Garis Panduan Pemakanan Malaysia (GPPM) yang baharu telah diumumkan baru-baru ini dengan beberapa perubahan penting, antaranya: sayur dan buah kini menjadi dasar Piramid Makanan Malaysia 2020. Bagaimana ibu bapa dapat memastikan anak mereka mengambil sayur dan buah secukupnya?
Saranan pengambilan sayur & buah bagi kanak-kanak
8 cara meningkatkan pengambilan & kepelbagaian sayur/buah dalam diet anak anda
- Jadikan sayur/buah sebahagian daripada setiap hidangan atau snek harian
- Sediakan 1 hidangan sayur untuk setiap hidangan utama (sarapan, makan tengahari, makan malam) dan 1 hidangan buah sebagai snek (pagi, petang)
- Sayur boleh ditambah ke bubur nasi, nasi goreng, mi/bihun sup, kari, lempeng, cucur selain menjadi lauk iringan ketika makan
- Pastikan sayur dan buah sentiasa tersedia sebagai snek
- Lobak kecil, tomato ceri, pisang, epal ialah pilihan snek sihat yang bagus
- Potong kepada saiz yang sesuai untuk kanak-kanak kecil bagi mengelakkan bahaya tercekik
- Cuba resepi vegetarian
- Gantikan daging dengan cendawan, kekacang dan legum
- Pilih buah segar berbanding jus buah
- Buah segar lebih kaya dengan serat dietari yang sihat dan lebih mengenyangkan
- Tambah sayur dan buah ke dalam makanan kegemaran mereka
- Jika mereka suka bijirin sarapan, tambah potongan pisang ke dalamnya
- Jadikan makanan sihat menyeronokkan
- Potong dan susun sayur dan buah menjadi bentuk yang comel sebagai snek
- Ajak anak anda apabila memilih, menyedia dan memasak makanan
- Jadi teladan yang baik – anda sendiri harus makan lebih sayur dan buah
- Jika ibu bapa sentiasa makan sayur dan buah, anak-anak juga akan gemar menikmatinya
- Makan semua jenis ramuan/produk untuk meningkatkan kepelbagaian dan supaya pilihan sentiasa menarik
- Aneka sayur/buah berwarna-warni
- Sayur berdaun hijau
- Sayur berbuah
- Sayur kekacang
- Ulam
- Sayur sejuk beku
- Buah kering (tanpa gula/garam)
Berpandukan petua ini, pasti lebih mudah bagi anda untuk menggalakkan si kecil anda makan lebih sayur dan buah!
Rujukan:
-
MDG 2020 & MDG for Children and Adolescents 2013
-
https://www.healthychildren.org/English/healthy-living/nutrition/Pages/How-to-Get-Your-Child-to-Eat-More-Fruits-and-Veggies.aspx
-
https://www.parents.com/kids/nutrition/healthy-eating/get-your-kids-to-eat-better/
Komen