Pengasuhan Positif

Anemia Kurang Zat Besi

Zat besi merupakan mineral penting yang menjalankan pelbagai fungsi dalam badan. Kekurangan zat besi dalam badan boleh menyebabkan anemia kurang zat besi.

Fungsi zat besi

  • Komponen penting hemoglobin dalam sel darah merah, yang membawa oksigen ke seluruh tubuh
  • Penting untuk tumbesaran dan perkembangan sihat semasa kanak-kanak
  • Menyokong sistem imun agar berfungsi dengan baik
  • Memastikan penghasilan dan fungsi pelbagai sel dan hormon berjalan lancar
  • Mengekalkan kulit, rambut, dan kuku yang sihat

Anemia kurang zat besi adalah antara masalah kekurangan nutrien yang paling tinggi di dunia.

Rujukan: Tinjauan Kebangsaan Kesihatan & Morbiditi 2022: Kesihatan Ibu & Anak

Gejala umum

90% daripada kes biasanya tiada gejala. Gejala berikut kebanyakannya berlaku dalam kes anemia sederhana dan teruk.

  • Keletihan melampau
  • Lemah badan
  • Kulit pucat
  • Sesak nafas, degupan jantung laju, atau sakit dada
  • Sakit kepala
  • Kurang selera makan
  • Tinnitus (mendengar bunyi berdering dalam kepala)
  • Pika (memakan/mengunyah bahan tanpa zat makanan, cth. ais, tanah liat, kertas)
  • Kuku yang rapuh dan cengkung (koilonikia) dan rambut gugur
  • Sakit lidah

Punca masalah

  • Kekurangan zat besi dalam pemakanan
  • Kehamilan
  • Kehilangan darah akibat:
    • Darah haid yang banyak
    • Masalah gastrousus, cth. kolitis ulseratif, penyakit Crohn
  • Masalah penyerapan akibat:
    • Penyakit seliak (coeliac)
    • Pembedahan bariatrik

Komplikasi yang mungkin berlaku

  • Masalah tumbesaran atau perkembangan kanak-kanak
  • Masalah jantung, cth. degupan jantung laju, jantung bengkak, kegagalan jantung
  • Komplikasi kehamilan, cth. kelahiran pramatang, berat lahir yang rendah

Bagaimana untuk mencegah kekurangan zat besi?

  • Pastikan pengambilan makanan kaya zat besi yang secukupnya
    • Daging lembu, kambing, ayam, itik
    • Makanan laut
    • Sayuran berdaun hijau gelap, seperti bayam
    • Kekacang, kacang pis, dan lentil
    • Buahan kering, seperti kismis dan aprikot
    • Bijirin, roti, dan pasta diperkaya zat besi
  • Ambil bersama makanan yang mengandungi vitamin C pada waktu makan bagi meningkatkan penyerapan zat besi
    • Oren
    • Limau gedang
    • Strawberi
    • Tomato
    • Brokoli
    • Lada benggala
  • Kawal pengambilan makanan yang tinggi asid fitik dan kalsium pada waktu makan kerana ia boleh menjejaskan penyerapan zat besi
    • Bijirin penuh
    • Bijian dan legum
    • Susu dan hasil tenusu
  • Berikan bayi susu ibu atau formula diperkaya zat besi pada tahun pertama
    • Pada umur 6 bulan, berikan makanan pelengkap dan sertakan bijirin diperkaya zat besi atau puri daging sekurang-kurangnya dua kali sehari

Kekurangan zat besi ialah masalah serius, terutamanya bagi golongan berisiko tinggi, seperti kanak-kanak kecil dan wanita mengandung. Malah, pemeriksaan untuk kanak- kanak bawah 5 tahun perlu diperkenalkan di klinik kesihatan ibu dan anak – jangan tunggu sehingga gejala muncul! Namun, jika anda perasan mana-mana gejala anemia kurang zat besi pada anak anda atau ahli keluarga lain, segera rujuk pakar kesihatan untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan.

References
https://ova.galencentre.org/experts-unite-to-combat-iron-deficiency-anaemia-among-children/
https://www.webmd.com/vitamins-and-supplements/understand-iron-role-body
https://nutritionsource.hsph.harvard.edu/iron/
https://www.nhs.uk/conditions/iron-deficiency-anaemia/
https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/22824-iron-deficiency-anemia
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/iron-deficiency-anemia/symptoms-causes/syc-20355034

Langgani surat berita pengasuhan kami.