Pengasuhan Positif

Maklumat Influenza

Influenza atau selsema, dijelaskan sebagai jangkitan viral yang sangat mudah berjangkit yang menyasarkan sistem pernafasan (iaitu, paru-paru). Di negara tropika seperti Malaysia, influenza berlaku sepanjang tahun dengan musim puncak pada bulan Okt-Jan dan April-Jun.

Komplikasi

  • Pneumonia
  • Jangkitan resdung
  • Jangkitan telinga

influenza-kumpulan-rentan
tanda-tanda-dan-simptom
statistik-influenza

Dapatkan Vaksinasi terhadap Influenza

Jangan ambil mudah bahaya influenza. Ia boleh menjangkiti sesiapapun terutamanya kita yang hidup dalam iklim tropika. Tambahan lagi, ia boleh menjadi serius dalam kalangan individu yang lemah dan berisiko seperti bayi dan kanak-kanak.

Vaksinasi Membantu

Vaksin-vaksin yang mengandungi patogen mati atau yang telah dilemahkan (atau patogen hidup yang teratenuat) berfungsi dengan merangsang tindak balas imun dan memberi perlindungan.

  • Kosnya lebih rendah daripada merawat jangkitan dan komplikasi-komplikasinya
  • Mengurangkan dengan signifikan risiko bagi:

    • Ketidakhadiran ke sekolah
    • Jangkitan
    • Kemasukan ke hospital
    • Kematian

pilihan-vaksin

Anda Disarankan Agar

  • Menitikberatkan kebersihan diri yang sempurna di rumah dan di sekolah
  • Mengamalkan gaya hidup sihat yang menggabungkan diet yang seimbang serta berkhasiat dan aktiviti fizikal secara tetap.
  • Memberi vaksin kepada anak anda sejurus dia mencapai umur 6 bulan.
  • Kanak-kanak 6 bulan – 8 tahun memerlukan 2 dos bagi tahun pertama mereka divaksin.
  • Mendapatkan vaksin bagi anak-anak dan diri anda setiap tahun bagi perlindungan yang lebih baik terhadap virus influenza terkini.

Sumbangan daripada Persatuan Pediatrik Malaysia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen