Makanan yang dibeli di luar kerap dianggap sebagai tidak sihat kerana terlalu berminyak, tinggi kandungan lemak, atau mengandungi terlalu banyak garam, perasa dan gula. Mengambil makanan tersebut dengan banyak sebagai sebahagian daripada diet utama sering dikaitkan dengan peningkatan risiko menghidap obesiti dan penyakit-penyakit tidak berjangkit berkaitan dengan diet (contohnya, diabetes, darah tinggi, penyakit jantung, dan kanser) yang dewasa ini menjadi penyumbang utama kadar morbiditi dan mortaliti di Malaysia.
Justeru, adakah ini bermakna kita tidak seharusnya makan di luar langsung? Walaupun menyediakan hidangan di rumah merupakan pilihan terbaik, namun ini mungkin tidak dapat dilakukan setiap hari. Malah, kajian mendapati bahawa 64% rakyat Malaysia makan di luar sekurang-kurangnya sekali sehari, manakala 12.5% dalam kalangan mereka yang makan di rumah pula mengambil makanan yang dibeli di luar sekurangkurangnya sekali sehari1. Kanak-kanak juga kerap makan di luar; di kantin sekolah: di gerai makanan atau kafe selepas waktu persekolahan dan di rumah, dan daripada restoran yang menyediakan khidmat penghantaran pada hari-hari mereka terpaksa membuat pesanan makanan.
Bolehkah kita membuat pilihan yang lebih sihat apabila makan di luar? Ya, sudah tentu anda boleh makan di luar dengan cara yang lebih sihat. Berikut adalah beberapa tip untuk membantu anda apabila makan di luar.
Tip Makan Di Luar
Dalam kesibukkan jadual yang padat dan meletihkan, ibu bapa tidak cukup masa untuk menyediakan hidangan yang sihat dan berkhasiat untuk anak-anak mereka. Namun, makan secara sihat semasa makan di luar dapat dilakukan jika anda mengetahui caranya.
Pilih makanan yang pelbagai dan seimbang
Yang paling penting ialah untuk mengambil pelbagai makanan dalam amaun yang sesuai. Ingat, tiada satu jenis makanan yang boleh membekalkan kesemua nutrien yang optimum bagi keperluan anak anda. Oleh itu, pastikan mereka mendapat khasiat mereka dengan mengambil hidangan yang mempunyai pelbagai ramuan daripada kesemua kumpulan makanan utama (bijirin dan hasil bijirin; sayur; ikan, ayam, daging & legum) dalam kuantiti
yang seimbang.
Jika anda dapati sukatan sajian tidak seimbang (seperti kurang sayur atau terlalu banyak nasi), minta hidangan di tambah/kurangkan sukatan sajiannya. Terdapat gerai-gerai yang akan mengenakan caj tambahan untuk sajian tambahan, tetapi ia berbaloi demi kesihatan anak anda. Terlalu banyak makanan yang sama juga tidak baik walaupun ia dianggap “sihat”.
Pilih cara memasak yang lebih sihat
Cuba pilih makanan yang disediakan menggunakan cara memasak yang lebih sihat (iaitu kukus, rebus, panggang atau tumis). Berikut adalah beberapa contoh yang boleh membantu anda:
Didik mereka dari sejak kecil
Berkongsi kalori
Awasi perangkap tersembunyi
Minum air kosong
Pilih buah sebagai pencuci mulut
Jangan malu untuk meminta hidangan yang lebih sihat apabila makan di luar; malah, ia harus menjadi tabiat setiap keluarga Malaysia. Penjual makanan yang baik dan memahami akan menghargai serta menghormati pilihan kita dan membuat perubahan mengikut kehendak kita. Tempat begini berbaloi dikunjungi bersama keluarga anda.
Secara ringkasnya, apabila makan di luar, pastikan anda
- minta cadangan mengenai pilihan yang lebih sihat,
- beri perhatian kepada cara makanan anak anda disediakan,
- makan secara seimbang, sederhana dan pelbagai,
- lengkapkan diri anda dengan maklumat tentang pemakanan sihat dan
- pastikan anak anda terlibat dalam gaya hidup sihat yang anda pilih untuk keluarga anda.
Akhir sekali, walaupun membuat pilihan bijak ketika makan di luar boleh membantu keluarga anda makan dengan lebih baik dan hidup lebih sihat, anda harus juga cuba memasak sekurang-kurangnya sekali sehari untuk keluarga. Dengan ini anda boleh memilih ramuan dan cara memasak sendiri. Ia adalah usaha yang berbaloi kerana akhirnya, ia akan memberi manfaat kesihatan kepada keluarga anda dan ia juga lebih murah!
Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia.
Komen