Pengasuhan Positif

Bertarung dengan Pneumokokus: Kehidupan Kami Kemudiannya

Kali pertama cerita tentang Aidan diterbitkan adalah dalam isu terakhir Pengasuhan Positif pada tahun 2011. Pada masa itu, Safinaz, ibu kepada Aidan, menceritakan kepada kami bagaimana anaknya bertaruh nyawa melawan penyakit pnemokokus.

Walaupun selepas tiga tahun, kenangan mengenai pengalaman getir Aidan masih bermain-main dalam ingatannya. “Saya masih ingat semuanya seperti baharu berlaku semalam, sebagai seorang ibu saya tidak dapat mengelak dari berasa trauma,” ungkap Safinaz sambil mencium pipi Aidan. Perasaannya memang wajar; manakan tidak, Aidan baharu sahaja berusia enam bulan ketika pertama kali dia didiagnos menghidapi pneumonia teruk. Baru-baru ini, Pengasuhan Positif mengunjungi Aidan dan keluarganya semula.

Namun, selang tiga minggu dan beberapa dos antibiotik kemudian, Aidan masih sakit. Maka kami membuat keputusan untuk berjumpa pakar pediatrik. Di sana, keputusan X ray Aidan mengesahkan bahawa dia sememangnya menghidapi pneumonia. X ray juga menunjukkan bahawa terdapat cecair yang memenuhi paru-paru kirinya. Cecair tersebut terpaksa disalurkan keluar menggunakan tiub semasa dia di dalam wad Unit Rawatan Rapi (ICU). Ujian selanjutnya memastikan jangkitan kuman pneumokokus dalam darah dan paru-parunya.

Ini faktanya!

Pneumonia merupakan punca kematian kelima tertinggi dikalangan kanak-kanak di Malaysia dibawah umur 5 tahun.

PP: Bolehkah Puan ceritakan sedikit apa yang sebenarnya berlaku?

Safinaz: Ianya semua bermula dengan apa yang saya pada asalnya ingatkan hanyalah selesema biasa. Aidan mengalami semua simptom lazim selsema: demam, batuk, selsema, dan sebagainya. Saya dan suami sudah mempunyai empat orang anak sebelum Aidan. Jadi kami beranggapan ianya bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan sangat.

PP: Bagaimanakah penyakitnya menjejaskan kehidupan keluarga sejak dia dimasukkan ke hospital?

Safinaz: Apabila Aidan dimasukkan ke hospital, saya terpaksa mengambil cuti rehat lebih daripada sebulan. Suami dan saya bergilir-gilir menjaga dia di wad dan kami terpaksa menghantar anak-anak kami untuk tinggal bersama datuk dan nenek mereka buat sementara waktu. Pada masa itu, kami sentiasa diselubungi perasaan takut, tidak berupaya dan bimbang. Pokoknya, kehidupan kami tidak sama seperti dahulu dan saya tidak mahu melaluinya semula.

PP: Sejak kejadian itu, bagaimanakah keadaan Aidan? Adakah telah bertambah baik?

Safinaz: Buat seketika Aidan tidak responsif. Dia beransur-ansur pulih tetapi seakan-akan terpaksa bermula dari awal. Contohnya, sebelum ini Aidan sudah hampir pandai memanjat tetapi kemudian dia hanya boleh merangkak dan kami terpaksa mengajar dia semula. Hari ini dia sangat ligat, aktif dan petah bercakap, syukurlah.

PP: Vaksin pneumokokus bukan vaksin wajib, adakah ini telah mempengaruhi keputusan Puan untuk tidak mengambilnya untuk Aidan?

Safinaz: Sedikit sebanyak, ya. Tetapi lebih penting lagi adalah hakikat bahawa saya tersilap kerana terlalu yakin dengan kuasa perlindungan susu saya serta pengalaman luas saya menjaga 5 orang anak lain sebelum Aidan. Hakikatnya penyakit/jangkitan tidak boleh diduga. Vaksinasi masih cara terbaik untuk melindungi anak anda terhadap penyakit yang mudah merebak ini. Saya tidak mahu melihat orang lain merana sepertimana kami merana.

PP: Apa pandangan Puan terhadap ibu bapa yang enggan memberi anak mereka vaksinasi?

Safinaz: Pertama sekali, saya percaya bahawa ia adalah keputusan yang mereka buat untuk anak mereka berdasarkan apa yang difikirkan betul. Sebagai seorang ibu, saya boleh faham. Namun, saya juga percaya bahawa kita tidak boleh mengetepikan konsensus bahawa vaksinasi masih kaedah paling berkesan menghindari jangkitan pneumokokus.

PP: Apakah nasihat Puan kepada ibu bapa lain di luar sana?

Safinaz: Dapatkan vaksinasi untuk anak anda! Ia boleh menyelamatkan nyawa anak anda dan memberikan anda ketenangan. Benar, bagi sesetengah dari kita, harganya mungkin mahal. Tetapi kesan emosi dan kos rawatan penyakit kelak mungkin lebih dahsyat lagi.

Selain itu, kita sering berpandangan bahawa jika sesuatu itu tidak diwajibkan maka ia mungkin tidak serius dan boleh diabaikan sama sekali. Lebih teruk lagi, kita telah terbiasa beranggapan bahawa apa-apa perkara buruk – terutama penyakit serius yang membawa maut – tidak akan berlaku kepada kita kerana kita kononnya “kebal”. Saya fikir sebagai ibu bapa, ini adalah satu mentaliti yang berbahaya dan harus diubah demi kesejahteraan anak-anak kita.

Sesiapapun boleh dijangkiti pada bila-bila masa, tidak kira sama ada anak mereka diberi susu ibu secara eksklusif maupun tidak.

aidan-family

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen