Pengasuhan Positif

Bahaya Denggi

Kes-kes denggi seluruh negara naik mendadak ke tahap yang membahayakan dengan 3,337 kes dilaporkan pada minggu pertama tahun 2016 sahaja. Ia adalah tambahan 1,000 kes berbanding purata 2,300 kes seminggu pada tahun lalu. Pada keseluruhannya, 120,836 kes denggi telah dilaporkan bagi tahun 2015, pertambahan sebanyak 11.2% atau 12,138 kes denggi berbanding 108,698 kes pada tahun sebelumnya.

Statistik juga menunjukkan bahawa kebanyakan pesakit adalah kanak-kanak dan orang muda, kemungkinan disebabkan oleh gaya hidup aktif mereka di luar yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada nyamuk Aedes.

Melihat pada statistik, anda sememangnya patut bimbang akan keselamatan dan kesihatan keluarga anda. Denggi tidak boleh diambil ringan, dalam tempoh 3 Januari 2015 hingga 6 Januari 2016, sejumlah 336 orang telah meninggal dunia akibat denggi.

Denggi Menjejaskan Semua

Mempunyai seorang ahli keluarga yang dijangkiti denggi memberi kesan yang buruk dan berpanjangan. Dengan deman panas dan kesakitan yang teramat sangat, penghidap tidak boleh keluar rumah; langsung tidak dapat pergi kerja atau ke sekolah.

Ahli keluarga lain mungkin terpaksa duduk rumah untuk menjaga saudara mereka yang sakit menyebabkan kehilangan sumber pendapatan. Ia merupakan satu beban yang besar bagi keluarga yang mempunyai masalah kewangan.

jangan-abaikan-simpton

tiada-rawatan-khusus-untuk-denggi-berdarah

Semua Orang Berisiko Mengidapnya

Tiada sesiapapun yang benar-benar selamat daripada denggi; walaupun anda pernah mengalaminya, anda masih berisiko dijangkiti demam denggi sekali lagi. Ini kerana terdapat empat jenis virus yang menyebabkan denggi (DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4), semuanya berbeza, tetapi berkait rapat.

Jika anda pulih daripada salah satu jangkitan virus, anda hanya imun terhadap jenis tersebut sahaja dan mendapat separa perlindungan buat sementara daripada jenis virus denggi yang lain. Tambahan lagi, jika anda dijangkiti oleh jenis virus berlainan, risiko anda mendapat denggi berdarah boleh meningkat.

Ada Harapankah?

Terdapat banyak kemajuan dalam pembentukan vaksin denggi yang akan membantu mengurangkan kes denggi berpunca dari keempat-empat jenis virus denggi dengan keberkesanan sebanyak 60.8% mengikut ujian klinikal. Ia juga terbukti dapat mengurangkan risiko denggi berdarah sebanyak 88.5% dan mengurangkan dengan signifikan keperluan untuk masuk ke hospital.

Pada bulan Disember yang lalu, satu vaksin denggi telah berjaya diluluskan untuk pasaran di Mexico, Brazil dan Filipina. Ia mungkin boleh didapati di Malaysia tidak lama lagi.

pencegahan-adalah-perlindungan

Sumbangan daripada Persatuan Pediatrik Malaysia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen