Nota:
- Piramid ini untuk kanak-kanak berumur 7 tahun dan ke atas; bagi kanak-kanak lebih muda, rujuk pada Garis Panduan Diet untuk Kanak-kanak dan Remaja (2013): https://nutrition.moh.gov.my/wp-content/uploads/penerbitan/buku/MDG_Children_adolescent_2014.pdf
- Bagi kumpulan makanan dengan julat saranan sajian (ayam/telur/daging dan bijirin), individu yang sedentari/kurang aktif perlu mengambil bilangan sajian yang lebih kecil.
- Untuk maklumat lanjut tentang Piramid Makanan Malaysia dan Garis Panduan Diet Malaysia 2020, rujuk: https://nutrition.moh.gov.my/MDG2020/mobile/index.html
Panduan pemakanan sihat yang mudah
Piramid makanan ialah satu panduan visual yang mudah tapi berkesan bagi membantu anda mengamalkan pemakanan sihat. Yang penting anda perlu kekal berdisiplin dalam mengikuti saranan dan prinsip dalam Garis Panduan Diet Malaysia dan Piramid Makanan Malaysia!
Apa yang baharu?
Piramid Makanan Malaysia telah dikemaskini pada tahun 2020 selepas versi sebelumnya diperkenalkan pada 2010. Apakah perbezaannya?
Air Kosong dimasukkan
- Disarankan minum 6-8 gelas air kosong setiap hari
Makanan Karbohidrat dipindahkan ke Aras 2
- Sajian yang disarankan dikurangkan daripada 4-8 sajian/hari kepada 3-5 sajian/hari
- Penekanan terhadap pengambilan bijirin penuh
- Saranan pengambilan makanan karbohidrat dalam jumlah sederhana
Buah-buahan & Sayur-sayuran dipindahkan ke Aras 1 (dasar piramid)
- Sajian yang disarankan bagi sayur-sayuran ditambah kepada 3 sajian atau lebih sehari, manakala bagi buah-buahan kekal dengan 2 sajian sehari
- Untuk menggalakkan lebih banyak pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
Contoh saiz sajian yang disarankan
- Contoh makanan dipaparkan sebagai saiz 1 sajian yang disarankan (kecuali di aras teratas)
Komen