Sebagai ibu bapa yang baru menimang cahaya mata, kehadiran bayi seringkali menyebabkan anda tidak dapat tidur lena pada waktu malam. Bayi anda tidak mempunyai jadual tidur. Dia tidur pada bilabila masa dan seberapa lama yang mungkin. Ini boleh meletihkan anda, terutamanya apabila bayi anda kerap terbangun pada tengah malam. Tetapi jangan bimbang, dia akan tidur dengan lebih tetap lebih kurang usia 6 bulan. Sehingga itu, di sini diterangkan bagaimana anda dapat membantu bayi anda tidur:
- Tetapkan satu rutin. Anda perlu membezakan tidur di waktu siang dan tidur di waktu malam. Pada waktu siang, biar bayi anda tidur di dalam bakul bayi, katil anda atau kereta sorong. Katil bayi hanya digunakan ketika waktu malam. Pada waktu malam, tidurkan bayi anda pada waktu yang sama dan pastikan bilik itu gelap.
- Mendodoi dengan lembut. Tidurkan bayi anda dengan mendodoikannya di lengan anda atau menyanyi. Ini akan mengambil masa kerana anak anda mungkin akan terjaga setiap kali anda meletakkannya di katil bayi.
- Menghisap. Sesetengah bayi akan berasa tenang dengan menghisap dan perkara ini akan dikaitkan dengan puting. Puting dapat menyebabkan masalah pergigian. Oleh itu, ia tidak digalakkan.
- Balutan. Masukkan tangan bayi anda dengan selesa tetapi tidak terlalu ketat di dalam selimut yang nipis. Ini akan membuatkan bayi anda berasa selamat dan membantunya tidur dengan lebih nyenyak.
- Menggosok. Gosok perut bayi anda secara berirama untuk membuatnya rasa lega dan membantunya tidur dengan nyenyak. Jangan ubah rentak gosokan kerana ia mungkin akan mengganggu bayi anda. Hentikan gosokan apabila matanya sudah tertutup.
- Mengurut. Urut bayi dengan urutan asas untuk membantu bayi tidur lebih lena.
“Bagaimana saya boleh menidurkan bayi semula jika dia terjaga pada waktu malam?’
Tunggu beberapa minit untuk melihat sama ada bayi anda akan tidur semula. Jika bayi anda masih menangis, angkat dan dukung bayi anda untuk seketika atau beri bayi anda susu. Letakkannya kembali ke dalam katil bayi apabila dia berhenti menangis. Jika dia menangis lagi, tenangkannya dengan suara anda untuk menunjukkan anda masih bersamanya. Tunggu 5 minit sebelum memeriksa keadaan bayi anda sekali lagi. Tepuk bayi anda tetapi jangan dukungnya melainkan dia meragam dengan teruk. Rapikan selimutnya dan beredar.
Lakukan perkara di atas setiap lima minit sehingga bayi anda tidur semula. Selepas setengah jam, jenguk semula bayi anda setiap 10 minit. Lakukan untuk beberapa minggu bagi membantunya mendapatkan jadual tidur yang lebih sempurna.
|
Biarkan bayi anda tidur di dalam bakul bayi atau katil bayi, bukan di dalam “kain sarung” atau “buaian” kerana bayi mudah terjatuh. Untuk mengelakkan kematian di katil bayi, biarkan anak anda tidur secara melentang dengan kaki di hujung katil bayi. Selimutkan bayi anda dengan kemas supaya selimut itu kekal di bawah bahunya dan tidak terlucut lalu menutup kepala bayi. Jika anda fikir bayi anda tidak tidur dengan baik, dapatkan nasihat dari pakar pediatrik. |
Komen