Pengasuhan Positif

Bercakap dengan Anak Anda Mengenai Seks

Kanak-kanak pada masa kini telah menjadi semakin bijak dan bersikap ingin tahu berbanding sebelum ini. Tidak menghairankan memandangkan terdapat maklumat yang mudah didapati tentang subjek yang mereka ingin tahu. Inovasi moden seperti media sosial, televisyen, dan internet telah banyak mengubah cara kanak-kanak berkomunikasi dan mendapatkan maklumat.

Besar kemungkinan anak anda sentiasa menemui dan belajar idea-idea baru walaupun tanpa penglibatan aktif anda. Jadi jangan terkejut apabila anak anda bertanyakan anda dari mana datangnya bayi, ataupun tentang seks satu hari nanti. Ia adalah penting untuk mengambil kesempatan untuk mendidik anak anda dan membetulkan maklumat yang salah yang mereka dapat dari sumber-sumber yang lain. Namun, anda mesti bersedia, membaca dan belajar cara untuk menyentuh topik tersebut. Anda mesti cukup yakin dan selesa untuk bercakap dengan anak anda tentangnya.

Fokus perbincangan anda akan bergantung kepada umur dan kematangan anak anda. Anda boleh memilih untuk memberi tumpuan kepada melindungi anak anda daripada penderaan seksual, menghindarkan kehamilan remaja dan mencegah penyakit kelamin, atau mengendalikan perubahannya semasa akil baligh (bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga emosi).

Anda masih perlu mencari peluang dan kesempatan yang betul untuk memperkenalkan subjek ini jika anak anda tidak mendekati anda kerana adalah penting untuk berbuat demikian sebelum ia terlambat, atau sebelum mereka mendapatkan maklumat yang tidak betul dari sumber yang lain.

Bagi bersedia dan menyentuh topik ini secara betul, anda perlu bersedia dari segi mental dan emosi. Jika anda tidak pernah berfikir langsung tentangnya sebelum ini, ini mungkin masa yang baik anda mempertimbangkan untuk menggabungkan fikiran dan idea anda. Topik seks adalah satu lingkaran yang sangat kompleks yang meliputi fakta biologi, pantang larang sosial, agama, dan pendirian moral.

Ia adalah wajar anda mempertimbangkan umur dan ciri-ciri keperibadian anak anda untuk mendapatkan idea tentang bagaimana anda harus memulai topik ini. Jangan sesekali memandang rendah terhadap keupayaan anak anda untuk memahaminya. Dengan adanya fikiran ini, anda boleh mengelakkan daripada bersikap meninggi diri atau merendah-rendahkan diri yang boleh menyinggung perasaan anak anda dan menyebabkannya melarikan diri daripada perbualan tersebut.

Tip-tip

Yakin dan relaks

Jawab soalan anak anda dengan bersahaja dan tenang. Ini akan membantu anda memperolehi kepercayaan daripada anak anda, membuatkannya berasa bahawa anda tahu perkara yang sedang diperkatakan. Jangan terlalu cepat menilai atau mentertawakan soalannya, walaupun ia kedengaran luar biasa atau memalukan. Meskipun bercakap tentang seks nampaknya sukar, ia mungkin dapat membantu jika anda berlatih tentang jawapan dan penjelasan anda terlebih dahulu, sama ada berlatih bersendirian atau bersama dengan suami/isteri anda.

Pastikan penjelasan anda mudah menjelaskannya kemudian. dan ringkas

Kebanyakan kanak-kanak di bawah umur enam tahun akan berpuas hati dengan penjelasan seperti “sperma seseorang lelaki mempersenyawakan telur seseorang wanita dalam rahim yang terletak dalam perut, dan kemudian bayi mula membesar”. Anda juga boleh menjelaskan bahawa apabila suatu pasangan lelaki dan wanita saling mencintai, mereka akan menjadi rapat antara satu sama lain. Ini akan membantu membentuk tanggapan dalam minda mereka bahawa persetubuhan adalah satu perbuatan atas perasaan cinta. Tetapi anda tidak perlu menjelaskan konsep bermesra kepada kanak-kanak kecil kerana mereka tidak dapat memahaminya. Namun, secara umumnya, apabila mereka telah mencapai umur lapan tahun dan ke atas, mereka akan mempunyai lebih banyak persoalan kerana perubahan fizikal yang disebabkan oleh hormon dan pengaruh dari rakan-rakan atau sumber-sumber lain. Cuba berikan maklumat yang tepat kepada mereka, di samping membuatkan mereka berasa selesa dengan tubuh mereka dan membantu mereka untuk membuat keputusan yang bertanggungjawab.

Gunakan buku

Buku kanak-kanak mengenai seks dan seksualiti yang baik boleh membantu. Ia memudahkan anak anda untuk memahami apa yang anda ajar jika mereka telah membaca dan mahir dengan bahagian asas sistem pembiakan manusia. Dari situ, anda boleh membantu untuk mengurangkan jurang dan menjawab sebarang persoalan atau keraguan terhadap apa yang mereka pelajari.

Dengar dengan teliti

Pastikan anda benar-benar memahami soalan anak anda dan mengapa soalan itu ditanyakan sebelum memutuskan bagaimana anda menjawabnya. Kadang-kala, anda perlu memberikan galakan sebelum menjawab, sebagai contoh, anda boleh berkata, “Saya tertanya-tanya adakah anda berfikir bagaimana bayi boleh berada dalam perut ibunya.” Dengan berbuat demikian, anda akan dapat merasakan berapa banyak yang mereka tahu tentang seks dan pembiakan. Anda juga akan dapat mengetahui adakah mereka mempunyai sebarang salah faham, ketakutan atau kebimbangan mengenai subjek tersebut yang anda boleh bantu untuk menjelaskannya kemudian.

Gunakan peluang setiap hari

Detik-detik yang boleh dijadikan sebagai “batu loncatan” untuk membincangkan hal-hal seksual adalah seperti semasa menonton bersama-sama rancangan TV yang menggambarkan hubungan antara manusia atau semasa lawatan ke zoo di mana si ibu orang utan sedang menyusukan bayinya. Gunakan setiap kesempatan untuk berhubungan dengan anak anda dan pastikan perbincangan tersebut berterusan.

Anda perlu cuba menggagak persediaan anak anda untuk mendengar topik ini pada bila-bila masa. Belajar tentang seks tidak harusnya dihadkan kepada perbincangan sekali sahaja, malah ia harus menjadi satu proses yang berterusan di mana kanak-kanak dapat mengetahui lebih banyak setiap kali ia dibincangkan kerana kematangan mereka akan meningkat dengan peningkatan umur. Bagaimana anda memilih untuk menjawab persoalan anak adalah akan bergantung kepada nilaian anda sendiri.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen