Pengasuhan Positif

Memupuk Kemahiran Insaniah dalam kalangan Remaja: Kehidupan Selepas Alam Persekolahan

There is absolutely no doubt that every child needs an education. This will help prepare them for further studies in college/university or prepare them to join the workforce. However, while every parent wants their children to excel in school, you should be aware that academic performance alone is not enough.

Untuk benar-benar menyediakan remaja anda agar berjaya di peringkat pengajian tinggi dan juga hidup sebagai orang dewasa yang produktif, kemahiran ‘ilmiah’ berasaskan pengetahuan yang kukuh (contohnya matematik, sains, dll) hanyalah asasnya. Kejayaan dalam kehidupan dan kerjaya masa depan anak/remaja anda banyak bergantung kepada kebolehan untuk berkomunikasi dengan orang lain, iaitu kemahiran insaniahnya. Kemahiran-kemahiran ini akan menentukan betapa jauh dia boleh pergi. Tanpa kemahiran ini, potensi untuk dia berkembang akan terbatas.

Capailah apa yang diidamkan

Dengan membantu anak/remaja anda membina kemahiran insaniahnya awal, anak anda mempunyai lebih peluang untuk mengasah kemahirannya. Sama seperti kemahiran hidup lain, latihan menjadikan ia lebih baik, oleh itu jangan memaksa anak anda memberi tumpuan mengejar pencapaian akademik semata-mata – pastikan anda selitkan sedikit ruang untuk dia membangunkan kemahiran insaniahnya juga.

Ini adalah penting terutamanya bagi remaja kerana ia memberi peluang untuk mereka ‘mengenali’ diri dengan menceburi secara aktif dalam proses perkembangan diri. Dengan bimbingan yang sempurna, dia akan belajar bagaimana untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengendalikan emosi, dan berupaya untuk menyesuaikan diri melangkaui zon keselesaannya.

Cara ini baik untuk memperkasakan semua anak/remaja. Walau bagaimanapun, membentuk kemahiran insaniah mengambil masa dan usaha, oleh itu dapatkan anak/remaja anda untuk memulakannya seawal mungkin.

Sumbangan daripada Persatuan Pediatrik Malaysia

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen