Keracunan makanan berlaku apabila anak anda mengambil sebarang makanan atau minuman yang dicemari oleh bakteria atau virus. Keracunan lazimnya disebabkan oleh toksin yang dihasilkan oleh mikroorganisma tersebut apabila ia masuk ke dalam tubuh anak anda ini boleh mengakibatkan muntah-muntah atau cirit birit.
Dalam kebanyakan kes, keracunan makanan akan pulih sendiri – namun kes-kes yang lebih teruk tetap boleh berlaku dan anda perlu tahu apa yang harus dilakukan. Sering kali, ancaman terbesar keracunan makanan ialah dehidrasi kerana mangsa akan kehilangan banyak cecair disebabkan muntah dan/atau cirit birit.
Perbezaan antara intoleransi, alahan, dan keracunan
Anak anda mungkin mengalami muntah-muntah atau cirit birit, ini adalah simptom lazim apabila keracunan makanan, tetapi anak anda juga mungkin sedang menghidapi sesuatu yang lain – sukar untuk membezakannya. Antaranya ialah seperti alahan (allergic) dan intoleransi (food intolerance) kepada makanan yang tertentu. Perlu tahu perbezaannya ialah kerana rawatan antara ketiga-tiga keadaan ini adalah sedikit berbeza.
Secara amnya, intoleransi (food intolerance) terhadap makanan adalah lebih biasa berlaku daripada alahan makanan. Kedua-duanya berbeza daripada keracunan makanan kerana ia berkait rapat dengan cara tubuh anak anda bertindak balas terhadap sesuatu makanan. Berikut cara untuk membantu anda membezakan ketiga-tiganya:
Dalam kes intoleransi atau alahan pemakanan, cuma orang yang mengalami masalah tersebut yang akan mendapat simptom yang disebutkan di atas. Manakala dalam kes keracunan makanan, semua mereka yang makan makanan yang dicemari akan mengalami simptom seperti cirit birtit dan muntah. Jadi makanan tersebut tidak boleh dimakan langsung.
Mengenali keracunan makanan
Tanda-tanda dan simptom keracunan makanan bergantung kepada jenis mikroorganisma yang menjangkiti anak anda. Anak anda mungkin jatuh sakit sejurus selepas mengambil makanan atau minuman yang tercemar. Sebaliknya, dia juga mungkin tidak menunjukkan sebarang simptom sehingga beberapa hari kemudian. Pada masa yang sama, kebanyakan kes keracunan makanan pulih dalam tempoh beberapa hari, jadi pastikan anda berwaspada dengan keadaan fizikal anak anda dan pastikan dia minum air kosong secukupnya.
Tanda-tanda lazim keracunan makanan termasuk:
Tanda-tanda dan simptom keracunan makanan yang jarang berlaku termasuk pening, penglihatan menjadi kabur, atau rasa kebas di lengan.
Merawat keracunan makanan
Dalam kes keracunan makanan yang ringan, lazimnya mencukupi untuk memastikan anak anda mendapat air secukupnya bagi mencegah dehidrasi. Walaupun kes keracunan makanan ringan tidak memerlukan perhatian perubatan, anda harus berwaspada. Dehidrasi merupakan komplikasi keracunan makanan yang lazim berlaku. Selagi anak anda cukup terhidrat dan keadaannya bertambah baik, anda tidak perlu membawanya berjumpa doktor. Ketahui lebih lanjut dalam artikel kami “Bahaya dehidrasi dalam kalangan kanak-kanak” pada muka surat 39.
Pastikan anak anda berehat secukupnya dan elakkan makanan pepejal, berserat dan berlemak sehingga cirit birit atau muntah-muntahnya berhenti. Setelah itu, anda boleh memberi dia makanan yang rendah lemak dan minyak dalam saiz sajian yang kecil agar tidak merangsang perutnya.
Walau bagaimanapun, jika keadaannya semakin merosot atau tidak pulih, tindakan terbaik adalah untuk membawanya berjumpa doktor atau pakar pediatrik. Kes-kes yang lebih serius mungkin memerlukan rawatan antibiotik dan jika dia hilang terlalu banyak air di dalam badan, dia memerlukan rawatan rehidrasi iaitu memerlukan IV drip, air ke dalam tubuh badan.
Perhatian segera diperlukan
Dalam keadaan di mana anak anda mengalami keracunan makanan teruk, dia mungkin menunjukkan beberapa simptom seperti:
- muntah-muntah berulang kali – muntah beberapa kali dalam tempoh 12 jam yang lalu
- cirit birit disertai demam panas (melebihi 38.3°C)
- sakit atau kekejangan abdomen yang teruk dan tidak lega selepas membuang air besar
- terdapat darah di dalam najis (tidak kira najis biasa atau cirit birit), ia mungkin kelihatan berwarna hitam, merah manggis atau merah terang
- darah di dalam muntah
- kadar degupan jantung meningkat dengan mendadak.
Semua tanda-tanda tersebut menandakan bahawa anda harus membawa anak anda berjumpa doktor atau pakar pediatrik.
Komen