Pengasuhan Positif

Memerah Susu Ibu: Keselamatan & Kebersihan

Tempat:

  • Cari tempat yang bersih untuk memerah susu. Elak daripada menggunakan tandas, bilik air atau tempat penyediaan makanan.
  • Basuh tangan dengan bersih sebelum mula memerah.

breastfeeding-location

Kebersihan Peralatan:

  • Guna sabun dan air untuk membersihkan pam anda.
  • Keringkan menggunakan tuala bersih.
  • Jangan lupa mensterilnya setiap hari.

breastfeeding-cleanliness

Memerah:

  • Teruskan mengepam selagi susu anda mengalir dengan baik. Pam daripada payudara yang sebelah lagi apabila aliran susu mula perlahan. Ulang (setiap payudara harus dipam dua kali).
  • Duduk dengan selesa sambil menyokong payudara anda dengan meletakkan tapak tangan anda pada tulang rusuk dan tepat di bawah payudara anda.
  • Pam dengan lembut. Lekapkan pam pada payudara dengan tekanan yang secukupnya tanpa menolak dengan kuat.

breastfeeding-expressing

Menyimpan:

  • Simpan susu perahan di dalam bekas bersih yang khusus untuk menyimpan perahan susu ibu.
  • Beg pakai buang yang menyimpan susu hanya boleh diguna sekali sahaja.
  • Botol susu boleh digunakan semula. Basuh menggunakan sabun dan air dan kemudian sterilkan sebelum diguna.
    Perhatian: Jangan isi terlalu penuh jika anda merancang untuk menyejukbekunya. Cecair mengembang apabila beku dan bekas yang penuh mungkin bocor, dan dengan itu boleh menyebabkan susu tercemar.
  • Sentiasa labelkan bekas (tarikh/masa diperah dan ubat-ubatan yang dimakan dalam tempoh 24 jam) sebelum menyimpannya di dalam peti sejuk /penyejukbeku. Sekiranya anda tiada di rumah, simpan di dalam kotak penyejuk yang berisi pek ais.
  • Sentiasa guna susu yang lama dahulu.

menyimpan-susu-ibu

Cara menyimpan:

  • Susu boleh disimpan selama 24 jam di dalam beg penyejuk bertebat yang mengandungi pek ais.
  • Susu boleh disimpan sehingga lima hari di dalam peti sejuk pada suhu 4°C. Susu perahan adalah lebih baik jika disimpan di bahagian belakang peti sejuk, seberapa jauh daripada pintu peti sejuk.
    Perhatian: Susu yang disimpan pada suhu bilik (25°C) harus diguna dalam tempoh enam jam. Susu yang ditinggalkan di luar pada suhu yang lebih tinggi bagi tempoh yang lama adalah tidak selamat.

    menyimpan-susu-ibu-depan-belakang

  • Mana-mana susu yang disejukbeku harus digunakan:
    • Dalam tempoh dua minggu jika disimpan di dalam ruang penyejukbeku peti sejuk satu pintu

      breast-milk-freezer

    • Dalam tempoh tiga bulan sekiranya disimpan di dalam petak penyejukbeku khusus peti sejuk, contohnya peti sejuk dua pintu.

      breast-milk-fridge-2-door

    • Di antara 6 – 12 bulan, jika disimpan di dalam penyejukbeku yang jarang dibuka.

      breast-milk-dedicated-fridge

Bagaimana mencairkan susu ibu yang beku:

  • Menyahbeku di dalam peti sejuk semalaman.
  • Letak botol di dalam mangkuk yang mengandungi air suam.

breast-milk-defrost

Penting!

Jangan mencair atau memanaskan susu ibu di atas api atau dalam ketuhar gelombang mikro. Ini akan merosakkan nutrien-nutrien di dalamnya! Menggunakan ketuhar gelombang mikro juga boleh menyebabkan suhu tidak sekata (titik panas) di dalam susu dan boleh mencederakan bayi.

Guna selepas dicairkan dan buang sebarang baki yang tidak habis (jangan bekukan semula atau simpan semula di dalam peti sejuk).

Peringatan: Sentiasa uji dahulu untuk memastikan susu telah dipanaskan dengan SEKATA dan pada suhu yang sesuai (suam) dengan memicit beberapa titik susu di bahagian dalam pergelangan tangan anda sebelum menyusukan bayi.

Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen