Pengasuhan Positif

Lenggok Sosial yang Baik –Perkembangan Kemahiran Sosial Remaja

Kemahiran sosial merupakan kebolehan yang boleh dipelajari yang diperlukan untuk bergaul dengan orang lain dan, mewujudkan serta mengekalkan hubungan yang memuaskan. Bagi para remaja (dan orang dewasa pun), lingkungan sosial mereka termasuklah ibu bapa, sanak saudara, rakan sebaya, guru, pengasuh, dan masyarakat secara amnya. Sebagai remaja, kemahiran sosial yang baik memberi banyak kebaikan, termasuk:

  • mempunyai hubungan yang lebih baik, dan boleh dipercayai dalam kalangan rakan sebaya, ibu bapa, rakan sekerja, dll.
  • pencapaian lebih baik di sekolah.
  • membuka lebih banyak peluang dan potensi untuk kerjaya, perniagaan atau kehidupan, melalui jaringan kenalan yang ada.
  • meningkatkan harga diri, kemahiran menyelesaikan masalah, mengendalikan stress dengan berkesan dan kesejahteraan keseluruhannya.
  • apabila mereka matang, kemahiran sosial remaja diperlukan untuk membentuk dan mengekalkan hubungan.

tingkah-laku-remaja

Sebagai ibu bapa, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menyedia dan melengkapi anak anda dengan kebolehan yang diperlukan untuk bertindak secara positif dan bertindak balas dalam situasi sosial. Bagi ibu bapa yang ingin mencari jalan bagaimana untuk memanfaatkan potensi kemahiran sosial anak mereka, berikut adalah cara-cara mudah yang berkesan yang boleh membantu dan boleh dilakukan sendiri di rumah :

Komunikasi & melahirkan perasaan

  • Tanya tentang aktiviti harian mereka setiap hari! Tunjukkan minat dan berikan input untuk mendalami lagi isu yang diketegahkan – biarkan mereka menggerakkan perbualan.
  • Bincang mengenai keperluan kemahiran sosial; anak remaja anda perlu memahami bahawa kemahiran sosial adalah penting.
  • Kebanyakan ibu bapa memulakan perbualan bersama anak mereka dengan menanyakan soalan. Apa kata mulakan perbualan dengan bercakap tentang sesuatu yang anda pula minat.
  • Lebih kerap mendapatkan maklum balas daripada mereka dan jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tanyakan lebih banyak soalan yang bersifat terbuka (cthnya: “Buat apa di sekolah hari ini?”).

Melibatkan diri dalam kumpulan/mengambil bahagian

Libatkan anak anda dalam perbincangan keluarga (seperti ke mana hendak pergi untuk bercuti), membuat keputusan (seperti apakah aktiviti ko-kurikulum sekolah yang hendak dipilih) atau memberi tugasan kerja rumah harian yang wajib dilakukan (seperti membuang sampah, membasuh pinggan atau baju).

Tunjukkan inisiatif

  • Berikan galakan kepada minatnya, benarkan kesilapan, dan beri peluang mereka berfikir secara kritikal ketika menjawab soalan.
  • Galakkan mereka melakukan sendiri perkara-perkara mudah yang melibatkan kehidupan seharian.

social-swagger-2

Menjaga diri sendiri & orang lain

  • Akhlak, etika dan adab tertib menjurus kepada keupayaan menunjukkan empati, menghargai dan menghormati orang lain.
  • Menjadi model peranan merupakan cara terbaik untuk mendidik anak remaja anda tentang kesedaran kendiri (seperti kebersihan atau imej tubuh) dan budi bahasa.
  • Lakonkan bersama suatu interaksi sosial yang biasa dihadapi dalam situasi harian yang tidak tersusun (cthnya bagaimana mahu menghadapi orang yang tidak dikenali).

Ketegasan

  • Berlatih mengawal intonasi mereka dan ajar mereka kedudukan tubuh (berdiri, berjalan atau duduk) yang baik serta tampak meyakinkan.
  • Ketahui masa yang sesuai untuk bersuara atau mempertahankan diri sendiri dan mengendalikan konfrontasi dengan baik tanpa menggunakan keganasan atau penghinaan.

Berfikiran terbuka & berpengalaman luas

Berikan anak anda pendedahan kepada benda-benda baharu, tempat, orang, dan aktiviti baharu yang boleh meluaskan minat mengikut kesesuaian umur mereka. Mereka juga akan mempunyai banyak perkara untuk diperkatakan dan dikongsi bersama rakan-rakan lain!

Dengan kerjasama Persatuan Kesihatan Remaja Malaysia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen