Pengasuhan Positif

5 Maklumat Penting Pada Label Makanan

Label makanan berfungsi sebagai sumber maklumat pemakanan yang penting untuk membantu kita membuat pilihan makanan yang bijak. Berikut 5 perkara yang perlu diketahui.

Info ringkas dan pantas

1. Panel maklumat pemakanan memberikan ringkasan kandungan nutrien penting dalam sesuatu produk, dipamerkan sebagai per 100 g/ 100 ml dan per hidangan. Nota: Nutrien WAJIB dipamerkan dalam kedua-dua format.

Apabila membeli produk serupa daripada jenama berlainan, sentiasa buat perbandingan berdasarkan jumlah tenaga dan kandungan nutrien per 100 g/100 ml.

2.Ikon tenaga menunjukkan kandungan tenaga (kilo kalori) dalam satu hidangan. Nilai peratus dikira berdasarkan purata keperluan tenaga orang dewasa.

3.Logo Pilihan Lebih Sihat boleh ditemui pada makanan dan minuman yang memenuhi kriteria yang ditentukan oleh KKM dan dianggap “lebih sihat” dalam kategori tersebut. Namun, jangan buat pilihan berdasarkan logo ini semata-mata; baca panel maklumat pemakanan untuk lebih maklumat.

4.Senarai bahan menunjukkan bahan yang terkandung dalam produk makanan. Bahan-bahan sentiasa disenaraikan dalam turutan berat yang menurun, bermula daripada yang paling banyak hingga yang paling sedikit.

5.Akuan nutrien

    • Akuan kandungan: Kenyataan tentang kandungan nutrien (cth: rendah gula, tinggi protein, sumber vitamin C).
    • Akuan perbandingan: Perbandingan kandungan nutrien/tenaga antara produk sejenis (cth: lebih rendah lemak, lebih tinggi kalsium).
    • Akuan fungsi: Kenyataan tentang fungsi nutrien tertentu (cth: kalsium membantu pembentukan tulang).

Gunakan semua maklumat di atas untuk membantu anda membuat pilihan makanan yang lebih sihat. Untuk maklumat lanjut tentang Pemakanan Sihat dan Tips Menjadi Pembeli Bijak, sila lawati laman ini: https://www.nutritionmonthmalaysia.org.my/publications/he-al-jilid-2-panduan-untuk-pemakanan-sihat-gaya-hidup/

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen