Pengasuhan Positif

Racun, racun, merata-rata

Keracunan dalam kalangan kanak-kanak boleh dicegah! Hampir kesemua barangan rumah dan ubat-ubatan orang dewasa boleh menjadi racun kepada kanak-kanak. Bersedialah untuk mencegah dengan menjangkakan bahaya-bahaya racun. Berikut adalah beberapa potensi racun di rumah:

Racun berbahaya: bahan kimia yang biasa terdapat di rumah anda

  • Ubat-ubatan:kebanyakan ubat-ubatan kelihatan dan rasa seperti gula-gula. Di Amerika Syarikat, ubat merupakan punca utama keracunan kanak-kanak. Lebih daripada 60,000 kanak-kanak dirawat di bilik-bilik kecemasan setiap tahun akibat keracunan ubat-ubatan. Hampir kesemuanya berlaku apabila kanak-kanak mengambil ubat-ubatan semasa ibu bapa tidak pandang. Keadaan di Malaysia sudah mengikut pola yang sama. Ubat penahan sakit, ubat diabetes, tablet zat besi, sedatif, tablet penyakit darah tinggi dan penyakit jantung merupakan ubat-ubat yang biasa terdapat di rumah. Jika ditelan, ia boleh menyebabkan simptom-simptom keracunan seperti mual, muntah-muntah, mengantuk, rebah, sakit perut, dan sawan pada anak anda.
  • Ubat gegat:Secara amnya ia digunakan sebagai bahan penjauh serangga, tetapi ia boleh menjadi punca bahaya kerana ia mudah tertelan oleh kanak-kanak. Ubat gegat mengandungi naftalena atau paradiklorobenzena, yang merupakan bahan kimia toksik. Kedua-duanya berubah menjadi gas apabila terdedah kepada udara (yang menyebabkan ubat gegat berbau busuk). Tanda-tanda yang anak anda tersentuh ubat gegat termasuk: iritasi mata, hidung, tekak dan paruparu, masalah pernafasan, vertigo, kekeliruan, sakit kepala, mual, muntah-muntah dan/atau keletihan teruk. Jika anak anda menghidapi masalah kekurangan G6PD, hemolisis (kemusnahan sel darah merah) boleh berlaku walaupun dia hanya terdedah kepada bahan-bahan ini.
  • Racun seranggatidak kira betapa berkesannya ubat serangga dalam menghindarkan lipas, nyamuk, dan serangga rumah atau taman, ia juga adalah racun. Bukan sahaja anda harus mengawal penggunaannya, anda juga patut menyimpan bekasnya di tempat yang sukar dicapai. Pastikan tempat tertutup mempunyai edaran udara selepas penggunaan racun serangga dan periksa untuk memastikan anda mengguna racun serangga yang bersesuaian. Sekiranya terdedah pada racun serangga, anak anda akan menunjukkan reaksi yang teruk. Ini termasuk: sakit kepala, pening, lemah, menggeletar, mual, kejang perut, cirit-birit, dan berpeluh.
  • Penyegar udaraada yang sangat mudah terbakar dan boleh menjadi perengsa yang kuat kepada mata, kulit, dan hidung/tekak anak anda. Apabila diguna secara berlebihan atau di ruang kecil yang tiada edaran udara, produk-produk ini mengeluarkan bahan pencemaran pada paras yang toksik. Sebuah kumpulan konsumer tempatan, Persatuan Pengguna-Pengguna Standards Malaysia, telah mengaturkan agar beberapa produk penyegar udara diuji oleh dua makmal swasta yang berasingan di Malaysia untuk mengesan toluene, benzena, formaldehida, dan ftalat-ftalat. Kesemua produk yang diuji menunjukkan keputusan positif bagi sekurangkurangnya satu daripada bahan toksik tersebut. Namun, tiada satu pun produk- Keselamatan & Pencegahan 15 produk ini menyenaraikan sebarang bahan kimia yang diuji positif.
  • Cecair pencuci:kebanyakan detergen, sabun, atau cecair pencuci mengandungi kimia-kimia keras seperti ammonia atau peluntur. Jika anak anda terdedah kepada wasap, menggosok-gosok matanya atau menghisap jarinya (selepas menyentuh bahan kimia), dan/atau termakan atau terminumnya, bahan-bahan ini boleh mengakibatkan kerengsaan yang teruk pada selaput sensitif mata, hidung, dan/atau mulutnya. Jika anak anda tidak sedarkan diri, tidak bernafas atau sedang mengalami sawan, hubungi nombor kecemasan tempatan serta merta.
  • Baterididapati dalam pelbagai saiz dan bentuk; anda perlu lebih berhati-hati terutamanya jika anda mengguna banyak bateri bersaiz kecil (contohnya, bateri sel saiz butang) kerana ia mudah ditelan dengan tidak sengaja oleh anak anda jika dia memasukkan bateri ke dalam mulut. Kecedaraan paling serius selalunya dikaitkan dengan bateri yang berdiameter 20mm kerana ia boleh tersekat di esofagus seorang kanakkanak kecil. Jika ini berlaku, ia boleh menyebabkan kecederaan tisu dan nekrosis dalam masa beberapa jam, mengakibatkan perforasi pada esofagus atau kematian jika tidak dikeluarkan dengan segera.

    swallow-battery

  • Asap rokok:ia merupakan pencemar udara yang toksik dan mengandungi lebih daripada 4,000 bahan kimia. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada perokok, tetapi juga kepada mereka yang tidak merokok; kajian telah menunjukkan bahawa pendedahan kepada asap rokok basi (second-hand smoke) dan/atau third-hand smoke berpotensi mengancam nyawa. Pusat Kawalan Penyakit menempatkan merokok sebagai penyebab utama penyakit dan kematian yang boleh dicegah setiap tahun di Amerika Syarikat.

Tahukah anda?

Di UK, lebih daripada 28,000 kanak-kanak dirawat setiap tahun akibat keracunan, atau keracunan yang disyaki.

Menyimpan bahan-bahan kimia berbahaya

Jangan sekali-kali menyimpan detergen dan disinfektan di tempat-tempat di mana makanan dikendalikan atau di mana ubat-ubatan disimpan. Bahan-bahan pencuci, racun serangga dan/atau ubat-ubatan tidak boleh disimpan sama-sekali di dalam bekas makanan atau minuman. Jika dilakukan, pengambilan dengan tidak sengaja boleh terjadi! Sesiapapun (termasuk anak anda) boleh tersilap dan menganggap kandungan di dalam bekas adalah makanan atau minuman, dan menelannya. Paling teruk ialah anda sendiri tidak ketahui apakah yang terkandung di dalam bekas, terutamanya jika ia sudah lama diisi; ia merupakan maklumat penting untuk diketahui oleh penindak kecemasan kerana prosedur rawatan berbeza mengikut jenis bahan kimia.

Jika anda terpaksa menggunakan bekas lain untuk menyimpan bahan kimia/ubatubatan, sentiasa pastikan anda melabelkan bekas itu dengan betul DAN tempatkannya di lokasi yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.

Tindakan-tindakan lain yang boleh anda lakukan untuk memastikan anak anda selamat termasuk:

  1. Sentiasa simpan bahan-bahan yang boleh membahayakan di tempat yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
  2. Jangan mengambil ubat-ubatan anda di hadapan kanak-kanak kerana mereka akan cuba mengikut gerak-geri anda.
  3. Kabinet yang digunakan untuk menyimpan bahan-bahan yang boleh menjadi berbahaya hendaklah dikunci ketat, menggunakan selak untuk keselamatan kanakkanak walaupun bahan-bahan tersebut telah dialihkan. Saki-baki bahan kimia masih boleh tertinggal dan membahayakan anak anda jika terdedah kepadanya.
  4. Botol atau bekas bahan pencuci sama sekali tidak boleh dibiarkan terbuka atau tanpa pengawasan. Jika anda diganggu semasa mencuci, simpan dahulu bahan pencuci. Jangan biarkan ia terbiar kerana anak anda mungkin tertarik kepadanya.
  5. Ambil amaun bahan kimia (contohnya, racun serangga, detergen pencuci, dll) yang diperlukan sahaja dari bekas. Pastikan ia disimpan balik di tempat yang selamat (contohnya, kabinet untuk keselamatan kanak-kanak atau rak-rak tinggi) sebelum memulakan kerja anda.
  6. Sentiasa guna peralatan keselamatan diri yang lengkap apabila menggunakan bahan kimia untuk kerja-kerja. Ikuti saranan keselamatan pada label, seperti penggunaan sarung tangan atau gogel.
  7. Setelah kerja-kerja anda selesai, buang semua barang-barang pakai buang (contohnya, tuala kertas, kain buruk, dll.) dengan sempurna. Untuk memastikan anak anda tidak akan mendapatkannya, anda hendaklah membawa keluar sampah dengan serta merta.

Keselamatan diutamakan

Adalah mustahil bagi anda untuk bersama anak anda 24 jam sehari, tetapi adalah penting untuk memastikan bahawa barang-barang yang betul-betul boleh mencederakan mereka dijauhkan daripada mereka. Kuncikan barangbarang berbahaya ini dan jauhkan daripada mereka. Kanak-kanak berharap kepada ibu bapa untuk menyediakan persekitaran yang selamat untuk mereka.

Siapa untuk dihubungi

pada labelnya, namun adalah lebih baik jika anda boleh menyediakan senarai nombor-nombor telefon kecemasan. Nombor-nombor telefon yang anda mungkin hendak senaraikan termasuk:

  • Pusat Racun Kebangsaan (USM, Pulau Pinang)

    1-800-88-8099 / +604-657 0099 (Isnin-Jumaat: 8.10pagi-5.10petang)

    Selepas waktu pejabat: +6012-430 9499 (termasuk hari minggu dan cuti umum)

  • Hospital/klinik berhampiran
  • Perkhidmatan ambulan tempatan
  • Doktor keluarga anda

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen