Pengasuhan Positif

Rumah Bersih

Kipas, Pendingin udara &amp Perabot

  • Semua ini mengumpul habuk dan perlu dibersihkan selalu. Kipas dan perabot boleh dibersihkan dengan kain lembap.
  • Kebanyakan unit pendingin udara mempunyai penyaring habuk yang boleh ditanggalkan dan dibersihkan dengan menggunakan vakum. Jangan lupa untuk membersih rangka penutupnya yang juga boleh mengumpul habuk.
  • Perabot seperti sofa dan meja boleh divakum dan dilap dengan kain lembap. Perhatian khusus hendaklah ditumpukan kepada bahagian perabot berkeluk dan berukir.
  • Sarung kusyen baldu juga mudah memerangkap habuk, begitu juga langsir tebal, yang perlu divakum selalu.

v2-08-article05d

Komputer, Piano & Alat kawalan jauh

  • Peralatan ini sering digunakan oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa, menjadikannya tempat mengumpul dan menyebarkan kuman.
  • Selsema dan cirit-birit adalah beberapa contoh jangkitan yang boleh dipindahkan dari peralatan ini kepada ahli keluarga lain.
  • Kekunci, tetikus dan skrin komputer boleh dibersihkan dengan menggunakan sama ada kain khas untuk membersihkan komputer, atau kain pembersih
  • biasa yang bukan kain tiras. Jangan guna air kerana ia boleh merosakkan peralatan-peralatan ini.
  • Kekunci piano boleh dibersihkan dengan kain lembap. Habuk pada rangka piano boleh dibersihkan dengan bulu ayam atau kain, dan digilap jika
  • disyorkan oleh pengilang. Sentiasa tutup piano bila tidak digunakan untuk melindungi kekuncinya daripada mengumpul habuk.

v2-08-article05b

Mengawal Penyebaran Kuman

  • Mencuci tangan adalah cara paling penting untuk mencegah penyebaran kuman.
  • Latih anak anda dengan tabiat tidak makan sambil menggunakan komputer atau bermain piano, dan membasuh tangan sebelum menyentuh kekunci.
  • Jika ada antara anggota keluarga mengalami ciri-birit, pastikan mereka sentiasa menjaga kebersihan dengan membasuh tangan selepas ke tandas untuk mengelakkan jangkitan. Jika anak yang ciri-birit memakai lampin, pastikan lampin yang terkena najis dibuang dengan cara yang betul. Penjaga mesti membasuh tangan dengan sabun dan air selepas membersihkan anak-anak dan sebelum mengendalikan makanan.

v2-08-article05c

Alat Mainan

  • Alat mainan berbulu atau berkain hendaklah dibersihkan dengan sabun dan air dan dipastikan kering.
  • Basuh mainan berdetar, cawan, mangkuk dan blok plastik dalam besen air sabun suam dan bilas hingga kering.

v2-08-article05e

MENAHAN DAN MENGAWAL PENYEBARAN HABUK

Penggunaan penyaring udara boleh mengurangkan habuk dalam udara. Vakum berasaskan air dapat membendung habuk dengan lebih baik berbanding vakum yang menggunakan beg habuk. Keluarga dengan anak-anak kecil yang mengalami alahan dinasihatkan supaya jangan menggunakan permaidani, langsir tebal atau membela haiwan kesayangan berbulu seperti anjing, kucing, arnab dan sebagainya. Mainan lembut berbulu juga tidak digalakkan. Begitu juga tilam dan bantal kekabu.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen