Pengasuhan Positif

Manfaat Warna

Kita diajar tentang kebaikan pengambilan sayuran hijau terhadap kesihatan kita. Namun, adalah tidak mencukupi sekiranya anda dan anak anda hanya memakan sayuran berwarna hijau sahaja. Buah buahan dan sayur-sayuran yang terdiri daripada kepelbagaian warna kaya dengan vitamin, mineral, pelawas dan bahan pencegah penyakit yang semulajadi. Mulakan dengan pemberian buah buahan dan sayur-sayuran yang tidak pahit kepada anak-anak anda dahulu. Anda tidak perlu meleteri mereka untuk memakan buah dan sayuran apabila mereka besar kelak. Berikut merupakan faedah kesihatan berkaitan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Apa itu fitokimia?

Fitokimia merupakan bahan kimia semulajadi yang memberikan perisa, warna, tekstur dan bau kepada buah-buahan dan sayur sayuran. Fitokimia dikatakan juga membekalkan antioksidan dan faedah kesihatan lain yang mampu mecegah penyakit. Antara kumpulan fitokimia yang utama adalah flavonoid, karotenoid, dan polifenol.

Warnailah diet anak anda!

Warna pada buah-buahan dan sayur-sayuran bukan setakat menarik untuk dipandang mata bahkan juga mengandungi banyak faedah kesihatan yang tersembunyi di sebalik warna-warna tersebut. Banyak kajian dan penyelidikan telah dijalankan untuk mendedahkan faedah yang tersembunyi itu. Teruskan pembacaan untuk maklumat lanjut.

Kuning/jingga

Terdiri daripada tiga faedah utama:

  • vitamin C membantu membaiki tisu tubuh, meningkatkan rintangan tubuh terhadap penyakit dan jangkitan.
  • karotenoid – sayuran Krusiferus (contoh kubis) dan Brassica (contoh brokoli, bunga kubis, pak choy dan kai lan) telah ditunjukkan mampu mengurangkan risiko barah peparu, kolon dan barah lain.
  • bioflavonoids bertindak sebagai antioksidan untuk meneutralkan radikal bebas (molekul oksigen terubah akibat pencemaran) yang membantu dalam pencegahan penyakit jantung dan barah.

Merah

  • Kaya dengan likopen yang mampu mencegah penyakit jantung, mengurangkan ketumbuhan tumor dan kemungkinan kanser.

Putih/perang

  • Tinggi dengan alisin yang meningkatkan keupayaan tubuh melawan jangkitan dengan lebih berkesan.
  • Berupaya melindungi peparu dan membantutkan pertumbuhan sesetengah barah.

Hijau

  • Sayuran berdaun hijau mengandungi kepekatan beta-karoten (provitamin A) yang tinggi yang seterusnya ditukar kepada vitamin A (membaiki tisu mata dan kulit) oleh tubuh.
  • Beta-karoten juga berupaya melindungi tubuh daripada barah dan meningkatkan fungsi peparu.
  • Kaya dengan lutein yang mampu mengurangkan risiko masalah mata seperti katarak.

Biru/ungu

  • Kaya dengan kebaikan antioksidan dan anti-penuaan daripada fitokimia seperti antosianin dan fenolik untuk mengekalkan kesihatan kulit dan perlindungan daripada agen pencemaran dan radiasi yang berbahaya.
  • Tinggi dengan vitamin C, pelawas (memudahkan penyahtinjaan dan memberi rasa kenyang yang lebih lama kepada anak-anak anda) dan kalium (mengekalkan kesihatan jantung dan tumbesaran).

Tip-tip bagi meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran anak-anak anda

  • Jangan buang kulit buah yang boleh dimakan (yang mengandungi fitokimia) seperti epal, pear dan prun. Pastikan kulit dibasuh dengan bersih.
  • Berikan 2 hidangan buah dan 3 hidangan sayur kepada anak anda setiap hari. Untuk mengetahui saiz hidangan yang sesuai untuk anak anda, suruh anak anda mengambil sekepal buah atau sayur. Jumlah yang mampu digenggam olehnya adalah saiz satu hidangan yang anda patut beri kepadanya.
  • Pastikan anak anda memakan sayuran krusiferus (brokoli, bunga kubis) beberapa kali seminggu.
  • Berikan buah-buahan kering seperti aprikot dan plum sebagai snek dan kurangkan pemberian gula-gula.
  • Tambahkan buah yang dipotong dan sayuran yang dicincang halus dalam pelbagai warna ke dalam makanan seperti nasi goreng, bubur dan juga piza!
  • Adalah lebih baik untuk memakan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapatkan antioksidan dan faedah kesihatan lain yang mencukupi berbanding dengan pengambilan pil dan supplement.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen