Pengasuhan Positif

Menjaga Keselamatan Anak Anda

Utamakan Keselamatan

Ibu bapa sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Ramai yang sanggup bergadai golok untuk memastikan anak-anak mereka mendapat pemakanan yang betul, pendidikan yang sebaik mungkin dan diberi penjagaan dan rawatan perubatan yang sewajarnya apabila mereka jatuh sakit. Malangnya, ramai yang tidak sedar bahawa mereka juga perlu memberikan perhatian yang sama penting kepada keselamatan anak-anak mereka.

Lebih ramai kanak-kanak menderita disebabkan trauma dan kecederaan daripada kesakitan dan penyakit. Kebanyakan daripada kecederaan ini boleh dicegah atau dielakkan. Terdapat beberapa faktor yang membuat kanak-kanak mudah mendapat kecederaan dan diancam bahaya.

Kanak-kanak suka meneroka, mencuba benda baru, bermain dan berkawan. Bagaimanapun, mereka mungkin tidak mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang secukupnya untuk mengenali bahaya. Mereka tidak mempunyai kematangan untuk melihat situasi dari sudut yang berlainan dan membuat penilaian yang baik. Apabila mereka seronok bermain, mereka mudah leka dan mungkin tidak boleh bertindak balas dengan cukup cepat terhadap bahaya yang datang secara tiba-tiba dan tidak diduga. Saiz mereka yang kecil juga membuat mereka kurang diperasan oleh orang dewasa dan pemandu kenderaan.

Untuk artikel penuh, sila download pdf di bawah:

Download PDF

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen