai vaksin yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan.

Malangnya, bagi Puan MH*, kemunculan vaksin ini terlalu lambat kerana beliau telah kehilangan anak perempuannya RA yang hanya berumur lima bulan akibat meningitis pneumokokal pada tahun 2004.

Puan MH masih jelas mengingati detik-detik terakhir beliau bersama anak perempuannya. Peristiwa tersebut berlaku terlalu cepat sehingga beliau dan keluarganya tidak bersedia untuk menghadapi peristiwa sedih yang berakhir dengan kematian anak perempuannya itu kerana ia berlaku hanya dalam masa empat hari.

Yang sedihnya, pengalaman Pn MH tidak memberi banyak kesan kepada ahli-ahli keluarganya yang lain kerana memilih untuk tidak memberi anakanak mereka vaksin pneumokokal, dan sebaliknya mengambil risiko. Keadaan ini adalah agak lazim di kalangan ibu bapa yang masih enggan untuk mempertimbangkan vaksinasi PCV untuk anak-anak mereka.

Sebahagian besar spektrum penyakit yang disebabkan oleh bakteria pneumokokus sebenarnya boleh dicegah, dan oleh itu, dengan menafikan hak anak anda mendapatkan vaksinasi ini bermaksud anda mengambil ringan soal hidup mati anak anda.

Adalah tidak terlalu lewat untuk memberi vaksin kepada kanak-kanak yang lebih tua dan masih belum divaksin. Pepatah “mencegah adalah lebih baik daripada mengubati” mungkin sudah biasa didengar, namun ia masih relevan. Jangan teragak-agak untuk melindungi si kecil anda sebelum terlambat.

pneumoccal_diseases2_bm

* Penafian: Nama-nama telah ditukar untuk melindungi hak peribadi pesakit & ahli keluarganya.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen