Pengasuhan Positif

Memupuk Kesejahteraan Keluarga

Keluarga berdepan dengan pelbagai jenis isu – dari kemurungan dan kebimbangan hinggalah ke salah guna bahan terlarang serta masalah kesihatan. Meskipun begitu, keluarga masih merupakan sumber sokongan utama dan tempat memupuk kasih sayang justeru ianya penting dalam kehidupan setiap manusia. Kesejahteraan keluarga perlu dipelihara dan dijaga agar ianya boleh berfungsi dengan berkesan.

Apakah ‘kesejahteraan’ dan apakah yang perlu kita tekankan? Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan ‘kesejahteraan’ sebagai “…keadaan kesihatan yang sempurna dari segi fizikal, mental, dan sosial, dan bukan hanya bermaksud ketiadaan penyakit”. Terdapat enam dimensi kesejahteraan dan setiap dimensi berhubungkait dan semuanya sama penting untuk mencapai kesihatan yang optimum.

Maka, kesejahteraan keluarga dapat dicapai apabila semua keperluan setiap ahli keluarga dapat dipenuhi berlandaskan dimensi tersebut dan berjaya mengimbangi di antara matlamat peribadi seseorang, dan sumbangannya kepada kesejahteraan ahli keluarga lain.

enam-dimensi-kesejahteraan

Dalam naskhah ini juga, rakan saya, Dr Tee dan Profesor Madya Dr Alvin akan menjelaskan bagaimana anda boleh memupuk kesejahteraan keluarga. Perkara paling penting yang anda harus ingat ialah bahawa keluarga – bukan individu – adalah asas komuniti dan seterusnya masyarakat secara keseluruhannya. Maka, sebagai ibu bapa, anda wajib membangunkan, memperbaiki dan mengekalkan kesejahteraan keluarga sebaik mungkin agar setiap ahli (termasuk diri anda) dapat menikmati kehidupan yang sihat, makmur dan lebih bermakna.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen