Zat besi adalah mineral penting yang diperlukan untuk pelbagai proses metabolik. Ia juga komponen hemoglobin penting. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia kekurangan zat besi, yang menyebabkan bekalan oksigen tidak mencukupi dalam badan.
Kekurangan zat besi dan anemia dalam kalangan wanita mengandung di Malaysia kekal menjadi masalah kesihatan signifikan dan mencabar, dengan prevalens sebanyak 37%. Kesan kekurangan zat besi yang serius dalam wanita mengandung adalah peningkatan risiko bayi pra-matang, atau bayi lebih kecil daripada saiz normal. Anemia kekurangan zat besi boleh dikelirukan dengan talasemia, di mana talasemia adalah gangguan darah genetik. Pastikan anda memberitahu doktor anda jika anda mempunyai sejarah talasemia dalam keluarga.
Berapa banyak zat besi diperlukan badan anda?
Badan anda memerlukan sekurang-kurangnya 27mg zat besi setiap hari semasa hamil. Namun, jumlah sebenar diperlukan badan anda setiap hari bergantung kepada umur dan kesihatan secara keseluruhan. Anda dinasihatkan membina bekalan zat besi (dan nutrien lain) badan anda sebelum hamil. Secara kasar, anda memerlukan dua kali jumlah normal zat besi semasa hamil. Semasa temu janji doktor, anda mungkin akan diminta untuk mengambil vitamin pranatal termasuk suplemen zat besi dos rendah.
Ambillah makanan yang kaya dengan zat besi dalam diet anda. Ini termasuk daging pejal, ayam, telur, kerang rebus, kacang kuda, peria, tauhu goreng dan bijirin sarapan yang diperkaya dengan zat besi.
Simptom kekurangan zat besi
Kekurangan zat besi biasanya berlaku dalam kalangan wanita hamil dan ibu menyusu. Bagaimanapun, ada simptom kekurangan zat besi yang tidak jelas dan tidak khusus, seperti:
Jangan buat tanggapan sendiri
Jika anda merancang kehamilan atau sedang hamil, lakukanlah pemeriksaan untuk mengetahui jika anda kekurangan zat besi. Risiko anemia akan meningkat apabila kandungan semakin besar dan pengambilan zat besi daripada diet sahaja tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan zat besi badan.
Doktor anda boleh melakukan ujian darah ringkas untuk memeriksa dan mendiagnos keseriusannya. Kemudian doktor boleh mempreskripsikan jumlah suplemen zat besi yang diperlukan anda. Bagaimanapun, seperti ubatan lain, suplemen zat besi anda harus disimpan di lokasi yang selamat, jauh daripada kanak- kanak.
Beritahu kepada doktor jika anda mengalami simptom seperti muntah-muntah, mual, cirit-birit, najis berwarna gelap, atau sembelit. Ini adalah simptom zat besi berlebihan dalam badan. Jangan ambil suplemen zat besi tanpa nasihat doktor. Jika doktor menentukan suplemen oral tidak berkesan, suntikan mungkin pilihan seterusnya.
Komen