Pengasuhan Positif

Mari Kenali Imuniti

Kenali sistem imun anak anda!

Mari kita dengar kata-kata pakar!

Datuk Dr Zulkifli Ismail, Pakar Perunding Pediatrik & Kardiologi Pediatrik

[1] “Memahami asas imuniti penting bagi setiap ibu bapa. Apabila ibu bapa memahami bagaimana imuniti berfungsi, mereka akan lebih selesa membenarkan anak mereka meneroka dan belajar kerana mengetahui bahawa sistem imun anak mereka boleh melindunginya, terutamanya apabila semua langkah yang perlu telah diambil.”

[2] “Dari saat anak anda bangun, dia tanpa sedar akan terdedah dengan kuman yang boleh memasuki tubuhnya dengan mudah semasa dia berkongsi snek, memeluk kawan, atau menyentuh permukaan tercemar. Bergantung kepada kekuatan dan kematangan sistem imunnya, patogen ini boleh berganda dan mendatangkan pelbagai gejala daripada ringan ke teruk.”

[3] “Oleh kerana sistem imun kanak-kanak masih berkembang, mereka lebih terdedah kepada jangkitan, maka lebih penting bagi ibu bapa untuk memahami bagaimana imuniti berfungsi, langkah untuk menyokongnya, dan cara mengenal pasti risiko kesihatan yang boleh menjejaskan anak mereka.”

Dato’ Dr Musa Mohd Nordin, Pakar Perunding Pediatrik & Neonatologi

[1] “Sistem imun kanak-kanak amat berbeza daripada orang dewasa kerana ia masih kurang berkembang dan bertindak balas lebih perlahan. Oleh kerana sistem imun mereka masih belum matang sepenuhnya, kanak-kanak lebih berisiko tinggi mendapat penyakit, dan tubuh mereka mungkin sukar menyingkirkan patogen secara berkesan sepertimana orang dewasa, dan ini biasanya menyebabkan gejala yang lebih teruk.”

[2] “Sistem imun yang kuat dalam kanak- kanak memberi banyak manfaat dengan menyediakan perlindungan kukuh daripada pelbagai patogen, lalu mencegah penyakit berjangkit berbahaya. Selain itu, sistem imun yang berfungsi baik membolehkan penghasilan sel memori yang membantu tubuh menghasilkan tindak balas imun yang lebih pantas dan berkesan apabila terdedah kepada patogen yang sama seperti sebelumnya.”

[3] “Sistem imun yang berfungsi baik boleh mengurangkan hari sakit, kemasukan ke hospital, dan komplikasi sama ada akibat penyakit akut atau kronik, malah mengurangkan risiko kematian dalam sesetengah kes. Hasilnya, kanak-kanak juga kurang berkemungkinan terlepas sekolah kerana sakit, lalu membolehkan mereka terlibat sepenuhnya dalam pembelajaran tanpa gangguan berterusan.”

 

Sistem imun terdiri daripada dua jenis utama imuniti:
imuniti semula jadi dan perolehan.

Sokong sistem imun anak anda

Apa kata pakar kami…

Dr Roseline Yap, Pakar Pemakanan & Bendahari Kehormat, Persatuan Pemakanan Malaysia

[1] “Peranan diet seimbang tidak boleh diambil ringan dalam menyokong perkembangan sistem imun kanak-kanak dan tumbesarannya. Nutrien dalam kadar yang tepat bukan saja boleh membantu menguatkan pertahanan tubuh, malah mengekalkan kesihatan optimum.m.”

[2] “Beri susu ibu sejak dari awal. Melalui susu ibu, seorang ibu boleh memberikan nutrien penting dan antibodi kepada bayinya, yang boleh melindunginya daripada jangkitan yang biasa menyerang kanak-kanak. Antibodi ini penting bagi menyediakan imuniti pasif dan menawarkan perlindungan kepada bayi daripada patogen berbahaya yang mungkin menyerangnya.”

[3] “Diet yang bagus membekalkan nutrien penting seperti vitamin C, vitamin D, zink, dan zat besi yang diperlukan bagi penghasilan dan fungsi sel darah putih yang berperanan utama dalam melawan jangkitan. Selain itu, antioksidan dalam buah dan sayur membantu meneutralkan radikal bebas yang berbahaya dan boleh merosakkan sel imun.”

[4] “Ajak mereka bersenam! Aktiviti fizikal terbukti boleh meningkatkan penghasilan sel darah putih yang merupakan pertahanan utama tubuh daripada patogen berbahaya. Aktiviti fizikal juga penting untuk memastikan keseimbangan tenaga dan menjaga berat badan yang sihat. Berat badan yang tidak sihat merupakan faktor yang boleh menjejaskan fungsi imun.”

Datuk Dr Zulkifli Ismail, Pakar Perunding Pediatrik & Kardiologi Pediatrik

[1] “Pastikan anak anda melengkapkan semua vaksinasi yang disarankan di bawah Program Imunisasi Kebangsaan dan pertimbangkan vaksin tambahan seperti vaksin rotavirus, influenza, dan cacar air bagi perlindungan tambahan. Vaksin membantu menyediakan sistem imun dengan merangsang untuk menghasilkan tindak balas imun terhadap patogen tertentu tanpa menyebabkan penyakit tersebut.”

[2] “Kanak-kanak perlukan lebih banyak tidur. Tidur yang merehatkan membantu memperbaiki dan menghasilkan sel imun, lalu memastikan sistem kuat dan bersedia untuk bertahan daripada ancaman. Sebaliknya, stres kronik – sama ada kerana masalah di rumah atau sekolah – boleh melemahkan imuniti, terutamanya selepas peningkatan berterusan hormon stres seperti kortisol.”

[3] “Bagi memastikan fungsi optimum sistem imun supaya kanak-kanak kekal sihat, adalah penting untuk mengamalkan tabiat dan amalan sihat bermula dari rumah, termasuklah diet seimbang, kerap bersenam, tidur yang mencukupi, amalan kebersihan, dan vaksinasi mengikut jadual. Memahami dan menerapkan amalan ini dalam rutin harian kanak-kanak boleh meningkatkan kebolehan mereka untuk melawan jangkitan.”

Imuniti lebih kuat untuk kesihatan lebih baik

6 langkah bagi sistem imun terbaik

Tingkatkan kebolehan anak anda melawan jangkitan dengan mengamalkan tabiat-tabiat ini!

Galakkan sistem imun melalui pemakanan berkhasiat

Diet seimbang menyediakan nutrien yang penting untuk tumbesaran dan menguatkan pertahanan tubuh. Jangan tinggalkan makanan ini:

Mesej utama

  • Memahami dan menyokong sistem imun melalui pendekatan seimbang terhadap pemakanan, senaman, tidur, dan vaksinasi adalah penting bagi memastikan kesejahteraan anak anda.
  • Sebagai ibu bapa, langkah-langkah ini bukan saja boleh melindungi anak anda daripada ancaman langsung seperti jangkitan, malah menyediakan asas untuk imuniti yang kuat seumur hidup.
  • Dengan mengutamakan amalan-amalan ini, ibu bapa boleh membantu anak mereka membesar menjadi individu yang berdaya tahan dan sihat yang bersedia menghadapi dunia dan cabaran-cabarannya.

Langgani surat berita pengasuhan kami.