Penjejak Tanda Perkembangan (0-5 Tahun)
Penjejak Tanda Perkembangan ini akan membantu ibu bapa memantau tahap perkembangan anak mereka berdasarkan umurnya. Tanda-tanda perkembangan disusun mengikut umur berbeza, bermula daripada umur 6 minggu ke 5 tahun. Tanda-tanda di bawah setiap peringkat umur kemudiannya dibahagikan pula kepada 4 jenis aspek perkembangan: sosial, pertuturan/bahasa, kognitif dan kemahiran motor.
Terdapat juga tip dan aktiviti yang boleh diamalkan oleh para ibu bapa bersama anak-anak mereka mengikut umur, serta tanda-tanda amaran perkembangan yang ibu bapa perlu awasi.
Klik pada umur anak anda untuk memeriksa tanda perkembangannya dan tip:
Sosial
- Mula membalas senyuman
Pertuturan/Bahasa
- Diam apabila mendengar bunyi
- Membuat bunyi apabila orang bercakap dengannya pada umur 8 minggu
Kognitif
- N/A
Kemahiran motor
Motor kasar:
- Tarik untuk duduk (pulled to sit): Kepala jatuh dan belakang melengkung
- Angkat secara meniarap (ventral suspension): Kepala diangkat sekejap pada aras yang sama dengan badan
- Meniarap: Pelvis tinggi tapi lutut tidak lagi di bawah abdomen. Dagu kadangkala diangkat. Kepala berpaling ke satu arah.
Motor halus:
- Menumpukan pada wajah atau objek, cth: wajah ibu
- Apabila berbaring, mengikuti objek dari sisi ke garis tengah (90°)
- Mengelipkan mata secara defensif pada umur 6-8 minggu
Tip dan aktiviti
- Peluk dan dukung bayi anda sekerap yang mungkin. Aktiviti ini akan membuatkannya rasa selamat dan dijaga. Memegangnya atau bertindak balas kepadanya tidak akan menjadikannya manja.
- Luangkan masa untuk bercakap, membaca dan menyanyi kepada bayi anda. Aktiviti ini akan membantunya mengembangkan dan memahami bahasa.
Sosial
- Sukakan hubungan sosial dua hala (bergilir-gilir)
- Bertindak balas dengan gembira apabila dipegang dengan mesra
Pertuturan/Bahasa
- Berkata “aah”, “ooh”, atau “naah” apabila orang bercakap kepadanya (cooing)
- Berpaling ke arah bunyi
Kognitif
- Melihat apabila anda bergerak
- Melihat mainan selama beberapa saat
Kemahiran motor
Motor kasar:
- Mengangkat kepala semasa meniarap
- Tarik untuk duduk (pulled to sit): Kepala jatuh sedikit. Kepala kadangkala tunduk ke depan.
- Angkat secara meniarap (ventral suspension): Kepala diangkat di atas paras badan
Motor halus:
- Melihat tangan sendiri
- Tangan tidak lagi digenggam
- Memegang sebentar mainan yang diletakkan dalam tangan
- Mengikuti mainan tergantung dari sisi ke sisi (180°)
Tip dan aktiviti
- Bertindak balas kepada bayi anda secara positif, cth. memberi reaksi teruja, senyum, dan bercakap dengannya apabila dia membuat bunyi. Aktiviti ini mengajarnya agar bergilir-gilir apabila “bercakap” atau berinteraksi dengan anda dalam perbualan.
- Sediakan persekitaran yang selamat untuk bayi anda bermain dan meneroka persekitarannya. Contohnya, letakkan dia di atas alas dengan mainan selamat yang boleh dia pegang atau sepak.
Sosial
- Memandang mata, bergerak atau membuat bunyi untuk menarik perhatian anda
- Ketawa
- Mengecam orang yang dikenali
- Suka melihat diri dalam cermin
- Meletakkan tangan pada botol dan menepuknya
- Memegang kaki
- Mengangkat tangan supaya didukung
- Menunjukkan reaksi gembira pada permainan kasar (rough and tumble play)
- Masih mesra dengan orang asing, menjadi lebih pemalu selepas umur 7 bulan
Pertuturan/Bahasa
- Bebelan satu suku kata, cth. “baa”, “maa”
- Bunyi banyak suku kata (ba, da, ka) pada umur 7 bulans
- Berpaling ke arah bunyi di atas kepala (7-9 bulan)
- Bergilir-gilir membuat bunyi dengan anda
- Menjelirkan lidah dan meniup mulut
- Membuat bunyi girang
- Senyum dan bersuara pada imej di cermin
Kognitif
- Mencapai tangan untuk mengambil mainan yang dikehendaki
- Meletakkan objek dalam mulut untuk mencubanya (mouthing)
- Merapatkan bibir untuk menunjukkan dia tidak mahu makanan lagi
Kemahiran motor
Motor kasar:
- Berguling daripada meniarap ke berbaring dan daripada berbaring ke meniarap
- Kawalan kepala yang bagus
- Menolak ke atas dengan tangan yang lurus apabila meniarap
- Menyokong badan dengan tangan apabila duduk
Motor halus:
- Tidak juling
- Kiub dipegang dengan genggaman tapak tangan (palmar grasp)
- Menjatuhkan satu kiub apabila satu lagi diberi pada umur 6 bulan, memegang satu lagi kiub dengan tangan lain apabila diberi pada umur 7 bulan
- Memindahkan objek daripada satu tangan ke tangan lain
- Mengikuti aktiviti dalam bilik dengan peka
Tip dan aktiviti
- Amalkan permainan “bergilir-gilir” dengan bayi anda untuk membantunya belajar bersosial. Contohnya, apabila bayi anda senyum, senyum kepadanya; apabila dia membuat bunyi, tiru bunyi tersebut.
- Tunjukkan pelbagai objek kepada bayi anda dan sebut nama objek tersebut. Contohnya, tunjukkan kereta, pokok, dan haiwan apabila keluar dengannya.
Sosial
- Pemalu, mahu berkepit atau penakut di sekitar orang asing
- Berpaling dan membalas apabila mendengar namanya
- Meletakkan objek dalam mulut (mouthing)
- Memegang dan menggigit makanan dalam potongan kecil
- Keresahan di sekitar orang asing
- Bermain “cikucak”, meniru tepuk tangan
- Melambai “bye-bye”
- Memahami kekekalan objek (object permanence)
- Menunjukkan pelbagai ekspresi wajah, seperti gembira, sedih, marah dan terkejut
- Bertindak balas apabila anda meninggalkannya (memandang, mencapai tangan, menangis)
Pertuturan/Bahasa
- Membuat beraneka bunyi bebelan, cth. “mamama”, “gagaga”, “dadada”
- Memahami “tak” dan “bye-bye”
- Mengangkat tangan supaya didukung
- Bertindak balas kepada namanya
- Meniru bunyi, cth. batuk, “brrr”
- Mengesan bunyi di atas dan di bawah aras telinga
Kognitif
- Mencari objek apabila hilang daripada pandangan, cth. sudu atau mainan
- Mengetuk dua objek bersama
Kemahiran motor
Motor kasar:
- Duduk tanpa sokongan
- Tunduk ke hadapan untuk mengutip mainan tanpa hilang keseimbangan
- Menarik ke atas untuk berdiri
- Berdiri sambil berpegang pada perabot
- Bergerak di atas lantai dengan cara berguling, mengengsot atau merangkak
Motor halus:
- Mencuit objek kecil
- Pegangan sepit inferior (inferior pincer grasp)
- Melepaskan mainan dengan menjatuhkannya atau menekan pada permukaan keras
- Melihat pada arah yang betul apabila mainan jatuh
- Memegang tali untuk menarik mainan (kefahaman sebab-akibat)
- Menggunakan jari untuk mengaut makanan ke arahnya
Tip dan aktiviti
- Ulang bunyi bebelan bayi anda dan sebut perkataan mudah yang kedengaran serupa. Contohnya, apabila bayi anda menyebut “mamama”, ulang bunyi itu, lalu sebut “makan”.
- Letakkan mainan di atas lantai tapi sedikit jauh daripada bayi anda dan galakkannya untuk merangkak, mengengsot atau berguling ke arahnya. Raikannya apabila dia berjaya mendapatkan mainan itu.
Sosial
- Memberikan objek apabila diminta
- Bermain permainan interaktif dengan orang dewasa
- Minum daripada cawan dengan bantuan, membantu apabila dipakaikan pakaian
- Mencari mainan yang disembunyikan daripada pandangan
- Menunjukkan kemesraan kepada ahli keluarga
Pertuturan/Bahasa
- Melambai “bye-bye”
- Menyebut sekurang-kurangnya 1-3 perkataan dengan makna, cth. “Papa” atau “Mama”
- Bebelan berirama
- Memahami “tak” (jeda sebentar atau berhenti apabila anda mengatakannya)
- Mengenali dan bertindak balas kepada nama sendiri
- Memahami arahan mudah
- Mengesan bunyi dari semua arah
Kognitif
- Gemar meletakkan sesuatu ke dalam bekas, contohnya blok ke dalam cawan, lalu mengeluarkannya semula
- Mencari objek yang anda sembunyikan, seperti mainan di bawah selimut
Kemahiran motor
Motor kasar:
- Berjalan sambil berpegang pada sesuatu dengan satu tangan
- Menarik ke atas untuk berdiri
- Berjalan menggunakan tangan dan kaki seperti beruang
- Berdiri tanpa sokongan
- Mungkin berjalan tanpa sokongan
Motor halus:
- Menuding untuk meminta sesuatu atau menunjukkan objek yang menarik minat
- Memegang objek kecil dengan ibu jari dan jari telunjuk, contohnya cebisan kecil makanan (neat pincer grasp)
- Minum daripada cawan tanpa penutup, sambil anda memegangnnya
- Mengetuk 2 kiub bersama
Tip dan aktiviti
- Tunjukkan “kelakuan baik” kepada bayi anda. Tunjukkan apa yang dia perlu buat dan galakkannya dengan pujian, pelukan atau ciuman apabila dia melakukannya. Contohnya, jika dia memukul haiwan peliharaan, ajarnya untuk membelai haiwan dengan lembut dan berikan ciuman apabila dia mengikut ajaran anda.
- Cakap atau nyanyi kepada bayi anda tentang apa yang anda sedang lakukan. Contohnya, cakap “Ibu sedang pakaikan pakaian kepada kamu,” atau nyanyikan “Inilah caranya memakai baju...”
Sosial
- Berkongsi minat dengan anda (dengan membawakan atau menuding pada benda) untuk dinikmati bersama
- Menunjukkan kemesraan spontan seperti memeluk atau mencium
- Meniru kanak-kanak lain semasa bermain, seperti mengambil mainan keluar daripada bekas apabila kanak-kanak lain melakukannya
- Menepuk tangan apabila teruja
- Memeluk patung mainan atau mainan lain
- Memegang dan minum daripada cawan, cuba memegang sudu
- Permainan berfungsi (functional play), cth. menolak kereta mainan
- Mengambil objek dan membalingnya berulang-ulang (casting)
Pertuturan/Bahasa
- Menuturkan lebih daripada 2 perkataan bermakna
- Menunjukkan kefahaman tentang orang atau objek yang dikenali
- Melihat ke arah objek yang dikenali apabila anda menyebut objek itu
- Mengikut arahan yang diberikan dengan kedua-dua isyarat dan perkataan. Contohnya, dia memberikan anda mainan apabila anda menghulurkan tangan dan berkata, “Berikan mainan itu.”
- Menuding untuk meminta sesuatu atau meminta bantuan
- Menggunakan jargon (bahasanya sendiri)
Kognitif
- Menggunakan objek sepertimana cara sebenar ia digunakan, cth. berpura-pura menggunakan telefon
- Menyusun sekurang-kurangnya dua objek kecil, seperti blok mainan
Kemahiran motor
Motor kasar:
- Mengambil beberapa langkah sendiri
- Merangkak menaiki tangga
Motor halus:
- Membina menara dengan 2 kiub
- Memegang 2 kiub dalam satu tangan
- Menconteng secara rambang dengan genggaman tapak tangan
- Menggunakan jari untuk menyuap makanan sendiri
Tip dan aktiviti
Sosial
- Bermain sendirian tapi mungkin akan melihat untuk memastikan anda ada berhampiran
- Membantu anda dengan penjagaan diri, cth. mengangkat tangan untuk membantu anda memakaikan bajunya
- Menuding untuk menunjukkan sesuatu yang menarik kepada anda
- Menghulurkan tangan untuk anda membasuhkan tangannya
- Melihat beberapa halaman buku bersama anda
- Meniru tugasan rumah
- Berhenti memasukkan objek ke dalam mulut
- Kurang kerap mengambil dan melontar objek
Pertuturan/Bahasa
- Menuturkan lebih daripada 6 perkataan bermakna
- Menuding kepada 2-3 anggota badan
- Suka melihat buku bersama-sama
- Mengikut arahan satu langkah tanpa apa-apa isyarat, contohnya memberikan mainan apabila anda berkata, “Berikan kepada ibu.”
Kognitif
- Meniru aktiviti harian, cth. menyapu dengan penyapu
- Bermain mainan dengan cara yang mudah, seperti menolak kereta mainan
Kemahiran motor
Motor kasar:
- Berjalan tanpa sokongan
- Berlari secara kekok tapi jarang jatuh
- Membawa anak patung besar sambil berjalan
- Naik dan turun tangga dengan bantuan
- Naik dan turun daripada sofa atau kerusi tanpa bantuan
- Mencangkung untuk mengambil mainan
Motor halus:
- Minum dari cawan, tapi masih tumpah
- Menconteng secara spontan
- Membina menara 3 kiub
- Suka meletakkan objek kecil ke dalam dan ke luar bekas
- Suka buku bergambar, membelek beberapa halaman sekaligus
- Mula mempunyai tangan yang gemar digunakan
- Menyuap makanan sendiri dengan jari
- Cuba menggunakan sudu
Tip dan aktiviti
- Ajar anak anda tentang perasaan orang lain dan bagaimana untuk bertindak balas dengan positif. Contohnya, apabila melihat kanak-kanak lain bersedih, cakap “Dia kelihatan sedih. Mari kita belanja dia aiskrim.”
- Galakkan main “olok-olok”. Berikan anak anda sudu dan mangkuk mainan supaya dia boleh berpura-pura menyuap patung mainannya. Anda juga boleh bermain bersamanya.
Sosial
- Menyedari yang orang lain sedang resah
- Bermain di samping kanak-kanak lain, tapi bukan bersama mereka
- Melihat anda apabila berada dalam persekitaran baru
- Memberitahu anda apabila mahu membuang air semasa jaga (dry by day)
- Meragam (tantrum) apabila kecewa tapi biasanya mudah beralih perhatian
Pertuturan/Bahasa
- Menggunakan frasa 2-3 perkataan
- Mengikut arahan ringkas 2 langkah, cth. “Ambil buku ini dan berikan kepada Ayah.”
- Menggunakan lebih 50 perkataan
- Boleh menamakan objek dan gambar yang dikenali
- Ikut menyanyi lagu kanak-kanak
- Menunjukkan kepada objek dalam buku apabila anda bertanya, contohnya, “Di mana beruang?”
- Menunjukkan 2-6 anggota tubuh apabila anda bertanya kepadanya
- Membuat lebih banyak isyarat selain daripada melambai dan menuding jari, seperti isyarat ciuman atau mengangguk bersetuju
Kognitif
- Main olok-olok, cth. main “masak-masak”
- Memegang sesuatu dengan satu tangan sambil menggunakan tangan satu lagi; contohnya, memegang bekas dan membuka penutupnya
- Cuba menggunakan suis , tombol pintu atau butang pada mainan
- Bermain dengan lebih daripada satu mainan pada masa yang sama, seperti meletakkan makanan mainan di atas pinggan mainan
Kemahiran motor
Motor kasar:
- Berlari dengan lancar, boleh mengelak halangan
- Naik dan turun tangga sendiri, 2 kaki setiap anak tangga
- Boleh berjalan mengundur sambil menarik pemegang mainan
- Melanggar bola besar apabila cuba menendangnya
Motor halus:
- Suka melihat buku bergambar bersama-sama dan membelek satu halaman setiap kali
- Makan dengan sudu
- Membina menara dengan 6-7 kiub
- Meniru untuk membina kereta api kiub, tanpa meletakkan cerobong
- Contengan bulat-bulat
- Meniru garis lurus
- Memakai kasut, stokin, seluar
Tip dan aktiviti
- Pantau anak anda semasa bermain dan tunjukkan bagaimana untuk bekerjasama, berkongsi dan bergilir. Kanak-kanak pada umur ini bermain di samping satu sama lain, tapi belum tahu cara untuk bermain bersama dan menyelesaikan masalah.
- Benarkan anak anda membantu anda semasa menyediakan hidangan. Contohnya, arahkan dia membawa barangan ringan seperti sudu plastik atau tisu ke meja. Jangan lupa berterima kasih kepadanya kerana membantu.
Sosial
- Mula berkongsi mainan atau objek
- Bermain secara interaktif bersama kanak-kanak lain
- Makan tanpa bantuan, membasuh tangan
- Mungkin tidak kencing malam (dry by night)
- Melibatkan diri dalam permainan olok-olok aktif dengan kanak-kanak lain
- Bertenang dalam masa 10 minit selepas anda meninggalkannya, seperti di pusat jagaan
Pertuturan/Bahasa
- Bertanya soalan “siapa”, “apa”, “di mana” atau “kenapa”, cth. “Di manakah ibu?”
- Menerangkan gambar dalam buku dan memberikan komen dalam ayat mudah dan kata kerja
- Memberikan nama dan jantina apabila ditanya, kadangkala umur juga
- Boleh bercakap untuk difahami oleh kebanyakan orang pada kebanyakan masa
- Berbual dengan anda, sekurang-kurangnya dua kali bergilir bercakap
- Menggunakan kata ganti nama dan kebanyakan kata sendi nama dengan betul
- Mengenal pasti objek berdasarkan fungsi, cth. kita minum dengan apa?
- Mengira secara hafalan sehingga 10 atau lebih, tapi tidak memahami kuantiti melebihi 2 atau 3
- Menamakan 2 warna
Kognitif
- Meniru anda apabila anda melukir bulatan
- Mengelak daripada menyentuh objek panas, seperti cerek, apabila anda melarangnya
Kemahiran motor
Motor kasar:
- Naik tangga satu kaki setiap anak tangga dan turun dua kaki setiap anak tangga
- Berjalan berjengket
- Berdiri dengan 1 kaki sekejap
- Menaiki basikal roda tiga
- Menendang bola dengan kuat, membaling bola dari atas bahu (overhand)
Motor halus:
- Membina menara dengan 9-10 kiub
- Meniru untuk membina jambatan dengan 3 kiub
- Merangkai objek dengan tali, seperti manik besar atau makaroni
- Memakai sesetengah pakaian sendiri, seperti seluar longgar atau jaket
- Menggunakan garfu
- Meniru untuk melukis pangkah
- Melukis orang apabila diminta
- Memotong dengan gunting
Tip dan aktiviti
- Bincangkan perasaan anak anda dan berikan perkataan untuk membantunya menerangkan perasaannya. Ajar bagaiman untuk menguruskan rasa tertekan dengan mengambil nafas dalam-dalam, memeluk mainan kegemaran atau pergi ke ruang yang senyap dan selamat.
- Tetapkan beberapa peraturan mudah dan jelas yang sesuai dengan umur anak anda, seperti berlembut apabila bermain dengan rakan. Tunjukkan kelakuan yang betul kepadanya jika dia melanggar peraturan dan berikan akuan dan pujian jika dia mematuhinya.
Sosial
- Menunjukkan empati apabila orang lain resah
- Permainan peranan (role play), berpura-pura menjadi watak lain apabila bermain (guru, superhero, haiwan)
- Meminta untuk pergi bermain dengan kanak-kanak lain jika tiada berhampiran, cth. “Boleh saya main dengan Alex?”
- Mengelakkan bahaya, contohnya tidak melompat dari tempat tinggi di taman permainan
- Suka menjadi “pembantu”
- Mengubah kelakuan berdasarkan tempat dia berada (tempat ibadah, perpustakaan, taman permainan)
- Menggosok gigi, memakai pakaian tanpa bantuan kecuali untuk tali kasut, tali leher dan butang belakang
- Memahami keperluan bergilir-gilir semasa bermain
- Memahami konsep masa lalu, kini dan akan datang
Pertuturan/Bahasa
- Berbual dua hala menggunakan ayat lebih panjang
- Memberikan nama penuh dan umur
- Menjawab soalan mudah seperti “Di manakah ibu?” atau “Krayon digunakan untuk apa?”
- Menuturkan ayat dengan empat atau lebih perkataan
- Menggunakan beberapa perkataan daripada lagu, cerita atau irama kanak-kanak
- Bercakap tentang sekurang-kurangnya satu perkara yang berlaku kepadanya hari itu, seperti “Saya bermain bola.”
- Pertuturan dengan tatabahasa yang betul dan boleh difahami
- Menamakan 4 warna
- Mendengar dan memberitahu cerita panjang
- Mengira secara hafalan sehingga 20 dan mula mengira dengan perkataan dan sentuhan sehingga 4 atau 5
Kognitif
- Melukis orang dengan 3 anggota badan atau lebih
- Menamakan beberapa warna objek
- Memberitahu apa yang akan berlaku dalam cerita yang diketahui ramai
Kemahiran motor
Motor kasar:
- Berjalan atau berlari menaiki dan menuruni tangga, satu kaki setiap anak tangga
- Berdiri, berjalan dan berlari secara berjengket
- Berdiri di atas satu kaki selama 3-5 saat dan melompat dengan satu kaki
- Menangkap bola besar kebanyakan masa
Motor halus:
- Memakai dan menanggalkan pakaian sendiri, kecuali pakaian dengan butang
- Membina 3 anak tangga dengan 6 kiub selepas ditunjuk caranya
- Memegang pensil/krayon di antara ibu jari dan jari telunjuk (bukan digenggam) dengan kawalan yang baik
- Meniru lukisan pangkah
- Melukis orang dengan kepala, kaki dan badan
- Memadankan 4 warna primer
- Menyediakan makanan atau menuang air sendiri, dengan pengawasan orang dewasa
Tip dan aktiviti
- Bacakan cerita kepada anak anda. Tanya dia soalan berkaitan dengan cerita tersebut, cth. apa yang berlaku dalam cerita itu dan apa yang mungkin terjadi selepas itu.
- Ajar anak anda tentang warna, bentuk dan saiz. Contohnya, apabila dia melihat suatu objek, tanya dia tentang warna, bentuk dan saiz objek tersebut.
Sosial
- Bermain bersama kanak-kanak lain secara bekerjasama dalam permainan dengan peraturan, cth. tingting
- Memilih rakan sendiri
- Menyanyi, menari atau berlakon untuk anda
- Melakukan tugasan mudah di rumah, seperti memadankan stokin atau mengemas meja selepas makan
- Melibatkan diri dalam permainan olok-olok berkumpulan yang terperinci
Pertuturan/Bahasa
- Bercerita
- Menjawab soalan mudah tentang suatu cerita selepas anda bercerita kepadanya
- Meneruskan perbualan lebih panjang dengan lebih tiga kali bergilir bercakap
- Menggunakan atau mengenali irama mudah (merah-marah, suka-duka)
- Memberitahu hari jadi dan alamat rumah
- Menerangkan objek berdasarkan fungsinya
- Menggunakan “mula-mula, kemudian, akhir sekali” (konsep masa dan turutan)
- Sukakan jenaka dan teka-teki
- Memberitahu masa
Kognitif
- Memberi perhatian sekurang-kurangnya 5-10 minit semasa aktiviti
- Mengira hingga 10
- Menamakan nombor antara 1 dan 5 apabila anda menunjukkannya
- Menggunakan perkataan berkaitan masa, seperti “kelmarin”, “esok”, “pagi” atau “malam”
- Menulis beberapa huruf dalam namanya
- Menamakan beberapa huruf apabila anda menunjukkannya
Kemahiran motor
Motor kasar:
- Berjalan atas garisan kecil
- Melompat dengan satu kaki secara bergilir
- Mengimbangkan badan atas satu kaki selama 8-10 saat
- Menari mengikut muzik
Motor halus:
- Memakai dan menanggalkan pakaian sendiri, termasuk pakaian berbutang
- Meniru segi empat pada umur 5 tahun dan segi tiga pada umur 5 ½ tahun
- Mewarna dengan cermat tanpa keluar daripada garis bentuk
- Melukis orang dengan kepala, badan, kaki, tangan dan bahagian lain
- Boleh memotong sejalur kertas dengan baik
Tip dan aktiviti
- Galakkan anak anda bermain dengan mainan yang boleh melatihnya menyusun, cth. susun suai gambar (puzzle) dan blok bangunan.
- Tanya anak anda soalan apabila melihatnya bermain. Biar dia kembangkan jawapan dengan bertanya soalan tambahan. Contohnya, kata “Cantik rumah yang awak buat. Kenapa bentuknya begitu?”
Tanda amaran utama masalah perkembangan
- Saiz kepala terlalu besar atau kecil
- Refleks primitif berterusan pada umur > 6 bulan
- Tiada vokalisasi bergilir-gilir dan senyuman responsif pada umur 8-9 bulan
- Tidak berjalan pada umur 18 bulan
- Tiada perkataan yang jelas pada umur 18 bulan
- Tiada ayat dua perkataan pada umur 2 tahun
- Tidak bermain secara interaktif dengan rakan sebaya pada umur 3 tahun
- Kejanggalan sejak lahir, ciri ganjil di wajah yang berkait dengan masalah tertentu
- Kelewatan atau kegagalan mencapai tanda perkembangan normal
References
- CDC’s Developmental Milestones
- Ministry of Health Paediatric Protocols for Malaysian Hospitals 4th Edition