Pengasuhan Positif

Pemakanan Ketika Mengandung

Apa yang anda makan ketika hamil, si bayi turut ‘makan’. Jika tabiat pemakanan anda tidak sihat kerana kekurangan atau berlebihan nutrien tertentu, kesihatan bayi dalam kandungan mungkin terjejas.

“Saya berpendapat bahawa setiap ibu sedar akan penjagaan pemakanan,” kata Tey Wan Chee, yang sibuk dengan mengasuh bayi perempuannya berumur 12 bulan dan seorang lagi yang masih dalam kandungan.

“Tetapi sebenarnya, saya tidak buat apa-apa yang drastik terhadap tabiat pemakanan saya. Anda hanya perlu pastikan supaya tidak makan benda yang kurang sihat.”

“Ibu saya pula memastikan bahawa saya minum banyak susu. Jika saya rasa seperti tidak mahu minum susu, dia beri saya makan keju – saya rasa dia bimbang paras kalsium saya!” sambung Wan Chee sambil ketawa.

DUGAAN SEMASA MENGANDUNG

Betul kata Wan Chee. Kebanyakan ibu memang tahu bahawa pemakanan baik merupakan asas mengandung dengan sihat.

Masalah sebenarnya berlaku apabila ‘dugaan’ mengandung muncul. Rasa loya, mengidam dan cerita-cerita lama tiba-tiba ‘menyerang’ dunia pemakanan anda, menyebabkannya goyah. Siapa yang anda patut dengar? Berikut adalah beberapa panduan nasihat:

Melihat dan menghidu bau makanan membuat saya muntah.

Saya terpaksa makan roti kosong! Bukan mudah untuk mendapati makanan yang tidak menimbulkan rasa loya atau muntah (dikenali sebagai ‘penyakit pagi’). Namun begitu, perut kosong akan menyebabkan keadaan bertambah teruk. Makanlah beberapa sarapan kecil dalam sehari, bukan tiga sarapan besar. Anda perlu makanan lemak rendah dan tidak berbau serta mudah dihadam, seperti nasi kosong, roti bakar, ubi kentang rebus, bijirin, buah-buahan lembut dan sup jernih. Elakkan daripada makanan berlemak atau goreng. Untuk kelegaan, ambil air halia, teh halia, minuman isotonik, teh kosong atau air barli sejuk.

Saya sentiasa mahu makan gula.

Tiap-tiap kali pun macam itu. Gula hanya satu contoh. Ada wanita yang mengidamkan jeruk, acar, coklat, cili dan lain-lain makanan yang tidak pernah diidami. Tiada bahaya dalam memuaskan keidaman, asalkan jangan keterlaluan sehingga hanya makan itu sahaja dan mengabaikan makanan lain.

what2eat2

Saya sentiasa mahu makan gula.

Tiap-tiap kali pun macam itu. Gula hanya satu contoh. Ada wanita yang mengidamkan jeruk, acar, coklat, cili dan lain-lain makanan yang tidak pernah diidami. Tiada bahaya dalam memuaskan keidaman, asalkan jangan keterlaluan sehingga hanya makan itu sahaja dan mengabaikan makanan lain.

what2eat3

Ibu mertuaku sentiasa beri saya makanan. Dia kata saya sedang “makan untuk dua”.

Tidak, anda tidak harus “makan untuk dua”. Pertambahan berat yang berlebihan ketika hamil mengakibatkan masalah kesihatan untuk anda dan bayi. Anda akan mendapati susah untuk mengurangkan berat selepas bersalin. Sebagai panduan am, jika berat badan sebelum hamil adalah
normal, berat badan anda sepatutnya meningkat sebanyak 12 – 16 kg.

Saya dinasihatkan supaya menjauhi daripada makanan ‘sejuk’, ‘berangin’, ‘panas’ dan ‘beracun’. Tinggal apa lagi yang boleh dimakan?

Itu adalah pantang larang tradisional yang belum dibuktikan secara saintifik. Namun jika pantang larang tersebut (seperti tidak makan cili, nenas atau minum air kelapa) membawa sedikit kelegaan kepada anda, mengikutinya tidak mungkin berbahaya. Elakkan daripada keterlaluan seperti tidak memakan makanan yang mengandungi zat penting.

Si Bayi Perlu Makan!

Nutrien penting dan peranan masing-masing:

Nutrien Untuk Ibu Untuk Bayi
Karbohidrat Membekalkan tenaga untuk semua perubahan dalam badan. Membekalkan tenaga untuk proses yang membolehkan perkembangan bayi, seperti penghasilan sel baru dan mengangkut nutrien melalui plasenta.
Protein Membina tisu baru. Juga membina sel darah baru, enzim dan hormon. Membina otot, tisu, hormon, enzim, darah dan antibodi bayi.
Vitamin-vitamin (terutamanya A, B -kompleks, C dan D) Membina setor-setor badan supaya anda dapat zat yang mencukupi untuk anda dan bayi. Menyokong pelbagai fungsi dan proses untuk membolehkan bayi berkembang.
Mineral (terutamanya kalsium dan zat besi) Membina setor-setor badan supaya anda dapat zat yang mencukupi untuk anda dan bayi. Kalsium membina tulang dan gigi bayi. Zat besi membina bekalan darah yang cukup untuk bayi dan plasenta.

Prinsip-prinsip Untuk ‘Makan’

Mahu makan dengan sempurna, tetapi tidak tahu bermula di mana? Tanyalah diri sendiri beberapa soalan yang berikut:

Pastikan makanan seimbang

  • Adakah saya pilih makanan yang membekalkan berbagai-bagai nutrien?
  • Adakah saya makan banyak buahbuahan dan sayur-sayuran?
  • Adakah saya mempunyai lebih karbohidrat, kurang protein dan lagi kurang lemak dalam setiap sarapan?

Cuba sesuatu yang berbeza setiap hari

  • Pernahkah saya makan ini semalam, kelmarin dan hari sebelum itu?
  • Sudahkah saya cuba semua jenis sayuran, buah-buahan, bijirin, kacang dan lain-lain makanan yang berbeza?
  • Mengapa bosankan diri sendiri dengan makanan yang sama setiap hari?

Rancang pemakanan anda

  • Apa yang saya ingin makan minggu ini?
  • Bagaimana saya boleh buat sarapan lebih berzat (tambah sayur) atau lebih sihat (masak dengan kurang minyak)?
  • Adakah makanan mahal semestinya perlu?

Jangan mendatangkan keracunan makanan kepada diri sendiri

  • Adakah makanan saya segar, dibersihkan dengan sempurna dan dimasak dengan baik?
  • Patutkah saya makan di gerai tepi jalan yang menghidangkan makanan tidak ditutup?
  • Bolehkah saya makan sarapan ringkas yang disediakan di rumah untuk menggantikan makan di luar?

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen