Vitamin (daripada perkataan vita + amine) ialah sekumpulan bahan organik yang diperlukan dalam jumlah yang kecil untuk fungsi badan, tumbesaran dan perkembangan yang normal.
Terdapat 13 vitamin penting yang boleh dibahagikan kepada dua kategori, (a) larut lemak, dan (b) larut air:
Suplemen multivitamin: Adakah ia diperlukan?
Vitamin adalah penting untuk tumbesaran, perkembangan dan kesihatan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, kekurangan vitamin boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Bagi memastikan kanak-kanak mendapat vitamin secukupnya, beri mereka diet seimbang yang mengandungi pelbagai makanan daripada kumpulan makanan berbeza. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan warna berbeza juga bagus kerana kandungan vitamin adalah berbeza mengikut buah atau sayur. Namun, mengambil lebih banyak vitamin tidak semestinya bagus kerana ia hanya diperlukan dalam kuantiti yang kecil.
Vitamin larut air cepat diserap dan disingkirkan daripada badan, namun vitamin larut lemak diproses dengan lebih perlahan, dan kuantiti berlebihan akan disimpan di hati. Ini bermakna, pengambilan vitamin larut lemak yang berlebihan boleh menyebabkan ketoksikan, terutamanya jika mengambil suplemen secara berlebihan.
Sumber utama vitamin sepatutnya datang daripada makanan segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh. Makanan diperkaya dan suplemen mungkin sesuai dalam beberapa keadaan, contohnya untuk wanita hamil, orang yang mengamalkan diet terhad dan orang yang mempunyai masalah kesihatan tertentu. Rujuk pakar kesihatan untuk mendapatkan nasihat berkenaan suplemen jika anda dan keluarga memerlukannya.
Komen