Pengasuhan Positif

Pakai Tali Keledar Belakang

Pertama sekali, jangan benarkan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, termasuk anak kecil, duduk di depan! Beg udara penumpang depan mengembung pada kelajuan sehingga 100km/j apabila berlaku kemalangan. Ini boleh mencedera atau membunuh kanak-kanak walaupun dalam pelanggaran pada kelajuan rendah.

Kedua, tempat duduk keselamatan kanak-kanak adalah satu kemestian kerana ia adalah penyelamat nyawa yang penting. Jika berlaku perlanggaran, kerusi tersebut akan:

  • Menahan anak anda.
  • Mencegah anak anda daripada tergolek dalam kereta atau tercampak keluar dari kereta.
  • Menyerap hentakan pelanggaran.

Fakta

Dalam pelanggaran pada kelajuan 70km/j, anak anda tercampak ke hadapan dengan kekuatan hentakan 30 hingga 60 kali ganda berat badannya. Ia seperti jatuh dari bangunan tiga tingkat!

Kerusi yang sesuai untuk kanak-kanak berlainan umur.

Untuk bayi sahaja:

Untuk bayi baru lahir hingga 1 tahun (berat maksimum 9kg)

v1-09-article08a

Kerusi keselamatan konvertibel:

Untuk bayi baru lahir hingga 4 tahun (berat maksimum 20kg)

v1-09-article08b

Kerusi keselamatan kombinasi:

Untuk kanak-kanak 1 tahun dengan berat minima 10kg

v1-09-article08c

Kerusi penyokong pemakaian tali pinggang:

Untuk kanak-kanak yang tidak lagi muat tali pinggang keselamatan konvertibel tetapi belum bersedia untuk tali pinggang keselamatan dalam kereta. Kerusi ini membantu menaikkan kanak kanak supaya boleh menggunakan tali pinggang keselamatan dalam kereta.

v1-09-article08d

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen