Pengasuhan Positif

Masalah Kesuburan

Bagi banyak pasangan, perancangan keluarga pada alaf baru ini memerlukan pertimbangan yang teliti.Terdapat banyak pertimbangan yang terlintas di fikiran setiap pasangan apabila mereka berfikir untuk menambahkan ahli keluarga mereka. Mungkin ini adalah salah satu sebabnya kadar kesuburan ternyata menurun.

Di sebaliknya, terdapat pasangan-pasangan yang telah mencuba sedaya upaya untuk menimang anak tetapi gagal. Pada umumnya, ketidaksuburan merujuk kepada kegagalan untuk hamil setelah mencuba selama satu tahun. Kes ini merupakan salah satu cabaran bagi pasangan dari segi fizikal, emosi dan kewangan.

Mengesan masalah ketidaksuburan

Ketidaksuburan boleh disebabkan oleh kedua-dua pasangan suami dan isteri.

Faktor-Faktor Lelaki Faktor-faktor Wanita
  • Saluran sperma tersumbat
  • Sperma yang kurang berkualiti
  • Alergi sperma
  • Masalah ovulasi
  • Kualiti telur ovari
  • Tiub fallopio yang tersumbat

Ketidaksuburan juga boleh terjadi akibat situasi yang kita hadapi setiap hari, ini termasuk:

Diet yang tidak sihat

  • Lemak tepu

    Pengambilan lemak tepu secara berlebihan boleh mengurangkan aliran darah ke organ-organ permbiakan yang boleh menyebabkan gangguan dalam kitaran haid di kalangan wanita, dan penurunan dalam pengeluaran sperma pada lelaki.

  • Kafein

    Pengambilan kafein secara sederhana tidak menyebabkan ketidaksuburan atau kemandulan. Walau bagaimanapun, pengambilan berlebihan boleh menyebabkan pengeluaran hormone tertentu yang boleh menjejaskan ovulasi.

  • Alkohol

    Walaupun pengambilan alcohol secara sederhana boleh meningkatkan peredaran darah ke organ-organ pembiakan, pengambilan alcohol yang berlebihan boleh mengganggu dengan ovulasi secara negatif dan membawa kepada kemandulan. Dalam lelaki, kemungkinan bberlaku kekurangan dalam penghasilan homon dan ini boleh mengakibatkan kualiti sperma dan keinginian seks yang rendah.

Tekanan

Kajian menunjukkan bahawa kesan-kesan tekanan tidak boleh diabaikan. Otak manusia menghasilkan molekul khas yang boleh berinteraksi dengan setiap sel tubuh, termasuk system imun. Mengikut pandangan ini, minda dan badan adalah penting, dan tekanan boleh mempunyai pengaruh yang negatif terhadap kesuburan.

Umur

Umur wanita adalah penting apabila mempertimbangkan kebarangkalian untuk hamil. Kadar ketidaksuburan yang meningkat dengan penuaan didokumenkan dengan baik dan jelas di dalam masyarakat kita. Untuk wanita yang lambat melahirkan anak, kuantiti dan kualiti telur berkurang dan pasangan mungkin memerlukan rawatan canggih seperti persenyawaan in vitro.

Kedua-dua lelaki dan wanita memainkan peranan yang penting dalam masalah kesuburan; justeru itu, jikalau anda dan pasangan anda sedang merancang untuk menimang cahaya mata, ia adalah sama penting bahawa kedua-dua pihak bersiap sedia untuk kehamilan tersebut.

Perubahan gaya hidup yang mudah mungkin terbukti membantu dalam mengurangkan risiko ketidaksuburan anda dan pasangan anda. Namun, jika anda masih menghadapi masalah untuk hamil, adalah sangat penting untuk berjumpa dengan doktor anda yang boleh memperkenalkan anda intervensi perubatan yang lain untuk merawat masalah ketidaksuburan.

Bersiap sedialah untuk isu Pengasuhan Positif yang seterusnya, yang akan ada pilihan penyelesaian untuk mengatasi krisi ketidaksuburan anda!

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen