Pengasuhan Positif

Khidmat Pengasuhan Luar

Di Malaysia, pembantu rumah sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan keluarga. Ada yang mengatakan bahawa pembantu rumah adalah satu keperluan – bantuan mereka sangat ditagih ibu bapa yang tidak mempunyai keluarga terdekat bagi membantu menjaga anak-anak atau ibu bapa bekerja yang tidak mempunyai pilihan serta memerlukan bantuan dan sokongan melaksanakan tanggungjawab menjaga keluarga.

Adalah adil untuk mengatakan bahawa komitmen dan dedikasi kepada kerjaya yang berjaya dan pada masa yang sama berjaya membesarkan anak, memerlukan pengorbanan serta azam dan usaha yang gigih. Ini dan beberapa faktor lain memaksa ibu bapa untuk menggajikan pembantu rumah atau pengasuh dalam membantu melaksanakan peranan dan tanggungjawab mereka. Pembantu rumah diharapkan dapat membantu dalam membuat kerja-kerja rumah agar memberi ibu bapa lebih kebebasan dan meluangkan masa bersama anak mereka.

Dari perkara seperti berlatih pergi ke tandas, ke berenang dan mengayuh basikal, dari belajar agar jangan membuli kanak-kanak lain ke belajar daripada kesilapan dan memaafkan orang lain kerana kesilapan mereka. Kesemua pengajaran ini boleh di serahkan kepada pembantu rumah atau seorang profesional. Tetapi, hanya kerana tanggungjawab ini boleh diberi pada orang lain, tidak bermakna ia patut diberikan.

Keibubapaan khidmat luar, apakah yang sedang berlaku di luar negara?

Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, keibubapaan khidmat luar selalunya bermaksud mendapatkan perkhidmatan profesional untuk mengajar anak anda sesuatu kemahiran atau tabiat seperti latihan tidur atau asas etiket, dan jika mampu, anda juga boleh mendapatkan khidmat profesional untuk membuat rumah anda selamat bagi bayi atau memilih nama yang terbaik untuk bayi anda. Walau bagaimanapun di Malaysia, keibubapaan khidmat luar selalunya melibatkan menggajikan seorang pembantu rumah untuk membantu dengan tugas-tugas keibubapaan serta kerja-kerja rumah yang lain. Biasanya, ia adalah tugas sepenuh masa.

Setiap Masa Adalah Masa Berkualiti

Pekerjaan sentiasa membuat anda keletihan di hujung hari, tetapi selepas bekerja keras sehari suntuk, setiap ibu bapa akan mendapat kepuasan apabila dipeluk oleh anak-anak yang berlari ke pintu untuk menyambut kepulangan anda. Yang penting adalah bagaimana anda meluangkan masa bersama anak-anak, bukan berapa lama. Ambil masa untuk mendengar anak-anak bercakap, tanyakan tentang apa yang mereka lakukan sepanjang hari dan jika mereka sudah boleh memahami, mungkin anda juga boleh bercerita kepada mereka tentang apa yang anda lakukan sepanjang hari. Anda juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti fizikal bersamasama seperti memasak atau bermain sebarang permainan di luar rumah. Wujudkan hubungan kasih sayang dan saling memahami yang bermakna dengan menghargai saat-saat manis bersama anak anda, rebutlah peluang untuk berkongsi pengalaman dan berkomunikasilah dengan lebih rapat lagi di antara satu sama lain. Apabila anda menggunakan masa terluang anda dengan bijak untuk bersama-sama anak-anak, walaupun pada hari-hari yang sibuk, semuanya akan terasa amat berbaloi.

outsource-parenting-2

Perkara-Perkara Penting Dalam Kehidupan

Adakalanya perangai anak anda terlalu sukar untuk dikendalikan oleh pembantu rumah, kerap kali pembantu rumah akan mengalah hanya untuk meleraikan keadaan. Tiada jalan yang ke arah mendidik bagi mereka untuk menyelesaikan masalah anak anda, hanya cara yang paling kurang memberi rintangan. Tahap respons yang tinggi kepada situasi dengan tahap pelaksanaan peraturan yang rendah merupakan resepi universal untuk membesarkan seorang anak yang cepat marah dan suka membuat perangai. Ibu bapa harus terlibat dalam proses pelaksanaan peraturan dan pembentukkan nilai-nilai teras, etika budaya dan falsafah hidup anak-anak mereka. Benar, perkara tersebut juga boleh diajar oleh pembantu rumah, tetapi ianya akan mengikut kefahaman dan pengalaman mereka sendiri dan bukan mengikut apa yang anda, selaku ibu bapa, mahukan. Oleh sebab itu, ibu bapa tidak seharusnya menfrancaiskan peranan dan tanggungjawab kritikal ini kepada pembantupembantu rumah atau sesiapa pun.

Titik Rujukan

Apabila seorang kanak-kanak tidak atau kurang menghabiskan masa dengan ibu bapa mereka,mereka akan mencari sokongan emosi daripada orang yang terdekat sekali, iaitu “pengasuh” mereka. Sudah tentu terdapat pembantu-pembantu rumah yang boleh (jarang terjadi) mengambil alih peranan tersebut tetapi ibu bapa mestilah menjadi harapan dan cahaya kebijaksanaan, dan penyelesaian masalah kepada semua masalah. Sokongan emosi dan psikologi adalah asas perkembangan anak-anak, oleh itu ibu bapa haruslah sentiasa berada bersama-sama mereka. Kepercayaan, kasih sayang dan kefahaman merupakan kunci kepada keutuhan dalam hubungan sesebuah keluarga, ianya juga secara kebetulan, merupakan asas utama yang menyatukan unit kekeluargaan.

outsource-parenting-3

Belajarlah untuk menetapkan keutamaan anda dan fikirkan tentang tugas yang tidak memerlukan anda menggunakan bantuan pembantu rumah. Tiada apa yang boleh menyediakan anda untuk menjadi ibu bapa serta cara bagaimana untuk menghadapi cabaran-cabarannya, tetapi ganjarannya jika berjaya amat menjanjikan serta kekal sepanjang hayat. Peranan ibu bapa tidak boleh digantikan dengan berkesan, difrancaiskan atau diberi kepada khidmat luar – mereka hanya boleh menyokong tanggungjawab asas keibubapaan yang sedia ada.

Penting bagi anda dan pasangan untuk saling memahami dan menyokong antara satu sama lain mengenai perkara-perkara yang penting dalam mendidik seorang anak. Mempunyai seorang pembantu rumah adalah satu rahmat dan mampu membantu mengatasi banyak masalah dan membolehkan anda mengimbangi kerja dan kehidupan serta keharmonian. Ia juga adalah penyelesaian terbaik untuk membolehkan anda meluangkan lebih masa bersama si kecil, tetapi anda mesti mengambil tanggungjawab terhadap kehidupan anda dan anak anda. Walaupun tidak salah untuk mengambil pembantu rumah untuk membantu, jangan terlalu bergantung kepada mereka. Ia tidak boleh dijadikan alasan untuk anda sentiasa tidak berada dalam kehidupan anak anda.

Peranan Ibu Bapa/Tanggungjawab Utama

Menyediakan asas bagi seorang anak yang berkembang dengan baik didorong dengan nilai dan kemahiran yang betul untuk menjadi anak yang holistik, cukup matang, bertanggungjawab dan lasak.

  1. Ajaran disiplin
  2. Memupuk nilai-nilai
  3. Sosialisasi, etika, dll.,
  4. Menjadi contoh yang baik

Dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Malaysia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen