Pengasuhan Positif

Apakah Pengasuhan Setara?

Apakah maknanya apabila ibu bapa berkongsi tugas? Dulu, kebanyakan tugas pengasuhan jatuh ke bahu wanita. Namun, hari ini kedua-dua wanita dan lelaki aktif berkerja, maka tugas pengasuhan – termasuk terlibat dalam pergaulan, kesihatan, pendidikan dan perkembangan anak – mula dikongsi secara lebih seimbang antara kedua-dua ibu dan bapa. Hal ini boleh dipanggil “pengasuhan setara” atau “equal parenting”.

Bilakah masa terbaik untuk bermula?

Pasangan patut mula berkongsi tugas sebaik saja tahu mereka akan menjadi ibu bapa! Mengapa tidak bersama-sama bersedia menerima ketibaan anak? Ini termasuklah temujanji dengan doktor, menghadiri kelas pranatal, penyediaan bilik bayi dan pengurusan kewangan untuk kelahiran. Pengasuhan setara membantu mengurangkan risiko kemurungan pascapartum, yang sering terjadi pada ibu yang baru. Maka, lebih awal anda belajar berkongsi tanggungjawab, lebih baik!

Situasi mencabar

Sesetengah pasangan mungkin mudah berkongsi tanggungjawab, namun ia mungkin sukar bagi pasangan lain. Contohnya, jika seorang berkerja dan seorang lagi menguruskan rumah, atau jika kedua-dua ibu bapa berkerja dari rumah, pembahagian tugas mungkin rumit. Di era moden ini juga, terdapat perubahan daripada unit keluarga tradisional, seperti ibu bapa yang bercerai, ibu bapa tiri dan ibu bapa yang tinggal berjauhan.

Selain itu, terdapat cabaran sosial. Bukan semua orang boleh menerima bapa yang membasuh pinggan atau menukar lampin, manakala ibu pula menjaga hal kewangan! Dan walaupun mereka sanggup, tidak semua ibu bapa berkemahiran membantu anak melakukan kerja sekolah dan kegiatan luar kelas. Daripada anda cuba membahagikan tugas “sama rata”, lebih baik anda melibatkan diri dengan anak anda berdasarkan apa yang anda mahir.

Tak kira apa situasi pun, komunikasi ialah kuncinya. Biasakan diri untuk berbincang secara terbuka dan jujur dengan pasangan anda, terutamanya jika anda memerlukan sokongan.

Panduan asas pengasuhan setara

  • Berkerja sebagai satu pasukan. Ingat, anda berdua adalah pasangan seumur hidup.
  • Buat Carta Tugasan. Berbincang dan pastikan jangkaan masing-masing jelas.
  • Bertimbang rasa mengenai pembahagian tugas. Jangan terlalu berkira, dan belajar meminta bantuan daripada pasangan apabila perlu.
  • Beri penghargaan dan berterima kasih kepada pasangan atas usaha yang diberi.
  • Cari masa untuk diri sendiri.
  • Cari masa untuk diluangkan sebagai pasangan. Minta tolong daripada keluarga untuk mengasuh bayi!
Nota: 2 poin terakhir penting untuk menjaga diri dan pasangan agar anda berdua boleh menjadi ibu bapa yang lebih baik.

Apabila tanggungjawab dikongsi secara adil dan terdapat komunikasi berterusan antara ibu bapa, semua orang akan gembira. Ibu bapa boleh menjadi rakan kongsi yang saling mendorong, dan apabila perlu, dibantu oleh keluarga dan rakan terdekat.

Lebih penting lagi, anak anda boleh meluangkan masa berkualiti dengan kedua-dua ibu bapanya. Ini menggalakkannya agar terbuka dengan perbincangan, serta mahu berkongsi masalah dan meminta nasihat apabila dia memerlukannya.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen