Pengasuhan Positif

Apakah gaya pengasuhan anda?

Apakah jenis pendekatan pengasuhan anda? Jawab soal selidik ini dan ketahui sendiri. Pilih (√)satu jawapan sahaja daripada setiap kategori.

1. Pengasuhan

  1. Saya percaya anak-anak harus dijaga tapi bukan didengari.
  2. Saya suka pada pengasuhan yang kelam-kabut.
  3. Saya percaya anak-anak boleh berkelakuan seperti kanak-kanak tapi pada masa yang sama berbudi bahasa juga.
  4. Anak-anak saya suka buat hal sendiri dan tidak banyak mengganggu saya.

2. Tingkah laku

  1. Anak-anak saya memerlukan saya menjadi tegas untuk membimbing mereka agar bertingkah laku baik.
  2. Saya percaya anak-anak saya memerlukan kebebasan untuk mengenali diri mereka.
  3. Saya suka melihat anak-anak saya meneroka kehidupan ini sendiri namun akan memastikan saya sentiasa berada disisi mereka untuk membimbing dan menjawab sebarang persoalan.
  4. Anak-anak saya belajar bagaimana untuk berkelakuan baik di sekolah.

Mengatakan “tidak”

  1. Saya tidak ada masalah untuk berkata “tidak” kepada anak saya.
  2. Saya tidak suka berkata “tidak” kepada anak saya.
  3. Kadang-kadang saya perlu kata “tidak” kepada anak saya.
  4. Selalunya saya tidak menghiraukan kelakuan buruk anak saya.

4. Peraturan

  1. Setiap peraturan – besar atau kecil – perlu dipatuhi.
  2. Saya tidak percaya perlu adanya terlalu banyak peraturan – apabila saya bersama anak-anak, saya ingin menghayati saat tersebut dan berseronok, bukan menjadi seorang pendisiplin.
  3. Saya mempunyai peraturan-peraturan yang sangat ketat, dan saya mahu ia dipatuhi. Tetapi saya boleh bertolak-ansur dengan perkara-perkara kecil.
  4. Mempunyai terlalu banyak peraturan adalah merumitkan – kadang-kadang lebih mudah untuk tidak menghiraukan sebahagian tingkah laku tidak baik.

5. Disiplin

  1. Saya fikir disiplin ialah membetulkan anak-anak anda apabila mereka berkelakuan tidak baik.
  2. Saya tidak percaya pada disiplin ketat – anak-anak saya perlukan kebebasan.
  3. Saya fikir disiplin ialah peluang untuk mengajar anak-anak.
  4. Pasangan saya yang melakukan kebanyakan kerja-kerja mendisiplinkan anak-anak.

6. Disukai

  1. Saya tidak ada masalah jika anak-anak saya tidak puas hati dengan saya.
  2. Saya mahu anak-anak saya suka pada saya.
  3. Adakalanya saya perlu jadi tidak popular pada anak-anak untuk menjaga keselamatan mereka dan memastikan mereka melakukan apa betul.
  4. Saya tidak pasti bagaimana hendak membuat anak-anak saya menyukai saya.

7. Hormat

  1. Anak-anak mesti menghormati ibu bapa mereka.
  2. Saya suka apabila anak saya menghormati saya, tetapi saya perlu akui, ia jarang berlaku.
  3. Ibu bapa perlu menunjukkan contoh hormat yang mereka harapkan daripada anak mereka.
  4. Saya mahu anak saya lebih menghormati saya, tetapi kerana ia tidak berlaku, saya cuba untuk tidak menghiraukannya.

8. Di mana mereka berada

  1. Saya sentiasa tahu apa yang anak-anak saya sedang lakukan, dengan siapa mereka bersama dan di mana mereka berada.
  2. Saya cuba untuk mengikuti pergerakan keluar masuk anak saya, tetapi adakalanya mereka tidak memberitahu saya.
  3. Saya dan anak-anak telah membuat satu perjanjian – saya akan sentiasa memaklumkan mereka di mana saya berada dan mereka juga akan lakukan perkara sama.
  4. Saya tidak mengawasi apa yang anak-anak saya sedang lakukan – lagipun mereka mempunyai guru-guru dan pengasuh untuk menjaga mereka.

9. Kesalahan

  1. Saya tidak tahan dengan kesalahan – mungkin sekali dua tidak mengapa, tetapi lebih daripada itu mereka perlu dihukum.
  2. Saya fikir bahawa jika anak-anak tidak rasa berjaya, mereka tidak akan ada keyakinan untuk berjaya dalam kehidupan.
  3. Pengajaran paling berguna datangnya daripada mempelajari dari kesilapan. Saya cuba untuk membantu anak-anak saya belajar daripada kesilapan mereka.
  4. Semua orang membuat salah – saya tidak marah jika anak-anak saya membuat kesilapan. Lambat-laun mereka akan menyedari kesalahan mereka sendiri.

10. Kawan-kawan

  1. Saya tidak percaya bahawa ibu bapa harus menjadi kawan kepada anak-anak mereka. Mereka mungkin tidak akan mendengar kata nanti.
  2. Anak-anak saya ialah kawan baik saya.
  3. Anak-anak saya ialah berkawan dengan kanak-kanak lain; Tugas saya adalah untuk menjadi ibu bapa mereka.
  4. Saya tidak faham bagaimana ibu bapa dan anak-anak boleh menjadi kawan – jurang perbezaan kita sangat luas.

11. Komunikasi

  1. Saya tidak memberitahu anak-anak saya tentang banyak perkara kerana ianya hal orang dewasa.
  2. Saya boleh memberitahu anak saya tentang apa sahaja.
  3. Saya memberitahu anak saya tentang perkara yang sedang berlaku, terutama jika ia memberi kesan kepada mereka, tetapi sesetengah perkara tidak sesuai bagi umur mereka.
  4. Anak-anak saya tidak memerlukan banyak maklumat; mereka nampak elok sahaja tanpanya.

Apakah gaya pengasuhan anda?

Jumlahkan berapa kali anda memberi respon kepada sesuatu soalan dengan (a), (b), (c) atau (d) dan tulis di dalam jadual di bawah. Skor paling tinggi di dalam jadual adalah bersamaan dengan gaya pengasuhan yang anda amalkan. Contohnya, jika kebanyakan jawapan anda kepada soalan-soalan ialah (a), anda ialah seorang ibu bapa dengan gaya autoritarian.

Bilangan kali Gaya Pengasuhan
(a) Autoritarian
(b) Permisif
(c) Autoritatif
(d) Tidak terlibat

Diadaptsi daripada Pitzer, R. (2001). What is your parenting style? A parenting styles self-assessment. St. Paul, MN: University of Minnesota Extension.

Apakah gaya pengasuhan anda? (Dan mengapa ianya penting)

Gaya pengasuhan merupakan satu gagasan kompleks psikologi yang mewakili strategi dan perspektif yang digunakan oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak mereka. Pakar psikologi telah mengenalpasti 4 gaya pengasuhan:

Autoritatif (bercirikan kemesraan dan ketegasan) – Ibu bapa autoritatif mengenakan peraturan jelas yang anak-anak perlu patuh. Walau bagaimanapun, mereka membenarkan pengecualian kepada peraturan dalam situasi tertentu. Mereka juga akan menerangkan alasan bagi peraturan-peraturan tersebut.

Ibu bapa yang autoritatif cenderung mengajar anak-anak mereka tingkah laku yang baik dengan memberi mereka sedikit ruang dalam membuat keputusan sendiri. Mereka juga mengukuhkan tingkah laku baik dengan pujian dan ganjaran. Kanak-kanak yang dibesarkan dengan gaya pengasuhan autoritatif membesar sebagai orang dewasa yang bertanggungjawab dan pandai membuat keputusan.

Permisif (bercirikan kemesraan tetapi bukan ketegasan) – Ibu bapa permisif lebih cenderung untuk tidak mendisiplin anak-anak mereka kerana mereka lebih suka untuk berlembut. Mereka tidak gemar menghukum dan berpendirian bahawa “kanak-kanak tetap kanak-kanak”.

Ibu bapa permisif mungkin mengambil pendekatan menjadi kawan berbanding menjadi ibu bapa kepada anak-anak mereka. Walaupun mereka boleh menyesuaikan diri dengan baik bersama anak-anak, mereka berkemungkinan tidak akan menetapkan apa-apa batasan/ larangan dan oleh yang demikian, tidak menghiraukan tingkah laku negatif.

Kanak-kanak yang membesar dengan ibu bapa permisif terpaksa bekerja keras dalam pelajaran akademik kerana mereka kurang mendapat motivasi untuk menjadi cemerlang. Mereka juga mungkin menunjukkan lebih banyak masalah tingkah laku kerana mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Ini menyebabkan mereka mempunyai harga diri yang rendah.

Autoritarian (bercirikan ketegasan tetapi tidak mesra) – Ibu bapa autoritarian menetapkan peraturan dan anak-anak mereka perlu mematuhinya tanpa pengecualian. Selalunya tiada ruang untuk rundingan dan ibu bapa tidak rasa ada keperluan untuk memberi alasan bagi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan kerana mereka mengetahui apa yang terbaik bagi anak mereka.

Walaupun anak-anak kepada ibu bapa autoritarian cenderung mematuhi peraturan, mereka kurang kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Mereka juga mungkin berpura-pura, mudah naik angin atau suka mengasingkan diri. Ini berlaku kerana mereka memendam perasaan kecewa akibat dihukum ibu bapa.

Tidak Kisah (tidak bercirikan kemesraan atau ketegasan) – Ibu bapa yang tidak kisah lebih cenderung untuk kerap mengabaikan anak mereka dengan tidak memenuhi keperluan asas mereka. Malah, mereka mengharapkan anak-anak mereka untuk membesar sendiri. Ini mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan mental salah seorang ibu bapa atau masalah penyalahgunaan bahan. Mereka lazimnya kurang berpengetahuan tentang pengasuhan dan rasa dikuasai oleh kehidupan secara amnya.

Ibu bapa ini tidak menyedari apa yang anak-anak sedang lakukan atau dengan siapa mereka berada. Anak-anak mereka pula mungkin kurang mendapat bimbingan dan perhatian ibu bapa. Ini akan mendorong mereka untuk beralih kepada orang luar untuk mendapat sokongan. Mereka juga mempunyai harga diri dan pencapaian akademik yang rendah.

Seperti yang anda dapat lihat, gaya pengasuhan memberi kesan ketara terhadap kebajikan seseorang kanak-kanak, justeru, gaya pengasuhan autoritatif didapati dapat meningkatkan peluang kejayaan seorang kanak-kanak. Walau bagaimanapun, ibu bapa mungkin tidak tertakluk kepada satu kategori sahaja tetapi mungkin lebih berjaya dengan mengubah-ubah gaya mereka mengikut keadaan atau juga di antara adik beradik.

Selain itu, kedua-dua ibu bapa secara semulajadinya mungkin mengamalkan gaya pengasuhan yang berlainan. Contohnya, bapa mungkin lebih tegas dan ibu lebih berlembut. Walau begitu, ia memberi kesan negatif kerana bapa mungkin menjadi lebih tegas apabila dia cuba mengatasi kelembutan ibu. Maka, jika ibu bapa tidak berkongsi gaya pengasuhan yang sama, mereka harus berbincang sesama sendiri dan mencapai satu persetujuan tentang cara untuk mengendalikan anak mereka.

Bagaimana untuk Menjadi Lebih Autoritatif

  • Wujudkan satu senarai peraturan keluarga dan perkara yang diharapkan untuk membantu anak anda mempelajari jenis tingkah laku yang diterima dan tidak diterima. Tambah peraturan jika dan bila perlu tetapi terangkan kepada anak anda mengapa peraturan tersebut adalah penting.
  • Tentukan bersama anak anda akibat-akibat kerana melanggar peraturan.
  • Kaitkan keistimewaan yang diberi dengan tingkah laku baik dengan mengajar anak anda bahawa dia perlu bekerja keras untuk mendapatnya. Peraturan yang sama harus digunakan secara konsisten pada semua anak-anak anda.
  • Bertegas dan ikuti batasan yang ditetapkan. Jika anda berkata bahawa anda akan menarik balik sesuatu keistimewaan, adalah penting anda menunaikan kata-kata anda. Dengan mengadakan disiplin yang konsisten dan tegas, anda menunjukkan kepadanya bahawa anda serius mengenainya.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen