Keselamatan anak anda adalah amat penting, terutama apabila anda membawa anak anda ke mana-mana menaiki motosikal atau membenarkan dia menggunakan basikal, skooter, kasut roda, atau papan luncur (skateboard) di jalan raya. Jangan ambil ringan tentang keselamatannya dan pastikan dia memakai topi keledar yang bersesuaian.
Bahaya TIDAK memakai topi keledar
Kemalangan jalan raya yang melibatkan rakyat Malaysia di bawah umur 19 tahun, 80.2% kecederaan otak adalah disebabkan oleh kemalangan motosikal.
Cara untuk melindungi kepala anak anda
Menggunakan topi keledar yang betul akan membezakan antara hidup dan mati, serta mengurangkan kecederaan.
Saiz topi keledar harus padan dengan kepala – selesa dan cukup ketat. Tidak senget ke belakang, depan atau sisi.
Bagi motosikal, hanya guna topi keledar saiz kanak-kanak diiktirafkan oleh SIRIM, BUKAN topi keledar orang dewasa.
Topi keledar riadah (berbasikal, meluncur roda, skateboard, skooter, dll)
Ia direka untuk bertahan satu impak dan mesti digantikan. Ia BUKAN untuk penggunaan motosikal.
JANGAN guna topi keledar permainan atau topi keledar kerja untuk kegunaan jalan raya atau beriadah.
Patuhi peraturan topi keledar “2V1”
- 2 jari di antara topi keledar dan bulu kening.
- Tali pengikat membentuk ‘V’ mengelilingi kedua-dua telinga (topi keledar riadah sahaja).
- 1 jari antara dagu dan tali pengikat (jika terlalu longgar, topi keledar mungkin tertanggal bila berlaku kemalangan; jika terlalu ketat, ia boleh menyukarkan pernafasan).
Sumbangan daripada Persatuan Pediatrik Malaysia.
Komen