Pengasuhan Positif

Pilih Yang Sihat Jika Makan Di Luar

Ibu bapa biasanya akan memulakan hari dengan awal, dan perlu menghantar anak ke sekolah atau pusat penjagaan sebelum ke tempat kerja dan mengambil mereka semula pada penghujung hari. Kebanyakan ibu bapa mungkin mengakhiri hari mereka pada pukul 6 petang (atau lebih lewat), dan apabila mereka mengambil anak mereka dan tiba di rumah, ia mungkin sudah pukul 7-8 malam. Dengan jadual harian yang begitu padat, penyediaan hidangan di rumah agak mencabar.

Pilihan paling mudah? Makan di luar atau bungkus. Bagaimanapun, ini tidak patut menjadi kebiasaan. Hidangan yang disediakan di rumah harus menjadi keutamaan kerana nutriennya lebih baik. Pasti ada masanya kita makan di luar, jadi penting untuk betul-betul memikirkan pilihan kita setiap hari. Jaga-jaga dengan makanan tidak sihat yang boleh menjejaskan kesihatan keluarga anda!

Pilihan anda penting

Kebimbangan besar bagi ibu bapa adalah sama ada makan di luar ialah pilihan sihat. Walaupun makan di luar bukanlah pilihan yang paling sihat, tetapi pilihan makanan anda boleh membawa perubahan.

Pilih makanan yang dimasak menggunakan kaedah memasak lebih sihat:

Pilih makanan kurang minyak, garam dan gula:

Panduan ringkas

Berikut panduan ringkas untuk memberi anda idea untuk bermula:

Petua berguna

  • Jika anda sudah makan nasi untuk makan tengahari, makan mi untuk makan malam (atau sebaliknya)
  • Ingat untuk makan sayur dan buah dengan setiap hidangan
  • Berkongsi jika kuantiti banyak untuk elakkan makan berlebihan, yang boleh membawa kepada berlebihan berat badan atau obesiti
  • Cuba untuk memasak sekurang-kurangnya satu hidangan sehari (contoh, makan malam) dan terutamanya pada hujung minggu atau hari tidak bekerja

Sebagai contoh teladan

Kanak-kanak bagaikan span yang akan menyerap apa saja yang mereka lihat dan dengar. Ambil peluang ini sebagai contoh teladan pemakanan sihat kerana ia akan mendorong anak anda untuk mengikuti cara makan anda. Mengamalkan apa yang anda katakan akan memupuk tabiat makan sihat anak anda sepanjang hidup dan memberi banyak faedah apabila dia mencapai peringkat dewasa.

Anda juga patut mempunyai bekalan buah dan sayur di rumah atau pejabat. Sekiranya pengambilan buah dan sayur tidak mencukupi semasa makan di luar atau bungkus, ia boleh dimakan sebagai pencuci mulut, sama ada dimakan begitu sahaja, dipotong, atau dihidang sebagai salad buah. Lebih baik lagi, buah juga snek yang lebih sihat jika anda rasa perlu mengalas perut antara waktu makan.

Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen