Pengasuhan Positif

Senarai Semak Kembara COVID-19

Mahu mengembara atau tidak? Persoalan ini masih relevan walaupun pada 2022! Di kawasan dengan penyebaran COVID-19 yang tinggi, anda berisiko tinggi dijangkiti virus SARS-CoV-2 dan pelbagai variannya, termasuklah Omicron serta subvarian terbaru, BA.2 dan XE. Berikut beberapa perkara yang perlu anda fikirkan sebelum menaiki pesawat!

Bolehkah anda mengembara?

Berikut beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum mengembara:

  • Adakah anda telah divaksin sepenuhnya?
  • Sudah menerima dos penggalak?
  • Mempunyai gejala COVID-19 (cth. demam, batuk, sesak nafas)?
  • Berada dalam kumpulan berisiko tinggi?
  • Berumur lebih 60 tahun?
  • Menghidap penyakit kronik?
  • Mempunyai masalah kesihatan?

Selain daripada tiket dan berus gigi, berikut perkara yang diperlukan untuk mengembara hari ini:

  • Bukti ujian PCR atau RTK-Antigen sebelum terbang atau 24 jam sebelum mengembara (tempoh masa mungkin berubah bergantung kepada destinasi)
  • Bukti vaksinasi – semak: a) vaksin mana yang diluluskan di tempat tujuan; b) apa format yang diperlukan à PDF/bercetak
  • Bukti jangkitan COVID-19 terdahulu (sediakan bukti ujian atau kuarantin)
  • Sesetengah syarikat penerbangan memerlukan pengembara bawah 18 tahun agar diiringi oleh ibu bapa atau penjaga yang lengkap divaksin

Jangan tinggalkan rumah tanpa:

  • Bekalan pelitup muka secukupnya
  • Pencuci tangan (saiz kembara)
  • Kit ujian di rumah
  • Parasetamol
  • Termometer atau oksimeter nadi

Strategi kekal sihat:

  • Guna pencuci tangan apabila tiada air dan sabun
  • Elakkan menyentuh muka
  • Galakkan imuniti – minum air, tidur secukupnya, makan secara sihat
  • Jauhi tempat sesak dan jaga jarak anda

Semasa artikel ditulis, anda perlu membuat 2 ujian PCR apabila ingin pulang ke Malaysia – sekali sebelum menaiki pesawat pulang dan sekali lagi semasa ketibaan. Pengembara perlu dikuarantin apabila tiba – bilangan hari dan di mana anda dikuarantin bergantung kepada beberapa faktor. Sila semak syarat terkini di laman web rasmi.

Sebagai pengembara, anda perlu faham bahawa anda bertanggungjawab melindungi diri anda, serta orang di sekitar anda. Pastikan anda peka dengan semua syarat dan peraturan. Jadikan tabiat untuk memantau kesihatan sendiri setiap hari dan guna ujian pantas sebelum menghadiri majlis atau perjumpaan untuk mengelakkan penyebaran virus tanpa sedar, sama ada ketika di rumah atau di luar negara. Jaga diri!

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen