Pengasuhan Positif

Melindungi Keluarga Anda daripada JE

Ensefalitis Jepun atau Japanese Encephalitis (JE) merupakan flavivirus yang mempunyai kaitan dengan denggi, demam kuning dan virus Nil Barat. Ia disebarkan oleh nyamuk dan dianggarkan sekitar 13,600 hingga 20,400 kematian direkodkan akibat JE manakala sekitar 14,300 hingga 27,200 kes yang terselamat mengalami kerosakan saraf jangka panjang. JE boleh dijumpai di Asia Selatan, Asia Tenggara, Asia Timur, dan Pasifik dan lebih kurang 3 bilion orang menetap di negara di mana virus JE adalah endemik.

JE utamanya menjejaskan kanak-kanak dan kebanyakan orang dewasa di negara-negara endemik* mempunyai imuniti semulajadi selepas jangkitan semasa kanak-kanak. Pun begitu, sesiapapun boleh dijangkiti. Oleh kerana JE lebih banyak berlaku di kawasan pedalaman, jumlah kes JE yang direkodkan di Malaysia mungkin tidak menggambarkan situasi sebenar.

*ENDEMIK – Penyakit yang lazim terdapat dalam kalangan penduduk atau di kawasan tertentu.

Penularan Virus JE

Vektor utama JE ialah nyamuk Culex tritaeniorhynchus dan spesis serupa yang bertelur di sawah padi dan sumber air terbuka lain (spesis Mansonia dan Anofeles). Mereka membawa virus tersebut bersama selepas menggigit khinzir atau burung air yang merupakan perumah ‘pengganda’* bagi virus JE.

*PERUMAH PENGGANDA – Adalah perumah yang mana virus berjangkit, contohnya seperti virus JE, boleh membiak ke paras yang tinggi sehinggakan apabila perumah itu digigit vektor seperti nyamuk, nyamuk tersebut boleh membawa lantas menjangkiti orang atau haiwan lain.

Manusia dianggap perumah ‘mati’ bagi virus JE yang bermaksud virus tersebut tidak boleh membiak ke paras yang tinggi di dalam badan perumah. Jika seekor nyamuk menggigit seseorang yang dijangkiti JE, darah yang dibawa nyamuk tersebut tidak mampu menjangkiti orang lain.

Simptom JE

Kebanyakan orang yang dijangkiti menunjukkan simptom seakan-akan selsema atau simptom mungkin langsung tidak kelihatan. Bagi mereka orang yang mempunyai simptom, tempoh inkubasi (masa di antara mendapat jangkitan hingga simptom muncul) biasanya ialah 5-15 hari. Sekitar 1 dalam 250 orang yang dijangkiti akan mendapat simptom lebih serius seperti :

Tiga puluh peratus pesakit yang terjejas akibat simptom penyakit JE boleh meninggal dunia. Bagi pesakit yang terselamat daripada simptom serius ini, penyembuhan adalah perlahan dan 20-30% daripada mereka yang terselamat juga mungkin mengalami radang otak (ensefelitis) yang boleh mengakibatkan kerosakan neurologi kekal.

Siapa Paling Berisiko?

Sesiapa boleh dijangkiti, tetapi, terdapat segelintir yang mungkin lebih berisiko, seperti:

Mereka yang menetap atau bekerja di kawasan hampir dengan ladang ternakan khinzir atau tanah pertanian (contohnya, sawah padi).

Pelancong yang merancang aktiviti luar yang banyak terdedah kepada elemen luar (berkhemah, mendaki, dll.) di negara endemik, terutamanya di kawasan pedalaman.

Penduduk tempatan yang merancang perjalanan ke kawasan yang berisiko.

Rawatan & Pencegahan

Rawatan bertumpu kepada melegakan simptom dan membantu pesakit mengatasi jangkitan tersebut. Memandangkan penyakit ini tiada penawar, pencegahan harus diutamakan. Ini boleh dilakukan dengan mengelak gigitan nyamuk dan/atau mendapatkan imunisasi terhadap virus tersebut.

Elak gigitan nyamuk:

Dapatkan imunisasi:

  • Di Sarawak, imunisasi JE termasuk dalam Program Imunisasi Kebangsaan (PIK). Setiap kanak-kanak akan mendapat sejumlah 3 dos; dua dos pertama diberi pada umur 9 dan 21 bulan, diikuti satu dos booster pada umur 7 tahun.
  • Kajian terhadap keberkesanan vaksin JE di Sarawak mendapati bahawa dalam tempoh pemantauan selama 10 tahun (1997-2006), vaksin tersebut telah banyak mengurangkan bilangan kes JE dan risiko jangkitannya.
  • Mereka yang menetap di kawasan lain boleh mendapatkan imunisasi di klinik-klinik swasta di seluruh negara. Dapatkan nasihat doktor anda sebelum mendapatkan imunisasi.

Sumbangan daripada Persatuan Pediatrik Malaysia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen