Siapa yang tidak inginkan sedikit keseronokan dalam hidup sekali sekala? Sebagai ibu bapa, tanggungjawab yang perlu dipikul amatlah berat. Hidup anda juga akan dipenuhi dengan kegembiraan, keseronokan dan pelbagai perkara yang tidak diduga. Zaman kanakkanak seharusnya merupakan zaman yang penuh dengan keseronokan – untuk anda dan juga anak-anak anda. Berikut dipaparkan cara bagaimana anda boleh menyinari hidup anak anda dan membenarkannya menempuh zaman kanak-kanak yang paling indah untuk diingati:
Ceriakan anak anda
Kanak-kanak adalah anugerah Tuhan yang perlu disyukuri, dan mereka bukan satu bebanan. Selalulah bergembira, tersenyum dan ketawa ketika bersama dengan anak anda.
Meneroka pengalaman baru
Menyediakan rutin harian untuk anak anda adalah penting, namun rutin juga akan menjadi sesuatu yang membosankan. Ubahkan rutin harian dengan pergi ke tempat baru atau membuat sesuatu yang baru – pergi ke taman permainan, pantai, zoo atau pergi berkelah di taman atau balkoni di rumah.
Bersikap positif
Tiada cara yang betul atau salah untuk bermain, jadi jangan mengkritik anak anda apabila dia melakukan sesuatu yang tidak “betul” di mata anda. Sebaliknya, beri galakan dan dorongan apabila memberi pujian.
Bermain dengannya
Dalam tiga tahun pertama hidup anak anda, bermainlah dengannya seolaholah anda adalah rakan sebayanya. Bersikap bodoh, menarik muka, bercakap seperti watak kartun yang lucu atau lakukan tarian yang kelakar. Melakukan perkara ini akan membuatkan anak anda berasa seperti mempunyai seorang rakan permainan yang baik dan ini dapat meningkatkan keyakinan dirinya.
Bermain dengan rakanrakannya
Adakah kanak-kanak yang sebaya dengan anak anda berkunjung ke rumah? Daripada membiarkan mereka di satu sudut untuk bermain sementara anda berbual-bual dengan ibu bapa mereka, mengapa tidak anda meluangkan masa untuk bermain dengan mereka sebentar? Bermainlah permainan dengan mereka atau menyanyi bersama-sama.
Daripada kaca mata anak anda
Kanak-kanak mempunyai sikap ingin tahu dan mudah terpesona dengan setiap perkara – yang mana kebanyakannya hanyalah perkara biasa daripada sudut pandangan orang dewasa. Lihatlah dunia ini melalui kaca mata anak anda apabila anda bersama dengannya. Tunjukkan rasa minat terhadap penemuan yang dilakukannya – sama ada ia adalah daun yang terbang ke dalam rumah atau rasa kagumnya terhadap pemadam berbentuk epal.
ADAKAH TERDAPAT ‘BATAS KESERONOKAN’?
Sudah tentu. Sesetengah kanak-kanak terbawa-bawa ketika bermain sehingga sanggup memukul, menarik atau mengejek rakan-rakan dengan nama-nama yang tidak baik. Menjadi ibu bapa yang menyeronokkan tidak bermaksud membiarkan anak anda begitu sahaja. Anda perlu memberi garis panduan kerana ia bukan lagi sesuatu yang memberi keseronokan apabila terdapat kanak-kanak yang berasa sedih atau mengalami kecederaan. Pastikan anak anda tahu dengan jelas tentang kelakuan-kelakuan yang tidak boleh diterima. Latih kewibawaan anda sebagai ibu bapa dalam keadaan ini dan juga bersikap tegas.
Komen