Pengasuhan Positif

Piramid Makanan Malaysia 2020: Apa Yang Baharu?

Nota:

Panduan pemakanan sihat yang mudah

Piramid makanan ialah satu panduan visual yang mudah tapi berkesan bagi membantu anda mengamalkan pemakanan sihat. Yang penting anda perlu kekal berdisiplin dalam mengikuti saranan dan prinsip dalam Garis Panduan Diet Malaysia dan Piramid Makanan Malaysia!

Apa yang baharu?

Piramid Makanan Malaysia telah dikemaskini pada tahun 2020 selepas versi sebelumnya diperkenalkan pada 2010. Apakah perbezaannya?

Air Kosong dimasukkan

  • Disarankan minum 6-8 gelas air kosong setiap hari

Makanan Karbohidrat dipindahkan ke Aras 2

  • Sajian yang disarankan dikurangkan daripada 4-8 sajian/hari kepada 3-5 sajian/hari
  • Penekanan terhadap pengambilan bijirin penuh
  • Saranan pengambilan makanan karbohidrat dalam jumlah sederhana

Buah-buahan & Sayur-sayuran dipindahkan ke Aras 1 (dasar piramid)

  • Sajian yang disarankan bagi sayur-sayuran ditambah kepada 3 sajian atau lebih sehari, manakala bagi buah-buahan kekal dengan 2 sajian sehari
  • Untuk menggalakkan lebih banyak pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran

Contoh saiz sajian yang disarankan

  • Contoh makanan dipaparkan sebagai saiz 1 sajian yang disarankan (kecuali di aras teratas)

 

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen