Pengasuhan Positif

Bayi Anda Yang Belum Lahir Perlu Penjagaan Pemakanan Awal

Ramai wanita sering mengabaikan keperluan pemakanan mereka sehinggalah mereka sedar yang mereka sedang hamil (selalunya setelah hamil enam minggu). Ianya adalah penting bagi anda untuk menyedari bahawa penjagaan pemakanan sebelum, semasa dan juga selepas kehamilan adalah kritikal untuk kesihatan anda dan juga bayi anda.

Mengapakah penjagaan pemakanan penting sebelum dan juga semasa kehamilan?

  1. Wanita yang mengamalkan tabiat makan yang baik akan memulakan kehamilan dengan simpanan-simpanan nutrien yang penuh dan berat badan yang sihat.
  2. Pemakanan yang baik adalah penting bagi tumbesaran dan perkembangan bayi yang optimum serta memainkan peranan yang kritikal di dalam menentukan kesihatan mereka di kemudian hari.

Adakah ibu-ibu hamil hari ini mengamalkan pemakanan yang baik? Bagaimana pula dengan anda?

Malang sekali, kekurangan zat makanan pada ibu masih merupakan satu masalah, samada sebagai pemakanan yang tidak mencukupi ataupun terlebih berat. Masalah-masalah sedemikian boleh berpunca daripada tidak memenuhi keperluan tubuh yang memerlukan pelbagai jenis makanan yang berbeza atau kekurangan nutrien-nutrien atau vitaminvitamin tertentu yang diperlukan oleh ibu dan bayi.

Tahukah anda?

Wanita yang kekurangan zat mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan…

Bayi dengan berat badan yang tidak normal semasa lahir

  1. Ibu-ibu yang kekurangan berat badan atau kekurangan nutrisi berkemungkinan melahirkan bayi yang rendah berat badan semasa lahir. Bayi-bayi ini lebih berkemungkinan untuk membentuk komplikasi-komplikasi yang akan menjejaskan organorgan penting dan juga akan lebih mudah terkena jangkitan.
  2. Ibu-ibu yang mempunyai berat badan yang tinggi menghidapi risiko untuk menghidapi penyakit diabetes mellitus dan melahirkan bayi yang besar. Bayi-bayi ini pula berkemungkinan membesar menjadi kanak-kanak dan orang dewasa yang terlebih berat serta berkecenderungan menghidap penyakit-penyakit seperti diabetes jenis 2 di kemudian hari.

Bayi dengan kecacatan kelahiran

Satu daripada kecacatan kelahiran yang paling lazim adalah kecacatan tiub neural yang berpunca daripada pembentukan otak atau saraf tunjang yang tidak betul akibat daripada kekurangan nutrien-nutrien tertentu sebelum dan semasa kehamilan.

Bayi dengan kecacatan mental dan kerencatan akal

Bayi-bayi ini akan lebih berkemungkinan mempunyai IQ yang lebih rendah dan kerosakan otak serta deria.

Nutrien-nutrien utama yang diperlukan oleh anda dan bayi anda

Intervensi awal berpotensi untuk memperbaiki kesihatan anda dan juga bayi anda. Berikut merupakan suatu ringkasan tentang nutrien-nutrien yang paling kritikal untuk anda dan juga bayi anda.

Nutrien Mengapa anda dan bayi anda memerlukannya Sumber-sumber terbaik
Protein Bahan binaan asas untuk sel-sel bayi anda; membekalkan simpanan untuk semasa sakit hendak bersalin dan kelahiran Telur, daging tanpa lemak, ayam itik, ikan, kekacang, susu, keju
Kalsium Untuk tulang dan gigi; pengecutan otot; fungsi saraf Susu dan produk tenusu, sardin, tofu, brokoli, kailan, yogurt
Zat besi Membentuk sel-sel darah merah yang diperlukan untuk menghantar oksigen kepada bayi anda; mencegah keletihan Ikan bilis, kerang, bayam, kangkung, roti-roti bijirin penuh
Vitamin A Menggalakkan kulit, penglihatan dan tumbesaran tulang yang sihat Hati, keledek, lobak merah, labu, mangga, betik
Asid Folik Membantu pembentukan sel darah dan hemoglobin; ia mungkin dapat mencegah kecacatan tiub neural di peringkat awal kehamilan Sayuran berdaun hijau, kacang, kacang pea, kekacang, pisang, tomato
Lemak Memberikan tenaga jangka panjang untuk tumbesaran; kritikal untuk perkembangan otak bayi anda Daging-daging tanpa lemak, ayam, itik, ikan, telur, biji-bijian, mentega kacang, marjerin

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen