Pengasuhan Positif

Kelahiran Normal Selepas Pembedahan Caesarean?

Sebelum ini, wanita yang pernah menjalani pembedahan caesarean perlu menjalani pembedahan yang sama untuk semua kelahiran yang seterusnya. Namun demikan, pada hari ini, wanita sudah boleh merancang untuk melalui kelahiran semula jadi. Ini dikenali sebagai kelahiran normal selepas caesarean (VBAC).

Mencuba kelahiran normal selepas satu pembedahan caesarean adalah lebih selamat dan kurang berisiko berbanding pembedahan caesarean yang rutin. Kebanyakan doktor akan mengesyorkan kelahiran normal daripada pembedahan caesarean. Pastikan anda sentiasa mendapatkan nasihat doktor sebelum membuat sebarang keputusan.

bm_Vaginal-Birth

“Bolehkah saya menjalani VBAC?”

  1. Lazimnya, masih selamat bagi anda untuk menjalani VBAC jika pernah menjalani satu pembedahan caesarean sebelum ini.
  2. Lazimnya, VBAC tidak akan disyorkan jika anda pernah menjalani dua atau lebih pembedahan caesarean.

Risiko yang Terbabit Dalam VBAC

Wanita hamil dengan parut daripada pembedahan caesarean akan berisiko kecil untuk mendapati parut pada uterusnya terbuka semasa mengalami sakit kelahiran. Komplikasi yang dikenali sebagai pecah rahim ini boleh membahayakan nyawa. Namun demikian, peluang untuk berlakunya pecah rahim dengan VBAC tunggal (kajian tidak menunjukkan keputusan untuk kehamilan berganda) adalah hanya sebanyak 1 hingga 2 peratus sahaja.

Kebaikan VBAC

  • Lebih selamat. VBAC akan mengurangkan kemungkinan anda mendapat jangkitan dan kehilangan darah yang serius atau mengalami komplikasi berkaitan pembedahan.
  • Dapat menjalin ikatan dengan bayi yang baru lahir dengan lebih awal. Anda boleh terus memegang bayi anda selepas menjalani VBAC yang berjaya. Ini adalah lebih cepat berbanding setelah menjalani satu pembedahan caesarean. Anda juga boleh mula menyusu bayi dengan susu ibu sejurus selepas kelahirannya.
  • Pemulihan yang cepat. Jangka masa untuk anda tinggal di hospital adalah lebih singkat selepas satu VBAC berbanding selepas pembedahan caesarean. Dalam pada masa yang sama juga, anda akan mendapat semula tenaga dan stamina anda dengan lebih cepat.
  • Kurang mahal. Satu VBAC yang berjaya adalah lebih murah berbanding pembedahan caesarean yang terancang.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen