Pengasuhan Positif

Melindungi Anak Dalam Kandungan

Trauma akibat kemalangan jalan raya ketika hamil bole membawa kepada kelahiran pra matang, keguguran dan komplikasi darah beku, patah tulang dan kecederaan organ dalaman. Semua ini boleh menjurus kepada masalah negatif untuk jangka masa panjang kepada anak yang dalam kandungan.

Apabila memandu di jalan raya, sama ada untuk perjalanan 30 minit atau 5 minit ke pasaraya berdekatan, adalah penting untuk mengingati dan mempraktikkan beberapa peraturan jalan raya sebagai langkah melindungi diri anda dan bayi yang dikandung.

  1. Pastikan kereta anda mempunyai beg udara sebagai keselamatan tambahan. Tali pinggang keledar dan beg udara dapat melindungi ibu dan bayi yang dikandung apabila berlaku kemalangan.
  2. Pastikan kedudukan tali pinggang keledar terletak di antara payu dara dan jauh dari leher.
  3. Letakkan sebahagian dari tali pinggang keledar di bawah perut dan sebelah atas peha.
  4. Tulang dada mesti berjarak sekurang-kurangnya 25cm (sepanjang lengan anda) dari stereng atau papan pemuka.
  5. Apabila perut semakin membesar, posisikan kedudukan kerusi anda sejauh yang mungkin dan pastikan kaki anda boleh sampai ke pedal kereta.
PENJAGAAN TAMBAHAN
  • Wanita hamil tidak digalakkan memandu. Namun begitu, sekiranya anda masih berhasrat untuk memandu, sila memandu pada waktu siang dan dalam keadaan cuaca yang baik.
  • Elakkan memandu sekiranya anda sarat mengandung kerana anda tidak boleh mengekalkan jarak yang selamat antara perut dan stereng.
  • Pakai tali pinggang keledar walaupun anda duduk di kerusi belakang. Malah, duduk di belakang dengan tali pinggang keledar adalah lebih selamat daripada di hadapan.
  • Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan, tidak kira sekecil mana, segera mendapatkan pemeriksaan di bilik bantuan kecemasan. Bayi yang dikandung, rahim (uterus) atau uri mungkin tercedera walaupun anda tidak.
  • Elak menunggang motosikal ketika hamil kerana ia tidak melindungi anda langsung sekiranya berlaku kemalangan.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen