Pengasuhan Positif

Adakah Anak Anda Sembelit?

Si manja anda boleh dikatakan mengalami sembelit jika dia tidak membuang air besar sekerap biasa. Najisnya juga keras, kering dan sukar diteran. Meskipun sembelit jarang menandakan masalah kesihatan yang serius, ia boleh menyebabkan anak-anak anda lesu, hilang selera makan dan muram sepanjang hari.

Punca biasa sembelit di kalangan kanak-kanak ialah apabila mereka menahan diri daripada membuang air besar. Buat permulaan, mereka mungkin berusaha menahan najisnya daripada keluar. Tabiat ini akhirnya boleh menjejaskan tindakan refleks biasa usus mereka, menyebabkan najis berlonggok dalam usus. Tabiat ini akhirnya akan menjadi tabiat yang sukar dikikis. Ia mungkin berpunca daripada pelbagai pengalaman, seperti:

Sakit bila membuang air besar Kesakitan ini, yang mungkin disebabkan oleh penyakit terdahulu, boleh membuat anak-anak mengaitkannya dengan sakit untuk membuang air besar. Ini membuat mereka keberatan untuk ke tandas.

Perubahan rutin harian. Perubahan persekitaran, perjalanan jauh, perpindahan ke rumah baru atau permulaan persekolahan boleh menyebabkan anak-anak merasa tidak selesa dalam persekitaran baru. Mereka mungkin juga tidak suka atau mendapati sukar untuk menggunakan tandas ‘asing’.

Gangguan. Anak-anak anda mungkin lebih suka bermain dengan kawan-kawan atau leka bermain mainan dan tidak mahu “membuang masa” duduk di dalam tandas.

Gerakkan Usus Si Manja

Bila anak anda sembelit, ini bermakna najisnya telah berkumpul dalam usus dan sudah menjadi lebih keras dan lebih besar. Anda perlu membantu si manja kembali kepada rentak normal dengan secepat mungkin. Cubalah langkah berikut untuk melawaskan buang air besar.

Pupuk tabiat ke tandas secara tetap. Biasakan anak-anak anda bangun setengah jam lebih awal pada waktu pagi supaya mereka mendapat lebih masa untuk menggunakan tandas sebelum ke sekolah. Galakkan mereka duduk di tandas seketika pada waktu yang sama setiap hari, walaupun mereka tidak rasa teringin untuk membuang air besar. Masa paling baik untuk menggalakkan mereka ke tandas ialah selepas makan hingga kira-kira satu jam selepas makan.

Jadikan masa ke tandas masa yang menyeronokkan. Jangan gesa anak-anak supaya cepat membuang air besar bila mereka duduk di tandas dan jangan paksa mereka duduk di tandas atau memarahi mereka jika mereka tidak terasa hendak membuang air besar. Membuang air besar tidak seharusnya dianggap sebagai tugas yang membebankan bagi anak-anak.

Galakkan anak-anak minum banyak air. Cuba pujuk anak-anak anda supaya minum banyak air setiap hari kerana air membantu melembutkan najis mereka.

Banyakkan makanan berserat Serat membantu membendung air dalam najis, menjadikan najis lebih lembut dan lebih senang diteran keluar. Serat juga menyediakan pepejal yang diperlukan oleh otot kolon untuk merangsang pergerakan najis. Bagaimanapun, kanak-kanak tidak dinasihatkan mengambil terlalu banyak serat kerana ia juga boleh menyebabkan sembelit.

Galakkan anak-anak bergiat aktif di sekolah dan di rumah. Aktiviti fizikal adalah cara yang baik untuk melawaskan perut.

Ajar anak-anak anda relaks. Terlalu banyak tekanan boleh menjejaskan pergerakan usus anak-anak. Belajar cara untuk menggalakkan anak anda menyuarakan emosi mereka.

Influenza A(H1N1) dan Anak

Bila patut jumpa doktor

In some cases, constipation could be caused by an underlying medical condition. If in any doubt, seek medical advice. Take your child to see a doctor if he experiences symptoms of constipation for more than 2 weeks, or if his constipation is accompanied by one of the following symptoms:

Dalam sesetengah kes, sembelit boleh disebabkan oleh masalah perubatan. Jika tidak pasti, dapatkan nasihat doktor. Bawa anakanak berjumpa doktor jika mereka mengalami gejala sembelit selama lebih daripada 2 minggu, atau jika sembelit disertakan oleh gejala berikut:

  • Deman
  • Muntah
  • Najis berdarah
  • Sakit perut
  • Kehilangan berat badan

Kenali Pergerakan Usus Anak-Anak Anda

Tiada takrif kekerapan ‘normal’ bagi pergerakan usus. Kekerapan membuang air besar di kalangan kanak-kanak bertukar menurut usia dan diet. Setiap kanak-kanak mempunyai corak pergerakan usus masing-masing. Selagi si manja anda membesar dengan sihat, bertenaga, dan membuang air besar dengan senang, kekerapan ke tandas tidak penting. Bagaimanapun, sebaik-baiknya anda memastikan kekerapan anak-anak ke tandas sama setiap minggu.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen