Pengasuhan Positif

Tahun Pertama Bayi

Bayi baru lahir anda adalah satu keajaiban. Tetapi tahukah anda bahawa banyak perkara boleh berlaku pada bayi anda dalam tahun pertama kehidupannya? Kesukaran semasa kelahiran, pemakanan kurang baik, penyakit dan kemalangan boleh membahayakan nyawa si kecil kesayangan anda. Lihat sahaja statistik berikut:

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, Kadar Kematian Bayi (Infant Mortality Rate, IMR) pada tahun 2010 ialah 6.8 kematian bagi setiap 1,000 kelahiran hidup berbanding 13.1 pada 1990 – penurunan yang ketara dapat dilihat. Begitu juga dengan Kadar Kematian Kanak-Kanak Bawah Lima Tahun (Under-5 Mortality Rate, U5MR) yang menunjukkan pengurangan di antara tahun 1990 dan 2010, dari 16.8 ke 8.5 bagi setiap kelahiran hidup. Sedih sekali, dianggarkan bahawa 7% daripada kematian dalam statistik U5MR adalah akibat kecederaan. Malpemakanan (merangkumi terlebih dan kekurangan zat makanan) merupakan keadaan yang boleh dicegah dan dirawat yang telah dikenalpasti sebagai salah satu faktor penyumbang kepada kadar kematian di negara kita.

Alangkah sedihnya jika bayi anda meninggal dunia di peringkat awal kehidupannya. IMR merupakan cara yang baik untuk menilai taraf kesihatan rakyat dan tahap perkhidmatan kesihatan sesebuah negara. Taraf kesihatan sesebuah negara dikira lebih baik jika kadar kematiannya adalah rendah.

Jelas sekali bahawa lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk mencapai sasaran Matlamat Pembangunan Milenium (Millenium Development Goals, MDG) 4 untuk menurunkan U5MR sebanyak separuh di antara tahun 1990 dan 2015. Sebagai ibu bapa, anda boleh memainkan peranan dengan mengambil bahagian aktif dalam memastikan bahawa bayi anda kekal selamat dan sihat. Walaupun statistik membimbangkan, anda harus yakin bahawa selagi anda telah berusaha, si kecil anda akan selamat.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen